Wednesday 6 January 2016

Bekalan Kita

Assalamualaikum&salam sejahtera semua!!Cik Adie nak kopi pasta satu cerita ni untuk tauladan kita..Kita semua mesti pernah fikir apa akan jadi pada kita akan datang kan?jom baca cerita ni dan fahami..

Seorg pemuda lalu disebuah negeri... Kekecohan sedang berlaku.. Lalu si pemuda pergi menyiasaat..
Rupanya mereka dalam prosess melantik raja.. Yg peliknya.. Seorang pon tak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut..
Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah... Sesiapa yg dilantik menjadi raja atau pemerintah.. Dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10tahun memerintah..
Pemuda tadi mengangkat tangan.. 'saya sanggup!' Maka dia dilantik menjadi raja /pemerintah negara itu. Org ramai mengatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal. Tamak pangkat.. Dan pelbagai lagi.
Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yg bakal dia dibuang selepas 10 tahun..
Tahun kedua.. Pemuda mula menghantar jurutera utk membina jalan:
Tahun ketiga.. Menghantar expert dlm bidang pertanian utk bercucuk tanam
Tahun ke empat engineer mula membangunkan bangunan bangunan canggih..Dan seterusnya..
Sehingga tahun ke 10..
Pemuda tersebut tidak sabar utk dibuang negeri..
Masanya tiba.. Beliau sudah bersedia..
Kerana....
Sang pemuda tahu.. Dia sudah menghantar 'bekalan' terlebih dahulu sebagai persediaaan..
Kesimpulannya..
Ibarat hidup kita..
Kita tahu yg kita akan 'dibuang' ke 'tempat itu'
Sudahkah kita mengirimkan bekalan?
Adakah tempat itu padang tandus..
Atau sudah kah kita semai benih benih yg akan menjadi pohon rimbun?
Sudah kah kita kirim 'bahan binaan' utk membina sebuah mahligai yg akan kita diam? Atau biarkan saja ia kekal tandus?

Jom kita fikirkan bersama dan mula kumpul bekalan kita..
Semoga jumpa di entri akan datang..
Assalamualaikum,bye ;)

Happy New Year

Assalamualaikum&salam sejahtera semua!!!

Dah tahun baru dah!!!2016...harapnya swmua ceria selalu...liku-liku hidup selama 30 tahun ni pelbagai sangat..yup tup,tahun ni Cik Adie akan menginjak umur 31...bye bye 2series..welcome 3series..harapnya Cik Adie tabah menempuh ujian hidup di tahap umur yang dewasa ni...ceria sentiasa walaupun pelbagai dugaan melanda termasuk la kehilangan telefon yg mempunyai pelbagai bukti&kenangan dalam phone tu..mungkin nak Cik Adie teruskan hidup baru,bukak buku baru,mulakan jilid cerita yang baru...yang lama biarkan menjadi sejarah...sejarah tak boleh dipadam atau diubah...tapi kita boleh jadikan ia sebagai pengajaran..ye idok???
Apa pun..HAPPY NEW YEAR 2016!!!!
Payung skit gambar ceria di tahun baru :-)