Friday 10 May 2013

Sejarah 8 May 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hah!Lama gak tak update blog.Ada la dalam seminggu kot.Hehehe..Mesti korang sekarang tengah hangat membincangkan tentang keputusan PRU13 lagi kan?Tak apa la..Apa pun keputusan,janganlah kita bergaduh-gaduhan..Tak baik kita gaduh-gaduh kat Malaysia ni..Seperti satu lagu yang pernah popular satu masa dulu 'buat apa gaduh-gaduh sama kita!Malaysia kita ini kecik aje..Kalau semua gaduh,siapa nak jaga...'.Macam tu la lirik dia.
Nak dijadikan cerita pada blog kali ini,pada 8 May 2013,pagi tu saya pergi kerja,jalan penuh sesak,jammed sepanjang stesen LRT Chan Sow Lin sampai la ke jalan nak sampai ke office saya..Pada tengah hari waktu lunch hour pula,saya dan rakan-rakan pejabat pergi la keluar makan..Pun sama keadaannya,masih lagi jammed di Jalan Chan Sow Lin dan juga CherasMalamnya saya sampai ke rumah,saya pun menceritakan fenomena itu kepada housemate saya Cik Mimah ni..
Kami pun bersembang-sembang santai selepas pulang dari kerja malam itu,seperti biasa..port kami di hall la..Seperti orang lain,topik yang kami bincangkan adalah mengenai keputusan PRU13.Sebab utama jalan penuh siang tadi rupanya ada perhimpunan di Kelana Jaya..Ada kaitan ngan PRU13 la tu.Sambil-sambil membaca status facebook rakan-rakan yang sangkut di Highway la,jalan nak balik la sebab perhimpunan tu,tiba-tiba saya tergamam.Mimah ni tadi pun pelik kenapa saya terdiam.
'Weyh!harini Rabu malam Khamis ke,Khamis malam Jumaat eh?,'tanya saya kepada Mimah sambil mata merenung ke dapur tanpa kelip.
'Rabu malam Khamis',jawabnya sambil merenung ke arah yang sama dengan rasa hairan seperti yang saya rasa.
Kami sama-sama merenung ke arah lembaga di dapur tu.Dengan penuh kehairanan,kami berdua serentak berkata 'kamu ni kucing ke bukan?Bila ke masanya kamu masuk?Ikut mana?'.Tanpa bunyi apa-apa,tiba-tiba kucing tu sudah berada di dapur kami.Senyap je dia masuk,takde nak mengiau ke apa.
Kami berdua tenung lagi kucing tu,dia pun membalas tenungan kami(macam blur lak muka dia,'apesal dorang pandang aku ni macam hantu?',gamaknya la kucing tu cakap dalam hati).
Setelah pasti,kami pun berkata 'ouwh..ni betul kucing ni..Sah bukan 'benda' lain'
Mimah ni pun keluarkan la kucing yang sesat masuk ke rumah kami ni tadi..Ntah macam mana la dia panjat,tak reti-reti nak keluar..Haih..
Kemudian kami sambung bersembang,'kucing tu aku macam pernah tengok la..';kata Mimah.
Saya pun menjawab,'ala..apa nak heran..kan belakang rumah kita ni kedai?Mesti pernah ko terserempak ngan kucing tu..'
Mimah pun mengiyakan kata-kata saya.'Aku rasa dia tengah cari tempat nak berteduh.Kalau tak silap,kucing tu bunting aritu..Tapi mana anak dia eh?'
Kemudian,kami pun buat kerja masing-masing,Mimah masuk ke bilik,saya pula nak keringkan baju yang sudah di basuh untuk di sidai..
Semasa saya hendak menyidai baju,tiba-tiba saya ternampak 3 lembaga kecil.
Ah!Saya menjerit sambil mengetuk-ngetuk tingkap bilik Mimah yang memang berada di belakang.
'Weyh!!!Dia memang cari tempat la!!!Ni ha anak-anak dia kat belakang ni!!!',saya yang tak berapa suka pegang kucing ni memanggil Mimah.Serta merta kami mencari kotak untuk anak-anak kucing ni..Ada ke pulak mak dia letak atas simen,elok jewk pulak tu alas ngan plastik kecil.Haih..Ada kain baju lama,kami letak dalam kotak.Mak kucing tu pulak pelik anak-anak dia dah masuk dalam kotak.Kami tak ada makanan kucing,so,dalam peti ais,ada lagi ikan tengah beku,kami rebus ikan tu,gaul sikit ngan nasi,bagi mak kucing tu makan.

Cek jantina bayi, 1 jantan 2 betina




Makanya dengan rasminya pada 8 May 2013,kami mendapat anak angkat 3 sekaligus,pakej ngn mak dia.

Yang penting dorang ni tak masuk rumah,dan menerbangkan bulu-bulu mereka untuk saya semput.Duk kat luar tu taw..
Sekian catatan saya pada hari ini..Sampai jumpa lagi.Da~

Monday 6 May 2013

Adam dan Jambu

ADAM & JAMBU
Assalamualaikum semua..Salam sejahtera...
Harini kita cerita pasal anak buah saya Adam ngan buah jambu.
Huh?dah tak ada cerita nak di update kew?
Hehehehe..Saja jewk...
Pada PRU 13 aritu,saya pulang ke Perak.Pilihanraya tapi bukan mengundi pun..Tak layak sebab lambat daftar..huemph..Tak apa..Sambung cerita.
Makanya semua pun balik la mengundi..Penuh la rumah mak abah ni tadi..Kebetulan,pokok jambu belakang rumah tu,buahnya tengah ranum,apalagi...Party buah jambu la..Tengah ramai-ramai dengan anak-anak buah,tiba-tiba ajak Si Adam ni makan jambu air tu..
Cik Adie:Adam,nak jambu tak?
Adam:Nak!Adam nak jambu macam Mek Di.
Cik Adie:(pilih jambu yang cantik,belah dua)Nah!amik neh!
Kemudian,dia ambil jambu tu,terbelek-belek,di pusing-pusingnya jambu tu..
Adam:Mek Di...Kulit dia Mek Di tak buang..Mek Di buang la kulit dia..Adam taknak makan kulit dia..
Cik Adie:Sayang oi...Ni bukan jambu batu nak buang kulit!Jambu ni makan ngan kulit dia sekali la yang...Adoi la hai...
Makanya,Si Adam makan isi tengah jambu tu,yang kulit merah-merah tu dia kikis ngan gigi dia.Tak pernah selama hidup ni makan jambu air buang kulit.Kehkehkeh!First time tengok orang makan jambu tu buang kulit.Nasib baik budak kecik.Apa dia ingat jambu tu buah epal???Haih..Adam..Adam..
Sekian cerita tentang kehidupan saya pada hari ini.Cheow~