Friday 12 July 2013

Buffet Ramadhan bersama rakan2 sekerja!!

Ha!!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
dah masuk hari ke empat kita berpuasa,yang berpuasa tu bagus la..yang ponteng tu,elak-elakkan la..
Harini Cik Adie nak cerita pasal kisah berbuka puasa beramai-ramai dengan geng-geng office..Jangan pelik.Kat office Cik Adie ni ada ramai cina daripada Melayu Islam.Tapi kalau bab makan untuk berbuka puasa,dorang la yang excited lebih..Sebelum habis waktu kerja,kul 6p.m tu,dorang dah start 'sahur' dah untuk simpan ruang kosong kat perut sebelum berbuka puasa..
Nak dijadikan cerita,seperti tahun lepas,kami pun tempah la 'buffet ramadhan' kat Hotel Royale Bintang ni..Yang tahun lepas guna 'groupon',tahun ni kita ambil dari 'hulala' punya promotion.Dengan semangat wajanya,kami pun gerak dari office kat jalan Chan Sow Lin tu lepas kerja.Kami sampai kat hotel tu dengan jalan jammed dan pusing-pusing sebb ada construction untuk MRT segala bagai,banyak jalan ditutup dan kami terpaksa pusing-pusing mencari jalan masuk ke parking basement,jam 6.40 baru jejak ke dalam hotel tu..Perasaan teruja masing sebab kalini kita tempah yang berhadapan dengan POOL SIDE katanya..Kami pun beramai-ramai mencari swimming pool.Kami berlapan ada lagi 2 orang akan menyusul kemudian.Pusing punya pusing,dah sampai level 3,confident menapak terus ke pool side.KOSONG???yang ada,budak-budak bermandi manda di swimming pool tu.Then,kami pun pergi ke Lobby,tanya tempat tu.Dah dekat pukul 7p.m dah ni.Bell boy tu kata kat level 3 tempat kami pergi tadi..Tapi dia tak pasti samada wujud ke tak buffet tu kat level 3 tu.Makanya,kami pun pergi ke tempat kami berbuka puasa tahun lepas,tanya di kaunter situ..Rupanya,kupon tu valid hanya hari biasa,buffet untuk ramadhan dia buat kat tempat biasa.So,kupon tu tak diterima dan kami kena datang redeem lepas ramadhan.Maknanya,kami tak boleh makan berbuka puasa di situ.Erm..erm..Supervisor buffet tu pun taknak bertoleransi,yang budak bawah dia muka macam bersalah sebab masa berbuka dah nak hampir.Dia macam kesian tengok kami yang terpinga-pinga nak cari tempat berbuka dalam masa beberapa minit sahaja lagi.Dia minta maaf masa kami gerak dari situ,yang bos dia macam hampeh dan muka berlagak dan poyo,blah macam tu jewk tanpa ada rasa simpati.(bersabar je sebab tengah puasa kan?)
Kmai pun memikirkan solution yang terbaik,pergi Plaza Low Yatt kat sebelah hotel tu (*nasib baik dekat,jalan kaki jewk)
Yang lagi 2 orang baru sampai,dengan hampanya ikut la kami semua ke Plaza Low Yatt.Tapi apa pun memang meriah.Kami sepuluh orang beramai-ramai macam sekumpulan budak kolej pergi shopping,berjalan kaki ke sana dengan gelak ketawa...hahahhaha!Meriah sangat.Masa berbuka tinggal lagi beberapa minit ke,kami duduk kat satu Cafe ni,ada lagi satu kejadian..
Kami 10 orang nak duduk setempat,tapi tempat dah penuh,yang ada meja untuk 4 orang 3 tempat yang berlainan.Konon,pekerja situ nak tolong kami,dia dengan baik hatinya memujuk 4 orang yang 1 meja ni tadi bergerak ke sebelah,sebab kami lagi ramai.Sorang pompuan tu jawab dengan kasar dan menjeling pekerja kedai tu 'eh!kitorang dah duduk sini,buat apa nak tukar pulak???'sambil menjeling ke arah kami sekali.Pekerja tu nak jaga hati pelanggan,dia mintak maaf.Erm..pompuan tu Melayu dan juga menunggu masa untuk berbuka puasa,tapi attitude dia sama macam orang tak puasa.Tapi tak apa,kami tak kisah.Kami duduk asing-asing sebab meja bulat lagi 2 tu tak boleh sambungkan.Kemudian ada pelanggan non-muslim dah abis makan,so,kami pin pindah ke meja yang lebih besar,sebelah dengan geng yang 4 orang tadi.Order dah buat,tapi yang sampai,air.Nasib baik saya ada bawak coklat Crispy,cukup-cukup untuk 4 org yang berpuasa.Berbuka dengan coklat dulu sementara makanan sampai.Kami bersembang,bergurau memang kecoh macam budak-budak sekolah la masa tu.Apa yang pasti,kami semua memang sempoi.Termasuk Manager Account si Derrick yang gila-gila neh.Memang macam tak ingat dunia.Semua sangat AWESOME!!!
Kesimpulannya,untuk tahun hadapan mungkin kami akan pilih tempat lain untuk berbuka puasa ramai-ramai.Huhuhu...Sekian la catitan Cik Adie untuk entry di bulan puasa ni..Selamat berpuasa sayang-sayang semua..

 Macam Ms Yong pulak yang berpuasa seharian
 Yang kat belakang tu tak abis-abis main phone..
Alamak!gambar senget!jadi la..Nampak belakang Derrick jewk..