Saturday 20 August 2016

Makin Tua

Assalamualaikum semuaaaaa!!salam sejahtera...

humanggaihhhhhhhh!!berhabuk kot blog Cik Adie ni haaa...lama beno tak hapdate..sejak2 phone ilang,lagi la payah nak hapdate blog ni ha..
Nak cite apa ni?nak cite apa??
Tak ada apa pun sebenarnya..
Perkembangan terbaru takde apa sangat,cuma Cik Adie tengah cuba berubah ke arah yang lebih baik sekarang,dah cek blog sebelum ni..ada gambar yang free hair,alhamdulillah,dah delete...cuma coretan2 yang tak berapa penting tu,Cik Adie simpan je la utk peringatan masa kini,esok dan akan datang..tahun ni Cik Adie da nak masuk umur 31 tahun...waaaahhhhhhhhhhh!!!!kejapnya rasaaaa...mcm baru abis kolej je lagi ngan perangai terkinja2 haaaaa...
Saban hari Cik Adie rasa takut sgt tiap kali dpt berita kematian rakan2 samada kerana kemalangan,menderita sakit kanser..nak nak pulak,sorang sorang member kehilangan ayah..kemudian mak...Subhanallah...nampak sangat umur dah meningkat..kawan2 keliling makin ilang,ibu bapa mereka yang pernah kita bergurau masa skolah2 dulu...arwah atok,opah,atok&opah sedara,sepupu dekat,sedara jauh,pakcik...Ya Allah...hubungan Cik Adie dengan mak abah sendiri pun macam tak rapat aje..apa gamaknya perasaan jika Cik Adie nanti pun kehilangan salah seorang drpd mak dan abah ye?macam takut je nak hadap 'masa' tu nanti..Cik Adie memang tak reti nak rapatkan hubungan dengan family sendiri,tapi Cik Adie cuba untuk jenguk orang tua sekali sekala..balik sendiri...dapat sehari balik pun jadi la...kadang tu mak marah,suh balik minggu lain..tapi masanya mana mak oi????bz ngan kerja yang tak kaya2 hidupnya,study yang tak abih2,result cukup2 makan...mana yang sempat nak balik,itu la masa yang gigih Cik Adie balik jenguk dorang..Nak call ntah apa nak sembang..macam kejam je aku rasa tak balik&tak call...masalahnya kalo call,memang takde benda yang nak Cik Adie sembangkan...huhuhuhu...Sorry Mak..Sorry Abah...duk kat KL ni pun bukan berjalan sangat pun...kat rumah jugak duduknya,kecuali kalau ada yang ngajak jalan..tapi takde pun yang ngajak jalan balik ke Teluk Intan..huwarghhhhh!!!!sadis betol!
Dah la...sedikit coretan Cik Adie pada hujung minggu yang sepatutnya Cik Adie buat assignment,bukannya update blog ni..herhhhh~

-Kenapa ALLAH masih hidupkan aku hari ini?
-Kerana DOSAKU terlalu banyak,Allah masih izinkan (berikan waktu) untuk bertaubat

~Subhanallah...moga Cik Adie diberi masa yag cukup untuk bertaubat atas dosa2&khilaf Cik Adie yang lalu...Assalamualaikum..

Wednesday 6 January 2016

Bekalan Kita

Assalamualaikum&salam sejahtera semua!!Cik Adie nak kopi pasta satu cerita ni untuk tauladan kita..Kita semua mesti pernah fikir apa akan jadi pada kita akan datang kan?jom baca cerita ni dan fahami..

Seorg pemuda lalu disebuah negeri... Kekecohan sedang berlaku.. Lalu si pemuda pergi menyiasaat..
Rupanya mereka dalam prosess melantik raja.. Yg peliknya.. Seorang pon tak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut..
Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah... Sesiapa yg dilantik menjadi raja atau pemerintah.. Dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10tahun memerintah..
Pemuda tadi mengangkat tangan.. 'saya sanggup!' Maka dia dilantik menjadi raja /pemerintah negara itu. Org ramai mengatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal. Tamak pangkat.. Dan pelbagai lagi.
Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yg bakal dia dibuang selepas 10 tahun..
Tahun kedua.. Pemuda mula menghantar jurutera utk membina jalan:
Tahun ketiga.. Menghantar expert dlm bidang pertanian utk bercucuk tanam
Tahun ke empat engineer mula membangunkan bangunan bangunan canggih..Dan seterusnya..
Sehingga tahun ke 10..
Pemuda tersebut tidak sabar utk dibuang negeri..
Masanya tiba.. Beliau sudah bersedia..
Kerana....
Sang pemuda tahu.. Dia sudah menghantar 'bekalan' terlebih dahulu sebagai persediaaan..
Kesimpulannya..
Ibarat hidup kita..
Kita tahu yg kita akan 'dibuang' ke 'tempat itu'
Sudahkah kita mengirimkan bekalan?
Adakah tempat itu padang tandus..
Atau sudah kah kita semai benih benih yg akan menjadi pohon rimbun?
Sudah kah kita kirim 'bahan binaan' utk membina sebuah mahligai yg akan kita diam? Atau biarkan saja ia kekal tandus?

Jom kita fikirkan bersama dan mula kumpul bekalan kita..
Semoga jumpa di entri akan datang..
Assalamualaikum,bye ;)

Happy New Year

Assalamualaikum&salam sejahtera semua!!!

Dah tahun baru dah!!!2016...harapnya swmua ceria selalu...liku-liku hidup selama 30 tahun ni pelbagai sangat..yup tup,tahun ni Cik Adie akan menginjak umur 31...bye bye 2series..welcome 3series..harapnya Cik Adie tabah menempuh ujian hidup di tahap umur yang dewasa ni...ceria sentiasa walaupun pelbagai dugaan melanda termasuk la kehilangan telefon yg mempunyai pelbagai bukti&kenangan dalam phone tu..mungkin nak Cik Adie teruskan hidup baru,bukak buku baru,mulakan jilid cerita yang baru...yang lama biarkan menjadi sejarah...sejarah tak boleh dipadam atau diubah...tapi kita boleh jadikan ia sebagai pengajaran..ye idok???
Apa pun..HAPPY NEW YEAR 2016!!!!
Payung skit gambar ceria di tahun baru :-)

Sunday 25 October 2015

Backpacking

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Cik Adie tengah tunggu komuter dari Klang ke KL Sentral ni..Baru balik dari kampung sebab ada majlis sikit kat Langkap.Semalam masa majlis,Cik Adie terjumpa la dengan anak tuan rumah..Sepupu Cik Adie ni ha..Kak Emy namanya..Kami bersoreh(sembang) la pasal aktiviti masa lapang..Al-maklum la...orang bujang..Cik Adie tanya la Kak Emy ni pasal aktiviti Back Packing dia..wow...bestnya...excited Cik Adie nak cuba sebab selalu pegi jalan-jalan dengan kengkawan beramai-ramai..Kak Emy pulak cerita dia pegi sorang sorang dia je...macam syiok jeh!ntah bila la dapat buat sorang sorang...huhuhu...berangan seketika..ohwww..gambar ni bukan Back Packing sorang..tapi time ni buat kerja gila main redah je ngan member pegi Sabak Bernam mengimbau kenangan kami di Kolej Komuniti..Masa ni public holiday Maal Hijrah..muehehehe..agak penat gak la buat kerja gila yang tak dirancang. Hehehe..Okay la...apa ntah Cik Adie merepek..saja nak share cerita..InsyAllah kalau Cik Adie dapat merealisasikan impian Cik Adie untuk aktiviti Back Packing nanti..Cik Adie share kat korang eh..jumpa di entri akan datang..tq sebab sudi luangkan masa untuk baca Cik Adie merapu dalam ni...Assalamualaikum&selamat sejahtera...Chiowwww~

Sunday 18 October 2015

Fasa 3 Series

Assalamualaikum&salam sejahtera semua...
Lamanya tak jenguk blog...banyak benda&aktiviti nak cerita tapi..asyik busy ngan aktiviti yang Cik Adie sendiri pun tak tau apa yang Cik Adie buat..hehehe..takpe..harini luangkan sikit masa untuk nukilkan sesuatu kat blog Cik Adie,sempena kemasukan fasa baru dalam peningkatan usia Cik Adie yang ke-30 baru-baru ni pada 16 October 2015 :)
Alhamdulillah..Cik Adie dapat adik-adik angkat,kawan-kawan,bekas-bekas kesayangan,kawan-kawan yang meraikan Cik Adie..walaupun Cik Adie tak dibiasakan daripada kecil meraikan hari lahir..sejak mula berkerjaya..Cik Adie sentiasa diingati bila tiba hari lahir...syukur pada mereka yang sentiasa ingat dan gembirakan Cik Adie..di usia yang memasuki 3 series ni..walaupun apa yang diimpikan tak semua Cik Adie dapat..tapi Cik Adie tetap jugak simpan azam yang sama dan dalam masa yang sama masih perbaiki diri..baru-baru ni..13/10/15..rakan-rakan office meraikan Baby October iaitu Cik Adie(16/10/15)&Manager Akaun kami iaitu Derrick(10/10/15) bersama..walaupun simple tapi tetap happy..pada 16/10/15 pula..diraikan lagi sekali..kali ni bersama kenalan berpangkat adik-adik pula..salah seorangnya (Hanis Farhana) sama tarikh lahir ngan Cik Adie..dia genap 20,Cik Adie pulak genap umur 30..kami dibelanja karaoke oleh adik angkat yang paling rapat dengan Cik Adie iaitu Jay..dan juga orang yang pernah bersama&sangat rapat dengan Cik Adie iaitu Rais..tahun lepas mereka berdua juga yang bersama meraikan Cik Adie..alhamdulillah..tahun ni juga mereka berdua tetap bersama meraikan Cik Adie..tapi bertambah lak ahli...agak terharu juga ngan dorang berdua ni..sentiasa ada di sisi walau apa pun keadaan Cik Adie..
Cik Adie harap hubungan kami tetap kukuh sehingga akhir nafas..pada keesokan harinya pulak..17/10/15 tu..diraikan lagi sekali oleh bff saya dari Temerloh..Intan..kebetulan masa tu kawan sekolah saya Zu pun ada..mereka berdua tidur di rumah Cik Adie..syukur alhamdulillah..Cik Adie sentiasa diraikan oleh mereka2 yang rapat dan sentiasa bersama Cik Adie..Terima kasih belanja..
Semoga dengan peningkatan usia ni..Cik Adie dapat apa yang diidamkan selama ini..kalau tak dapat banyak..sikit pun jadi la..ermmmm..
Tu je la nukilan Cik Adie untuk hari ini..terima kasih semua yang meraikan..yang wish kat dalam wechat,whatsapp,fb&call..yang mengingati Cik Adie..yang mendoakan yang baik-baik untuk Cik Adie..untuk persahabatan dan hubungan kita yang utuh..
Nanti Cik Adie merapu meraban lagi di entry yang lain..tu pun kalau sempat&teringat...muehehehe...
I AM NOW ENTERING 30 YEARS OLD!!!!!yeayyyyy!!!
Assalamualaikum semua..
daaa...chiowwww...zasssss!!

Friday 12 June 2015

NadiaZakir Hello Kitty Wedding of the year 2015

Assalamulaikum&salam sejahtera semua!!!
Hari ni Cik Adie nak cerita pasal kenduri kahwin ahli group SLV yang Cik Adie dah anggap macam adik sendiri jugak...bertarikh 6 June 2015..
Nadia Hello Kitty & Zakir Pertapa Gatal..Nadia ni beria remind kat Cik Adie suruh attend wedding dia kat Batu Pahat,Johor..Zakir pun sama..siap janji nak belanja karok lagi kalo Cik Adie datang kenduri dorang sebabnya dorang tau Cik Adie memang kaki karok..hahaha!
Nak dijadikan cerita..Cik Adie pegi dengan sorang lagi ahli SLV yang memang rapat dengan pengantin..Ika nama dia..minah ni pun sama level ngan Cik Adie gak..kaki karok jugak..
Bertolak la kami pagi Jumaat 5/6/2015 ke Batu Pahat...Ika macam biasa..datang menumpang tidur di rumah Cik Adie..sesampainya di Stesen Bas Batu Pahat,kakak ipar pengantin pick up kitorang dengan sorang lagi kawan dari Muar turun kat Stesen Bas tu juga..
Malam berinai tu..ada DJ kampung yang sediakan set untuk karaoke..apa lagi..panas bontot gak la si Ika ni..tak abis abis suruh Cik Adie mintakkan lagu Bossanova dia..haih...lepak kat meja DJ tu..cari cari lagu..tak ada...deyyaaaapedaaaaa...suruh kita pilih lagu tapi tak banyak lagu yang ada..maka...hampa la si Ika ni tadi..tak dapat lepaskan gian nak nyanyi lagu Bossanova..cari pulak lagu Diam Diam Jatuh Cinta(Ramlah Ram)...pun tak ada jugak...last2...pilih je apa lagu yg available...blasah la..janji karok..disebabkan tak enjoy..kami pun masuk tdo...
Pada hari persandingan..Cik Adie menyaksikan atur cara akad nikah..haaa..yang ni Cik Adie pelik sikit..sebab yang nervous salah sebut nama perempuan tu Tok Kadi sendiri..haih..sedap sedap nama Nornadia Hanim diberi..Tok Kadi tu asyik la salah sebut jadi Nordiana Hanim la..apa la...apa dia ingat tu nama ex dia gamaknya?sesuka hati nak tukar nama orang?tapi alhamdulillah..dengan sekali lafaz..Zakir telah berjaya menjadi suami kepada Nadia...
Perkahwinan mereka bertemakan Hello Kitty..daripada pelamin hingga la ke katil..sampai la hantaran&kek&segala mak nenek utk kenduri tu bertemakan Hello Kitty..bak kata Kak Long nya..Kahwin budak budak..tapi family dia tetap sporting melayan kehendak si bongsu ni tadi..
Ok..berbalik kepada kenduri tadi..jeng jeng jeng...ada pulak kugiran live band yang di ambil untuk memeriahkan majlis...macam biasa...muka Cik Adie ni jugak yg jadi mangsa si Ika ni..x puas hati dengan karaoke malam berinai tu..dia suruh Cik Adie mintak kat band tu lagu Bossanova lagi sekali..nak nyanyi live pulak..haaaa...gasak engko la Ika oi...udah la dia suruh mintakkan lagu...Cik Adie pun di ajaknya suh duet lagu Bossanova tu..humanggaihhhhh!!tabah je la aku layan adik aku yang sorang neh..so..kami pun test la suara untuk di cari key gitar yang boleh in ngan suara kami...menyanyi la kami lagu Bossanova tu..sebenarnya ada video kami nyanyi tu tapi xde lak video tu kat Cik Adie..kalo ada pun tak kuasa Cik Adie nak masukkan dalam blog..ekekekekek :)
Lepas nyanyi tu kami pun nak beredar..tp DJ suruh kami nyanyi lagi satu lagu..lagipun lagu lagu yang dorang nyanyi sebelum tu semua lagu lama lama..bosannya...ermmmm...kami pilih lagi satu lagu..Diam Diam Jatuh Cinta...dah habis lagu tu..dorang suh nyanyi lagi..Cik Adie cakap..'kena berhenti nyanyi..kang microphone ni tak reti nak balik kalo kami tak berhenti nyanyi sekarang'..rupanya lepas kami nyanyi tu..dorang bersiap siap kemas barang...kalo kami nyanyi lagi mungkin lama sikit la kot dorang kat sana..
Ok..kami pun bergambar dengan pengantin..ada photo booth Hello Kitty yang cute...kami pun bergambar..termasuk la pengapit si lelaki tadi dengan kembarnya..sebenarnya kawan si pengantin lelaki ada 3..tp yg sorang tu kerja haritu..so..lepak la kami ngan si kembar ni...malam tu kami keluar dengan si kembar..kengkonon takmo kacau pengantin punya malam pertama..padahal macam xde effect pun malam pertama dorang..hahahahaha!masing2 tidur bersepah..
Malam tu keluar pegi karaoke lagi...haaaa...tu la kerja kami..karok karok karok...punya la cari jalan nak ke pekan Batu Pahat tu..sampai tersesat sesat sebab si kembar tu datang dari JB..kami lagi la tak tahu jalan sebab memang bukan tempat kami...pilih lagi lagu Bossanova&Diam Diam Jatuh Cinta....asyik Bossanova je ye..tak Bosan Bosan...melalak la kami berlima dengan si Dyna yang dari Muar ni tadi...lepas nyanyi tu..kami pegi cari makanan...disebabkan dah lewat sebab sesat cari jalan keluar tadi..hermmm...memalam cenggitu memang da takde la kedai Melayu yang bukak...semua Mamak je yang conquer...Cik Adie ni tak berapa sangat Mamak ni..minum boleh la..tapi kalo goreng2 Mamak tu memang out la cerita dia...almaklum la...jenis tak makan sayur..hehehehe...masa tengah cari kedai makan tu..kitorang nampak Restoran Cuba Rasa...nampak menu macam ada tomyam..hurmmmm...kitorang pun nak la Cuba makan kat situ..tapi..dah silap jalan pulak..duk pusing pusing cari balik kedai tadi...mula la si kembar ni merepek repek...yang si adik berbalah ngan si abang...'apa kata kita Cuba jalan ni..kot kot boleh Cuba jumpa balik kedai tadi?',yang si abang lak jawab 'dik..apa kata ko Cuba diam...aku tengah lapar ni..jalan tak jumpa jumpa'...so...masa dalam kereta tu asyik la #cuba menjadi bahan gurauan...last last jumpa balik...kami turun..ingatkan kedai Melayu..sekali tengok tengok..MAMAK juga!!!!
punah harapan..tapi Cik Adie tak kisah pun sebenarnya sebab sebelum keluar umah tadi dah makan siap siap..cumanya si kembar ni nak makan sama sama..mamak tu panggil kami masuk kedai dia..yang kembar si adik ni tadi lak jawab kat mamak tu 'takpe la..kami datang nak Cuba tengok je..time kasih ye...'..pastu kitorang cari lak kedai lain...last last masuk juga ke mamak...tapi Cik Adie minum&makan ayam goreng je la..dorang la yang lapar..order makan...dah selesai makan tu...hujan la pulak..hermmm.
.nak balik rumah pengantin..tak ingat jalan satu hal...waze lak macam takyah pakai pun takpe...hujan lebat..kami tersadai beberapa kali sebab tak nampak jalan..sampai tertidur tidur jugak la asyik berhenti tunggu hujan reda...sudahnya dekat 7 pagi baru sampai rumah pengantin..bukan merayap ke mana pun..berkurung dalam kereta lama sangat sebab hujan lebat..tak boleh gerak ke mana mana...
Ahad tu pulak..kengkonon nak balik KL...pengantin ajak ziarah baby lagi sorang ahli SLV kat JB..Tot namanya..Tot Hazzarita namanya..tapi panggil Tot je..pengantin pun nak balik rumah kat Kempas,JB gak sebenarnya..so...lepas hantar Dyna kat stesen bas BP tu..kitorang pun gerak la ke JB...sekaaaaali...jalan jem daaaa...sampai umah Tot da senja..huemph~Cik Adie memang da standby ambil cuti Isnin sebab takut takley nak arrange masa balik KL..kami pun berselfie laaa berempat...sembang sembang bagai..pastu ikut pengantin balik...
Disebabkan dah malam..so..tak balik KL la cerita dia...si pengantin ni tadi pun roger la si kembar ni tadi...pelik gak aku si kembar ni available sentiasa..tak kisah la..janji dapat jalan..sebenarnya Cik Adie baru 1st time jejak Johor..muehehehe..agak jakun la kejap tengok tempat orang..malam tu kami semua pegi Taman Daya...makan kat Restoran Lagi Best..steamboat&grill...yummeh!lps makan tu..kami ke Bazar Karat yang tak berapa nak karat..ala ala uptown gak la Bazar Karat tu..Cik Adie tak berapa gemar tempat2 macam tu..kerja asyik cari kedai yang ada kipas..tumpang kipas dorang..hahahaha!panas kot...sesak dengan orang ramai...kemudian..jeng jeng jeng...ke karaoke lagi kita!!pengantin menunaikan janji nak belanja hakak karaoke..yeayyyy!!!
Melalak la kami kat karaoke Alibaba dalam Giant tu..bilik diaaa...haaaaaa...curlaz uolssss...sofanya siap ada bantal...sementara nak tunggu turn lagu..siap boleh baring pelok bantal kate ko...weeeee!!!!
Lepas penat berkaraoke..pengantin tanya...nak ikut balik tidur kat rumah ke..nak overnight..memikirkan takut terlajak tidur dan akan lambat baliknya..kitorang pun decide nak overnight...si kembar ni okay je nak temankan kitorang...makanya..pengantin pun menyerahkan tugas tourguide pada si kembar ni...xde la nak tour ke mana sangat pun..kitorang lepak kat restoran KFC yang saya panggil 'Ayam Atok'..budak2 tu pun da terikut Cik Adie sebut restoran Ayam Atok..hihiihiii...tabah la melayan kakak korang ni ye..
Si Ika ni dah 'pengsan' tak tahan sakit kepala..apa lagi..lepak kat luar menghadap Singapore di seberang..budak budak ni melayan Cik Adie sembang sampai pagi..yang sorang dah terkuap kuap tahan mata..yang adiknya rancak layan Cik Adie sembang..pastu pedajal si Ika yang tengah tidur..ktorang selfie amik gambar dia tengah tidur..hahaha!dekat kul 5 pagi tu gerak ke Stesen Bas Larkin..tidur jap dalam kereta..kul 6 lebih tu kuar kereta. Si adik yang teman g kaunter tiket..rupanya kaunter bukak kul 7..so..tunggu la kul 7..buat la apa yang patut dulu sementara nk tunggu kaunter tiket bukak..lg berapa minit nak kul 7 tu da tercongok balik kat kaunter tiket..alhamdulillah..bas kul 8 ada..tu pun ngam ngam tggal 2 seat last tiket..kul 8 naik bas..berpisah ngan budak budak tu...terima kasih banyak banyak kat si kembar sebab tolong tunggu sampai kitorang naik bas..
Otw balik tu..kami tidur tak sedar diri kat dalam bas..Cik Adie terjaga tengok dah sampai Seri Kembangan..kengkonon nak tahan mata tak nak tidur la konon sebab dah nak sampai TBS...rupanya terlelap jugak..bangun bangun tidur..terkejut..bas dah kosong..kami dua je yang tinggal dalam tu..apa lagi..kelam kabut gerakkan si Ika ..then kami pun berpisah kat masjid jamek..bawa haluan masing masing...apa pun thanks a lot kat pengantin,keluarga pengantin dan kawan kawan yang sudi melayan kami...macam pegi bercuti lak rasanya..padahal pegi kenduri kahwin si Nad&Zakir..
Semoga perkahwinan&persahabatan ini kekal hendaknya..aaamiiiiin.....nanti da dapat baby boleh la ktorg turun JB lagi..hikhikhik
Sekian ceritera Cik Adie pada entry kali ni..
Assalamualaikum..chiowwwww ;)
P/s: banyak gambar nak masukkan tapi tak boleh sebab blogging thru phone..nnt cnfirm tak lepas..hurmph~

Sunday 10 May 2015

Hari Ibu???

Assalamualaikum&salam sejahtera...
Sempena bulan Mei ni...kan sosek sosek cerita pasal golongan ibu kengkononnya Hari Ibu katanya..
Apa benda laaaa sambut Hari Ibu bagai ni eh??Cik Adie ni..jangankan Hari Ibu..Hari Kejadian mak pun tak tahu..memang tak penah dididik untuk sambut menyambut Hari Keraian kecuali Hari Raya..hahahaahaa!
Nak dijadikan cerita..baru-baru ni Cik Adie cuti 4 hari..daripada Labour Day sampai la ke Wesak Day...selalu kalo cuti lama-lama cenggini kena la roger&out balik jumpa mak...tapi..tahun ni lain sket..
Cik Adie merayap bersama budak group buat Gathering kat Penang...Gath tu next entry la..tu byk skit cerita..hikhik..makanya..cuti sabtu ahad baru-baru ni..Cik Adie ganti laaaa balik jumpa mak...ermmmm...tak tau kenapa masa nak balik naik bas tu daripada dalam lrt sampai la ke dalam bas ekspress Transnasional tu Cik Adie macam hiba&sebak sangat bila teringat kat mak...nangis tiba2..hermmm...tak kisah la bangla duk seat sebelah tu tengok pun sepanjang 3 jam nak sampai ke Teluk Intan..huhuhu...
Masa tu takde niat pun nak balik sebab Hari Ibu....sebab bagi Cik Adie..tiap kali Cik Adie balik tu la hari untuk mak walaupun kami anak beranak selalu gaduh&tak ngam&tak berapa nak sembang...tapi tetap gak nak balik jumpa mak..ntah la..rasa macam da jadi rutin lak tiap kali tak kerja sabtu Cik Adie akan balik..sebab Cik Adie payah sangat dapat balik..maklum laaa..kita kan anak yang paling susah...takde transport sendiri..takkan nak balik cecah kaki sehari je kot?tak rare la nak gaduh ngan mak sehari je..penat duk dalam bas pun tak hilang lagi...muehehehe...
so..rutin balik selalu naik bas dari KL samada Jumaat malam atau pagi Sabtu...subuh Isnin amik tiket kul 5 pagi tros masuk kerja Isnin tu...
So..masa kat umah mak tu..tgk kat fb,wechat,twitter..semua duk ucap Selamat Hari Ibu bagai..mak teman ni mana la ada fb bagai teman nak dedikasikan ucapan..hahahaahaa!!ermmmm...
Subuh tadi balik KL naik bas kul 5 pagi..macam biasa..update status kat wechat..throwback dialog mak ngan Cik Adie letak kat moment wechat*fb da tak aktif dah..wechat je sekarang...
Tiba-tiba bff Cik Adie komen kat moment tu..dia kata sebak pasal moment yang Cik Adie buat untuk mak tu..hermmmm...sebenarnya itu memang luahan hati pun..
Sebenarnya..bila difikir-fikir balik..banyak sangat dosa Cik Adie kat Mak...balik baru-baru ni..kan Cik Adie baru berhijab..?tetiba lak masa sampai rumah mak..mak time tu jugak la nak bersembang manja manja kengkonon nak belajar cane nak lilit lilit shawl bagai...hermmmm..layankan aje laaa...nak balik selalu pun..Cik Adie tak berkemampuan...nak dedikasikan Selamat Hari Ibu pun..teman ni tak reti..sebab memang tak rapat dengan mak..mana yang dah tak ada mak tu..al-fatihah pada arwah mak kawan-kawan yang telah tiada..macam Cik Adie ni..mak ada lagi..cuma tak berapa nak rapat...macam orang asing...Cik Adie pun cuba untuk merapatkan hubungan ngan mak abah...yang masih ada mak tu...berbaik la sesama mak sehabis mungkin walaupun kadang dia la musuh atau lawan gaduh kita..
Jelez tengok kengkawan lain rapat ngan mak macam kengkawan je..Happy je tengok mak dorang sporting gurau bagai...kita ni???huuuu...tak berani...salah 'suis' kang naya je..
Apa pun..walaupun banyak buat salah kat mak..mak sentiasa layan gak kerenah anak bongsu dia yang degil ya rabbi ni ha...masih lagi anggap & terima Cik Adie ni anak dia..daripada zaman budak sampai la zaman sekolah sampai la ke zaman kerja ni..asyik laaa buat hal..ntah berapa juta infinity kali la buat mak menangis...tapi..tak reti nak mintak maaf...pendamkan aje rasa bersalah tu..mintak maaf pun time raya je..sebab tak penah diajar dlm family lps buat salah mintak maaf..buat derk ala2 tak buat salah,ada la..hahaha!hari-hari teringat dosa kat mak...orang kata..kalau buat mak menangis da kira anak derhaka..ermmmm...masa buat entry ni pun rasa ala-ala habuk masuk mata....haish!!!jap!lap habuk ni jap..hehehe...
Sekian la untuk entry kali ni...Daaaaa~*amik tisu...chiowwww!sobs! :'(

Wednesday 29 April 2015

Jangan Cakap Akak Tak Payung

Assalamualaikum&salam sejahtera semua!!!
Okay..mood Cik Adie tgh rajin nak update Blog..hihi...
Cik Adie ada geng dengan satu group ni..kami ni suka membahan orang tak kira la di fb group,wechat group or whatsapp group...kdg2 terbahan lak kat twitter...
Kami ni punya perangai yang pelik2 ...daripada tak kenal antara satu sama lain..tak pernah jumpa face 2 face selama bertahun2 ...bila sape2 je ahli group nak turun k.l..ktorg mesti suruh datang jumpa..
Daripada sorang kawan ke kawan kepada kawan dan ke kawan kepada kawan kawan kepada kawan tu...bila jumpa tros boleh jadi geng..
Bila jumpa je ktorg akan ambil gambar dan post kat group bg yang lain2 jelez..padahal..masing2 pun ada yg mmg tak penah jumpa..siap gaduh bagai kat group..tapi..bila jumpa je..mesti jadi gurau..
Dalam banyak2 group alam maya yang Cik Adie join..inilah satu2nya group yang tak anti sosial...kami berkenalan di group..bergurau senda mcm dah kenal lama tak kira di fb,wechat,whatsapp&twitter...tapi kami bagaikan adik beradik..even yang blom pernah jumpa Cik Adie pun..bila kata nak dtg k.l...hermph~rumah aku la yg jadi hostel pompuan..walaupun kebanyakkan mereka berpangkat adik ngan Cik Adie..tapi dorang selesa ngan Cik Adie...Cik Adie lak mmg jenis melayan dan suka manjakan dorang...tu yg dorang selesa sangat tu...apa pun..Cik Adie da anggap dorang ni macam adik sndr wlupun Cik Adie ni pun anak bongsu..hihi...
Sebelum akhiri entry kali ni..jom akak payung sikit gambar..hiks!