Saturday 27 April 2013

Anak-anak Buah Mak Adie

assalamualaikum semua..salam sejahtera :)
macam da lama je tak jenguk blog Cik Adie neh..maaf,tak berapa nak sihat.
Cik Adie tak tau nak cerita apa..Cik Adie sekarang ada di Perak..Rumah mak..Ingatkan nak jumpa si Kecik Baby Kila time sampai jumaat malam tu.Alih-alih,dia dah tidur lak.Huemph..Akhirnya,pagi semalam dia bangun tidur,dapat la main ngan dia sampai petang..hehehehe..
orang makan jambu,dia pun nak jugak!!cute la sayang Mak Adie neh..

Penat main-main ngan dia,tiap kali amik gambar je,pandai lak nak tengok.Pastu dia tanya 'pe?'(siapa).Baby Kila ni manja sangat.Mula-mula dia paut leher kita,sikit-sikit nanti dia pun mula la peluk(suruh dukung le tu..).Pandainya dia nak dukung..Budak-budak umur macam ni memang lasak.Tengok opah dia bagi makan kat dia pun penat.Asyik nak kena main kejar-kejar,sorok-sorok..hihihi..
Tiba-tiba,
kakak-kakak dia dah balik!!yay!!family time!!Kakak Fatin & Kakak Fathia is coming..

Makanya..sunyi la semula rumah ni bila mereka pergi ke rumah Tok Aki dorang...Nanti Baby Kila balik 'asrama' balik eh...Jalan-jalan gi rumah Aki dulu..hihihi..Bagus la..Korang keluar je,terus Mak Adie demam ne ha..huemph..Siapa yang bagi virus tu,TQ sooo much!!Ok la.Anak-anak buah Mak Adie pun dah tak ada ni,nak rehat-rehat.Nanti petang nak balik KL balik..sekian catatan yang tak best kali ni..Da~

Wednesday 24 April 2013

Rezeki di Hujung Bulan

Cak!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera (^_^)
Macam da lama je tak update blog(tak sampai seminggu kot?).Arini Cik Adie nak cerita sikit..Pasal rezeki..
Pagi tadi masa kat office,datang la 2 orang wanita dari company survey..
Selalunya,pintu pagar office tu tutup,ntah macam mana lak boleh minah 2 orang ni tercegat depan pintu office.
Nak dijadikan cerita,dorang pun perkenalkan diri,pastu kata nak buat survey pasal beverages.Dah kenapa pulak buat survey kat office ni?So,dorang tanya 'boleh tak tanya soalan?Untuk survey.'...Makanya saya pun minta la kebenaran daripada bos untuk dorang ni buat survey.Bos kata,dia tak tau.'Tanya HR',kata dia.Saya pun interkom la kakak HR ni..Kakak HR ni pulak kata,kalau dari Kementerian,dia layan la.Kalo tak,pandai-pandai la bagi alasan.
Makanya,di sebabkan tak berapa nak sibuk pagi tadi,sudahnya,Cik Adie jugak la yang melayan dorang ni tadi...(Saya memang rajin bab-bab melayan)
Bersoal-jawab agak lama gak.Dia tanya kat office siapa yang uruskan barang-barang pantry?Jenis apa yang ada,banyak ke,sebulan berapa kali top up barang..Haih...Penat menjawab aih..
Hujungnya dia minta chop company,suruh saya sign kat buku soalan yang macam-macam dia tanya tadi,last sekali...

TADAAAA!!!!!!RM30=Token sebab jawab survey

Saya diberi token..Walaupun RM30 je..Tapi ia tetap rezeki di hujung-hujung bulan ni..Alhamdulillah...Rezeki berada di mana-mana.Tak sangka kebaikan hati ni nak layan minah-minah ni buat survey mendapatkan rezeki yang tak diduga.Muehehehe..Apa lagi?Harini Rabu..Movie Day saya...Tengok Movie la..Cerita Broken City-starring by Mark Wahlberg & Russel Crowe.Ding Ding Ding!!!!Bersyukur la di dalam setiap kehidupan,malang dan juga rezeki yang dihadiahkan olehNya.Amin...Ouwh..Tak lupa juga kepada kakak-kakak yang survey saya dari Syarikat Nielsen ;Kak Salinah & Kak Che Ku Rosmawati..(well..orang peramah memang macam ni..Siap boleh tau nama panjang,boleh tukar-tukar nombor telefon lagi tadi).
Sekian catatan yang agak ringkas pada hari ni.




Monday 22 April 2013

Ulat Dalam Batu

Pada suatu masa dahulu...ehem-ehem...
Lupa lak..Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kali ni nak cerita pasal ulat dalam batu.
Ok,jom sambung balik..
Pada suatu masa dahulu,ada sekumpulan pelajar di sebuah kolej.Kalau dah namanya pelajar + kolej,mesti la mereka semua ada yang bercouple..Ye tak?Tersebut la sebuah kisah mengenai sepasang couple ni...Yang perempuan tu pelajar kolej,si lelaki tadi nak kata kerja pun tak,nak kata tak kerja pun tak jugak..Ntah apa la status dia,tapi dia memang tak ada pekerjaan tetap la senang cerita.Disebabkan status lelaki ni tadi macam samar-samar,si perempuan ni tadi nasihatkan la si lelaki tadi untuk bekerja..Situasi ini berlaku di kedai makan ye kawan-kawan..Mereka selalu lepak ramai-ramai dengan geng-geng mereka.Si lelaki ni tadi order makanan...Chicken Chop ordernya..Ha..Jangan main-main..Western gitu.
.
.
.
.
Awek:Sayang..Kenapa awak tak cuba cari kerja?Cari la kerja.Tau la duk ngan Mak Ayah..Tapi sampai bila nak menganggur macam ni?Kata sayang saya?
Pakwe:Ala..rileks la dulu..Sekarang ni pun kan tengah ada duit lagi..Tu elaun JPA tu kan dapat?Kerja koperasi tu pun dapat gak gaji walaupun sikit..Rileks la..Jangan la risau..
Awek:Ye la...Awak duk ngan Mak Ayah..Kalau betul sayang saya,nanti nak kahwin,takkan nak mintak duit ngan Mak Ayah kot?Mesti la usaha sendiri kan?
Pakwe:Tu kalau kahwin nanti..Pandai-pandai la korek mana-mana nak buat belanja kahwin..
Awek:Abis?Lepas kahwin takkan tak payah bagi anak bini makan?Kalau dah kerja pun setakat RM250 je gaji?Makan sendiri pun tak cukup,macam mana nak tanggung anak bini?
Pakwe:Sayang..Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup,inikan pulak kita yang manusia ni..
.
.
.
.
Si Awek dah panas hati melihatkan ketidak-seriusan Si Pakwe ni tadi.Tiba-tiba,makanan masing-masing pun sampai...Si Awek ni tadi mengambil Chicken Chop Si Pakwe ni tadi,membiarkan Si Pakwe ni terpinga-pinga.
.
.
.
.

Pakwe:Kenapa ambil makanan saya?
Awek:Saja.Weyh!Sapew nak makan ni?Jom kongsi ramai-ramai.Member korang belanja Chicken Chop ni nak bagi kita semua rasa seorang sikit.Meh-meh..Jangan malu-malu...
Pakwe:Kenapa sayang buat macam ni..?Saya nak makan apa?
Awek:Ulat dalam batu pun boleh hidup,awak makan la batu tu...Tengok sikit macam mana awak hidup dengan makan batu macam cacing awak tu.

Tetttt!!!!!Alasan ulat dalam batu pun boleh hidup amat tidak sesuai bagi manusia yang malas bekerja.Ulat tu boleh hidup dalam batu bukan sebab dia tak buat apa-apa dalam batu tu,tapi dah habitatnya dorang boleh tinggal dalam batu,dalam tanah..walaupun tinggal dalam batu,dorang bukan tak kerja cari makanan lain.So..sape-sape yang malas kerja tu,renung-renungkan..Huemph...Ini membuatkan saya berfikir,ulat sebenarnya makan apa eh?Sape tau?Boleh share tak?Comment please :)



Sunday 21 April 2013

Dah Pandai Masak

Hai kawan-kawan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ni saya nak bercerita pasal masak!!Kita orang perempuan ni memang kena tau masak sebab nanti,senang nak bagi makan kat suami dan anak-anak..Tetttt!!!Itu kalau kahwin..Kalau solo macam Cik Adie neh,kalau tau masak,jimat la belanja..dah la makan ciput je..Ada hati nak makan kat kedai,tapi tak habis..huhu...Cerita pasal masak ni,ingat lagi tak entri saya yang bertajuk Kerana Cinta.Mengenai BFF yang tak tau macam mana leh jadi BFF tu.Nama dia Lily.Kitorang masa duduk serumah dulu agak rajin memasak terutama sekali saya,sebab mini market kat depan rumah je..Saya masak macam-macam..Dia masak paling minima semacam,tak pun dua macam je..tu pun goreng nugget/fries /daging burger.(masak gak la tu)
Nak dijadikan cerita,kan kitorang terpaksa berpisah,pindah rumah lain-lain sebab kena halau dengan kakak senior yang tak puas hati ngan si Lily ni tadi?Lepas berpindah tu,kami selalu gak la jumpa,kadang-kadang lepak sama.Takpun saya lepak kat rumah dia je.Sebab saya yang carikan rumah tu untuk dia,makanya saya pun dah kenal la ngan ketua rumah tu..
Satu hari kami keluar lepak makan kat Jusco yang dekat dengan area rumah kami tu.Kami sembang macam-macam,termasuk la kisah cinta,kisah saya yang asyik tukar-tukar boyfriend,kisah dia pergi bercuti jalan-jalan dengan boyfriend dia a.k.a suami dia(baru bulan lepas).Tiba-tiba kami tercerita pasal masak..

Adie:Aku sekarang,sejak-sejak duduk ngan budak-budak umah ni,rajin lak aku masak.Macam-macam lauk.Si Sarah tu la yang rajin makan ngan aku..Boleh aku praktik masak benda-benda lain..
Lily:Eh!!Aku sekarang pun dah pandai masak taw!ko jangan pelik pulak..Ha...
Adie:(excited dengan kemajuan si Lily)Ko dah pandai masak apa je?? :)
Lily:Aku dah pandai masak telur mata taw!!
Adie:(kerut dahi)Telur mata??
Lily:Ha la...Dulu aku masak telur mata,kuning tu pecah..Sekarang aku masak,dah tak pecah dah..Kira aku dah pandai masak la tu!!
Adie:(dengan muka toya)ouwh..okay..betul la tu..Pandai ko masak telur mata.

Kadang-kadang kita kena gembira dengan kemajuan kawan-kawan kita walaupun benda tu nampak remeh,tapi bagi dia tu adalah satu kejayaan.Mungkin lepas ni dia pandai buat nasi pataya??Sape sangka kan?Sokonglah kawan kita!jyeahhh!!!