Monday 28 April 2014

Kerja gila bersama part of SLVians

Salam semua...
Hari ni Cik Adie nak cerita tentang aktiviti bersama adik-adik bukan kandung ke Bukit Broga pada ahad lepas 27/4/2014..
Agak mengecewakan sedikit pada mulanya sebab macam-macam yang berlaku last minit.
Asalnya pergi 2 kereta..tiba-tiba satu kereta tu tak jadi sebab ada kursus..maka tinggal satu kereta...terpaksa arrange balik..dah dapat kereta besar untuk bawak ramai orang..tiba-tiba yang drive tu pulak serabut sebab kereta dia bau busuk kalau pasang aircond..masa tu la dia nak serabut pasal bbq..padahal ada masa seminggu utk fikir..Cik Adie punya part bbq set dah settle dah..esoknya nak pergi..lewat petang tu baru dia nak fikir apa nak bawak..arghhhh!!!tension!!
Apa-apa yang tak settlekan kitorang settlekan walaupun ada yang tak cukup..tapi..tak apa la..janji planning jalan...
Malam tu..dalam satu lebih dah berkumpul..penat fikir punya pasal..tunggu berjam lak kat Times Square sampai kul 1 lebih..masuk kereta..terus tidur ;)
Dalam 3 pagi lebih tu lepak jap singgah kat kedai mamak..dalam kul 4 tu kami gerak ke Semenyih..jam 5 pagi da start naik mendaki..
Kami mendaki mula-mula 1st stage pun ramai yang pancit..masuk 2nd stage..yang lain-lain dah tak larat..7 orang yang pergi..yang sampai puncak...3rd stage tu 3 orang je..perghhhh!!landing pulak salah port..seronok sangat dapat sampai ke puncak sampai bengkak-bengkak Cik Adie kena sengat tebuan kat atas tu...hahaha!dapat 'love bite' daripada tebuan..time kasih sangat...
Sebelum matahari naik tu..kami yang 3 orang ni turun join yang tak larat tadi kat 2nd stage tadi..
Kami bergambar sakan kat atas tu..
Dah turun tu..kami pergi pulak ke Sungai Tekala..perghhhh!!!terjun sungai!!!
Bbq time!!ntah berapa kali pasang api..bara..padam...pasang api balik..zzzzz...lambat sangat..Cik Adie siapkan roti lauk sardin dulu..dapat la mentekedarah sikit daripada nak tunggu ayam bbq yang tak siap-siap tu...
Terjun sungai ntah berapa kali turun naik..pun tak siap lagi bbq budak-budak ni..huemph~
Dalam 12 lbh tu tiba-tiba pulak hujan..kami pun siap-siap turun tengah hari tu..
Balik daripada sungai tu kitorang singgah Petronas..semua lepak tidur dalam kereta...kemudian kami sambung perjalanan..
Budget nak hantar sorang-sorang..on da way dah nak sampai Ampang tu..tiba-tiba....ada request nak pergi karaoke pulak...vote 4:2..haha!kalah yang 2 orang tu..3 jam..petang tu..karaoke pulak kat Axis Atrium..hahaha!selagi tak sampai rumah..selagi tu bertenaga...siap berjoget beramai-ramai kat bilik karaoke tu..lagu Melly Goeslaw..Let's Dance Together...adoi laaaaa..
Apa pun..semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada kekurangan..
Next time tak tau la apa pulak kerja gila kami..harap dapat kumpul lagi ramai..hiks!
*sebenarnya ada cerita kelakar malam nak pergi Broga tu..Adam&Messi tukar naik kereta Phet yang datang lewat..maka..yang tinggal dalam kereta Naza Haziq cuma Haziq,Bojat,Jay&diriku.Dialog antara Bojat&Haziq dalam kereta sementara Cik Adie&Jay tidur keletihan...
Haziq:kita pasang aircond..bagi dorang dua ni bau..confirm jaga punya..hihihihi(budget gelak  jahat)
Bojat:ok..standby(pegang pewangi mungkin?sebab masa tu mata tgh pejam)
Haziq&Bojat:ok..sedia...1...2...3!(cepat2 tahan nafas,tutup aircond sambil bukak aircond yang mengeluarkan bau apa ntah..tapi malas nak bangun..saya nafas ikut mulut)
Bojat:tidur mati ke apa Jay ngan Kak Adie ni?aku da tak larat dah nak bau dah ni!!!
Haziq:betul2 tak sedar dorang ni...tak bangun2 pun..tidur mati betul..takkan tak bau punya busuk ni??perghhhh!!!
Aircond dimatikan..tingkap dibuka sambil dua2 tercungap2..kah!padan muka!nak pedajal orang..sendiri yang kena!
Sekian..coretan kali ni..bye