Saturday 18 May 2013

Wedding Novelis Iffa Zalia a.k.a Zila.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (^_^)
Hai,Cik Adie harini nak cerita tentang majlis perkahwinan sepupu saya iaitu Novelis Iffa Zalia atau dikenali dikalangan keluarga dengan nama Shiela(nama dia yang betul Azila,tak tau cane leh panggil Shiela)
Pada kenduri belah pengantin perempuan di kampung saya,Perak,saya sampai lewat,maka tak sempat la nak snap gambar banyak-banyak.Tapi dapat snap gambar di luar je...Apa pun kenduri sebelah pengantin sangat meriah walaupun masa saya sampai tu,mereka dah ke sesi baling gula-gula dan syiling.Masih lagi meriah dengan karaoke.Orang masih ramai lagi berduyun-duyun..Yang penting,time makan tu,dpat gak r lauk pengantin yang tak abis.Ikan besar tu!!muehehe..
Kenduri di kampung(songlap gambar pengantin dr FB dia,mohon kebenaran ye pengantin..)
 err..mini pengantin..Adam & Tia.Time ni saya sampai lambat,meja dah kemas.
 Guest Book
Okay..Mr Adam pun nak mencatit memori ye..Pandai ke Adam tulis tu?


Tapi,pada kenduri sebelah lelaki di Tasik Titiwangsa,KL minggu depannya,saya datang awal.Al-maklum la..Memang duk kat KL,so,tak payah la nak tunggu-tunggu balik ngan adik beradik.Kenduri di KL seperti suram,tak sama macam di kampung di mana,lepas habis bersanding pun,saya yang datang lambat ni pun masih dapat tengok kemeriahan.Cuma bezanya,di KL,kendurinya lebih teratur.Macam sangat-sangat sopan gitu...Hehehehe.Kalau di kampung siap ada karaoke bagai..
Wahhh!!!Naik kereta kuda kata kau..Ko hado??(yang ni pun pinjam gambar Leen Creation)

Cik Adie siap tidur di rumah abang pengantin lagi.Malam sebelum kenduri sangat la kelakar.Tengah sembang-sembang dengan Mak Itah(mak pengantin,a.k.a mak sedara saya),saya pun nak pergi la mandi malam..Lepas mandi tu,sambung la bersembang ngan Mak Itah ni tadi.Nampak dia tengah pegang handphone masa baring tu,saya tanya apa ntah,tiba-tiba sunyi.Tak berjawab soalan saya.Pastu saya pun toleh la ke arah Mak Itah ni baring..Saya kenalpastikan samada dia tak dengar ke,atau mengelamun ke..Selang beberapa saat,saya dengar dengkuran halus..Mantap Mak Itah!!!Tidur sambil pegang handphone!!Bhahahaha!Ok,saya bercakap sorang-sorang..huemph~
Esoknya kami beramai-ramai menuju ke Taman Tasik Titiwangsa..Menunggu pengantin.Ada beberapa salah faham yang membuatkan majlis persandingan bermula agak lewat.Kami beramai-ramai menunggu di kedai makan tepi tasik tu.Tapi akhirnya berjaya juga kami mnghantar rombongan pengantin..Haih~Eh?Asyik gambar pengantin ngn pengantin mini dan lain-lain jewk?Mana Cik Adie punya gambar eh..
ok,ok..di situ ya..Saya la 'penyepit' mereka..muehehe..

Semoga bahagia hingga akhir nyawa mereka dan harap-harap,lepas kahwin ni,lagi banyak la idea Cik Iffa,eh?Dah tukar status ,lupa lak!Puan Iffa kita ni untuk menghasilkan novel yang lebih mantap..Rezeki pun bertambah-tambah..Cik Adie pun nak tulis novel la.Aci tak?Agak-agak tahun bila siap eh?muahahhahaha!Selamat Pengantin Baru pada sepupu saya Zila @Iffa.
Sekian catatan yg berminggu ni,baru siap sebab nak kumpul gambar.






Tuesday 14 May 2013

Gossip:Melati nak bawak jantan balik rumah!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Di harap semua sihat untuk baca blog Cik Adie kali ni ye..
Dah slow sangat la pulak perjalanan blog ni.Tak tau nak update apa..
Ha...meh sini,harini kita ada gosip!!
Pasal janda berhias Si Melati yang Vogue ni ha..Ko hado???
Siapa Melati ni?
Ala..Melati tu maknya pada 'anak-anak' angkat umah ni yang 3 ekor tu..
Hamboi...Melati oi..Bukan main lagi dia sejak-sejak kami kat rumah ni terima anak-anak dia ye..
Bukan main sangap lagi dia tak reti nak balik-balik,test power kat kedai belakang rumah ni ha.Dia dah beranak,tak tau siapa bapak anak-anak dia tu,pastu,dah letak kat rumah orang,port baik punya kitorang bagi..Dia pergi menggatal lak cari spare jantan lain ye..

Tengok tu..Berdandan bukan main lagi.Nak keluar menggoda jantan lagi la tu..
Masa mula-mula menginap kat sini,bukan main hormat lagi dia ngan tuan rumah.Keluar kejap-kejap je dia.Pastu dia masuk menyusukan anak dia.Sekarang ni,tiap kali balik kerja,tengok anak-anaknya je yang ada.Yang dianya tak balik-balik lagi mengorat jantan..Melati oi..Kamu tu ibu tunggal..Kalau dah sangap sangat,tunggu la anak-anak tu dah besar sikit,dah tak payah bergantung ngan susu kamu tu..
Tengok!!Rumah pun dah renovate jadi besar siap ada tempat makan elok lagik!!

Makanan tu untuk si Emaknya..bukan untuk si kecik-kecik tu.Dah makan,menyusukan la.Ni keluar ntah pukul berapa,balik tak reti-reti nak jenguk anak ke..?Dah pandai nak tinggal anak lak dia eh..Esok-esok,bunting lagi,ke sini jugak kamu bawak.Kalau nak bagi adik-adik kat diorang ni,tunggu la diorang dah besar sikit,dah pandai jalan,main,makan sendiri Melati oi..Ni,suara pun tak dengar lagi..Nak jalan pun terketar-ketar.Haih~Untung la jadi kucing..Pas beranak,curang pergi cari jantan lain pulak..Sedap dia eh..?Hah!Tak reti-reti?Jangan lak bawak balik jantan ke rumah ni ye..Pandai ngorat,pandai la suruh boyfriend kamu cari port.Jangan lak suka-suka mempelawa tidur kat rumah ni yewk..
Itulah la gosip Cik Adie kali ni.
Ingat tu Melati!!!JANGAN BERANI NAK BAWAK MASUK JANTAN KE RUMAH NI!
Jangan budget Hot & Seksi sangat eh...
Sekian,da~