Thursday 24 April 2014

Penerimaan&penolakan

Apabila kita mula menerima seorang orang asing dalam hidup kita..kita akan selesa bersamanya hinggakan dia bagaikan sebahagian daripada kita..Pelbagai cerita dan pengalaman kita lalui bersama hingga kita rasa seperti apa saja yang berlaku di sekeliling kita..dia pun wajib tahu..kongsikan bersama..bagaikan aku adalah engkau..engkau juga adalah aku..kadangkala perkongsian itu seperti tiada rahsia antara kita berdua...
Apabila kita sudah terlalu banyak menerima antara satu sama lain..ia akan mempunyai masalah apabila kepercayaan itu tiba-tiba terhakis kerana pengkhianatan atau sedikit kesilapan.Mungkin pihak satu lagi dapat menerima apa saja kecaman sambil bersabar hingga ke satu tahap kesabarannya tergugat apabila dimomokkan dengan ugutan dan obsesi pada pihak yang lagi satu..Pihak yang aggresif dan cepat melatah itu tidak dapat berfikir dengan waras malah..bagi dia..pihak lagi satu tu memang wajib dapat balasan tanpa memikirkan kesannya pada masa akan datang..mereka akan bertukar semula menjadi orang asing..bila masing-masing bawa haluan sendiri..pengalaman dan perkongsian dulu tak boleh dipadam begitu sahaja..mereka akan bawa kenangan itu bersama..walau cuba melupakannya..tetapi..kenangan itu tetap ada..
Apabila kedua dua pihak tadi sudah reda..mereka pula sudah terbiasa berkongsi dan bercerita..tetapi..situasi sudah berbeza..cuba berlagak seperti kawan biasa tapi masih rapat..itu adalah satu perkara yang menyakitkan kerana sudah tiada lagi perkongsian tanpa had seperti dahulu..yang seorang takut akan keaggrasifan pihak lagi satu dan sentiasa berhati hati dalam setiap tindakan dan kata kata..yang seorang pula mungkin takut keaggresifannya dahulu melukakan lagi hati satu pihak..cukup masanya..masing masing tidak dapat kembalikan situasi yang normal dulu..kemudian akan cuba jauhkan diri masing masing sebagai langkah berjaga jaga..dalam masa yang sama kedua duanya punya masalah yang sama iaitu penolakan..
Masing masing takut untuk mempercayai orang asing yang lain kerana takut terjadi perkara yang sama..selagi tidak berjumpa dengan orang yang betul betul boleh dipercayai sebagai ganti..kedua dua mereka akan merana kerana mereka seakan akan tidak dapat berpisah..
Penolakan akan sentiasa terjadi apabila pihak asing yang lain cuba mendekatkan diri dan itu adalah satu trauma baginya untuk terima seperti yang dulu..
Keadaan ini akan terus berlaku..sampai bila??sampai ada pihak lain yang mampu meyakinkan mereka bahawa masih ada di luar sana mampu menjadi akrab seperti mereka dahulu untuk berkongsi segalanya..
Apa yang Cik Adie nak tekankan di sini..kita boleh cuba menjauhkan..tapi..kita tak boleh padam kenangan yang sentiasa kita bawa bersama orang asing yang telah kita kongsikan segalanya termasuk susah senang bersama..boleh cari pengganti..tapi tak akan sama dengan yang dulu..samada dapat yang lebih baik atau tiada kelebihan malah lebih buruk..pasu yang pecah dan digam semula takkan sama dengan pasu yang diganti dengan yang baru.. :'(

Coretan di tengah malam
25/4/2014 1:50