Friday, 10 May 2013

Sejarah 8 May 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hah!Lama gak tak update blog.Ada la dalam seminggu kot.Hehehe..Mesti korang sekarang tengah hangat membincangkan tentang keputusan PRU13 lagi kan?Tak apa la..Apa pun keputusan,janganlah kita bergaduh-gaduhan..Tak baik kita gaduh-gaduh kat Malaysia ni..Seperti satu lagu yang pernah popular satu masa dulu 'buat apa gaduh-gaduh sama kita!Malaysia kita ini kecik aje..Kalau semua gaduh,siapa nak jaga...'.Macam tu la lirik dia.
Nak dijadikan cerita pada blog kali ini,pada 8 May 2013,pagi tu saya pergi kerja,jalan penuh sesak,jammed sepanjang stesen LRT Chan Sow Lin sampai la ke jalan nak sampai ke office saya..Pada tengah hari waktu lunch hour pula,saya dan rakan-rakan pejabat pergi la keluar makan..Pun sama keadaannya,masih lagi jammed di Jalan Chan Sow Lin dan juga CherasMalamnya saya sampai ke rumah,saya pun menceritakan fenomena itu kepada housemate saya Cik Mimah ni..
Kami pun bersembang-sembang santai selepas pulang dari kerja malam itu,seperti biasa..port kami di hall la..Seperti orang lain,topik yang kami bincangkan adalah mengenai keputusan PRU13.Sebab utama jalan penuh siang tadi rupanya ada perhimpunan di Kelana Jaya..Ada kaitan ngan PRU13 la tu.Sambil-sambil membaca status facebook rakan-rakan yang sangkut di Highway la,jalan nak balik la sebab perhimpunan tu,tiba-tiba saya tergamam.Mimah ni tadi pun pelik kenapa saya terdiam.
'Weyh!harini Rabu malam Khamis ke,Khamis malam Jumaat eh?,'tanya saya kepada Mimah sambil mata merenung ke dapur tanpa kelip.
'Rabu malam Khamis',jawabnya sambil merenung ke arah yang sama dengan rasa hairan seperti yang saya rasa.
Kami sama-sama merenung ke arah lembaga di dapur tu.Dengan penuh kehairanan,kami berdua serentak berkata 'kamu ni kucing ke bukan?Bila ke masanya kamu masuk?Ikut mana?'.Tanpa bunyi apa-apa,tiba-tiba kucing tu sudah berada di dapur kami.Senyap je dia masuk,takde nak mengiau ke apa.
Kami berdua tenung lagi kucing tu,dia pun membalas tenungan kami(macam blur lak muka dia,'apesal dorang pandang aku ni macam hantu?',gamaknya la kucing tu cakap dalam hati).
Setelah pasti,kami pun berkata 'ouwh..ni betul kucing ni..Sah bukan 'benda' lain'
Mimah ni pun keluarkan la kucing yang sesat masuk ke rumah kami ni tadi..Ntah macam mana la dia panjat,tak reti-reti nak keluar..Haih..
Kemudian kami sambung bersembang,'kucing tu aku macam pernah tengok la..';kata Mimah.
Saya pun menjawab,'ala..apa nak heran..kan belakang rumah kita ni kedai?Mesti pernah ko terserempak ngan kucing tu..'
Mimah pun mengiyakan kata-kata saya.'Aku rasa dia tengah cari tempat nak berteduh.Kalau tak silap,kucing tu bunting aritu..Tapi mana anak dia eh?'
Kemudian,kami pun buat kerja masing-masing,Mimah masuk ke bilik,saya pula nak keringkan baju yang sudah di basuh untuk di sidai..
Semasa saya hendak menyidai baju,tiba-tiba saya ternampak 3 lembaga kecil.
Ah!Saya menjerit sambil mengetuk-ngetuk tingkap bilik Mimah yang memang berada di belakang.
'Weyh!!!Dia memang cari tempat la!!!Ni ha anak-anak dia kat belakang ni!!!',saya yang tak berapa suka pegang kucing ni memanggil Mimah.Serta merta kami mencari kotak untuk anak-anak kucing ni..Ada ke pulak mak dia letak atas simen,elok jewk pulak tu alas ngan plastik kecil.Haih..Ada kain baju lama,kami letak dalam kotak.Mak kucing tu pulak pelik anak-anak dia dah masuk dalam kotak.Kami tak ada makanan kucing,so,dalam peti ais,ada lagi ikan tengah beku,kami rebus ikan tu,gaul sikit ngan nasi,bagi mak kucing tu makan.

Cek jantina bayi, 1 jantan 2 betina




Makanya dengan rasminya pada 8 May 2013,kami mendapat anak angkat 3 sekaligus,pakej ngn mak dia.

Yang penting dorang ni tak masuk rumah,dan menerbangkan bulu-bulu mereka untuk saya semput.Duk kat luar tu taw..
Sekian catatan saya pada hari ini..Sampai jumpa lagi.Da~

Monday, 6 May 2013

Adam dan Jambu

ADAM & JAMBU
Assalamualaikum semua..Salam sejahtera...
Harini kita cerita pasal anak buah saya Adam ngan buah jambu.
Huh?dah tak ada cerita nak di update kew?
Hehehehe..Saja jewk...
Pada PRU 13 aritu,saya pulang ke Perak.Pilihanraya tapi bukan mengundi pun..Tak layak sebab lambat daftar..huemph..Tak apa..Sambung cerita.
Makanya semua pun balik la mengundi..Penuh la rumah mak abah ni tadi..Kebetulan,pokok jambu belakang rumah tu,buahnya tengah ranum,apalagi...Party buah jambu la..Tengah ramai-ramai dengan anak-anak buah,tiba-tiba ajak Si Adam ni makan jambu air tu..
Cik Adie:Adam,nak jambu tak?
Adam:Nak!Adam nak jambu macam Mek Di.
Cik Adie:(pilih jambu yang cantik,belah dua)Nah!amik neh!
Kemudian,dia ambil jambu tu,terbelek-belek,di pusing-pusingnya jambu tu..
Adam:Mek Di...Kulit dia Mek Di tak buang..Mek Di buang la kulit dia..Adam taknak makan kulit dia..
Cik Adie:Sayang oi...Ni bukan jambu batu nak buang kulit!Jambu ni makan ngan kulit dia sekali la yang...Adoi la hai...
Makanya,Si Adam makan isi tengah jambu tu,yang kulit merah-merah tu dia kikis ngan gigi dia.Tak pernah selama hidup ni makan jambu air buang kulit.Kehkehkeh!First time tengok orang makan jambu tu buang kulit.Nasib baik budak kecik.Apa dia ingat jambu tu buah epal???Haih..Adam..Adam..
Sekian cerita tentang kehidupan saya pada hari ini.Cheow~

Thursday, 2 May 2013

Ketam Ajar Anak Berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hai...Cik Adie tak tidur lagi,so,macam biasa la..kita bersembang sorang-sorang di Blog Cik Adie ni eh.Hurm...Topik kita kali ini adalah....
Adat bercouple!!Ha..Korang semua mesti pernah bercouple kan?eleleleleh...tipu la kalau kata tak ada..Okay..Selama korang bercinta la kan..
Pernah tak korang mengalami dialog-dialog seperti iniiii...
.
.
.
.
.
.
.
situasi 1
BF:You,nanti I ingat nak bawak you jumpa mak I.Dah lama kita couple,mak ngan family ada gak yang dah tau pasal kita ni..I macam nak bawak you jumpa mak I la..Tapi..Belum sedia lagi.
GF:Lorh..Kenapanya tak sedia lagi?I tak kisah..
BF:I ingat,kalau boleh,I nak you pakai sopan-sopan sikit.Jumpa mak I nanti,you pakai la baju kurung eh?
GF:(muka nak tergelak)You nak I pakai baju kurung semata-mata nak jumpa mak you?Pufftttt~(tersembur lak hasil dari tahan gelak tadi).Urm...Okay..boleh je..Kenapa kena pakai baju kurung eh?
BF:Ye la..nampak tutup aurat sikit.Kita kena la sesuaikan dengan keadaan.Nak jumpa orang tua mesti la pakai sopan-sopan,nanti orang tua tau la kita hormat kat orang tua.
GF:Kenapa?Baju macam ni tak sopan ke..?(sambil tunjuk baju yang dipakai,sepasang baju lengan panjang yang agak sopan dan seluar yang tak berapa nampak kaki.Janji besar dan selesa.Ala-ala jubah moden )
BF:Bukan tak sopan..Tapi kalau baju kurung kan lagi sopan?Tutup aurat sikit..
GF:(dengan muka merah dan hampir-hampir mengalir air mata tahan gelak tadi)You..Baju kurung tutup aurat celah mana kalau tudung pun tak pakai!!Tiba-tiba kain terbelah nampak betis..Aurat tu dari kepala sampai hujung kaki.Bukan kat badan jewk..Adoi ai...Sukati la.You punya pasal,I pakai je la..kihkihkih!(masih lagi bersisa ketawa tadi)
.
.
.
.
.
.
.
situasi 2
BF:Baby,tadi I bagitau kat family I yang abah you kirim salam.Hehehe..
GF:Ouwh..ye ke..Abis?Diorang kata apa je?Mak Ayah sayang dah tau pasal Baby eh..?
BF:Ha'ah..Pastu dorang nak tengok mana ke rupanya anak perempuan kawan diorang yang dah mencuri hati anak teruna diorang ni.
GF:Ouwh eh..?Sayang tunjuk gambar Baby kat diorang ke..?
BF:Yup.
GF:Yang mana satu?Gambar kita ambil kan banyak?
BF:Gambar yang I ambil kat album rumah Baby tadi.
GF:Huh?Yang mana satu?
BF:Tadi I jumpa gambar yang you pakai tudung tu.Eheheheehee..So,I snap la gambar tu tadi,tunjuk kat diorang.
GF:Ouwh..Gambar kita yang banyak-banyak tu mana?
BF:Taknak la tunjuk yang pakai baju biasa tu..Nanti apa pulak kata orang tua..I bagi diorang tengok gambar you yang paling sopan.Sedap sikit mata memandang.Sejuk hati orang tua tu nanti.Diorang kata nanti bawa la you datang jumpa diorang.Boleh kenal-kenal...
GF:Abis,time nak jumpa nanti kena pakai sopan macam dalam gambar jugak la eh?
BF:Kalau boleh,bagus jugak.Segan la dalam gambar sopan,tiba-tiba jumpa nanti lain pulak..
GF:Ouwh..Ye la..


Situasi di atas menunjukkan yang GF tu hipokrit sangat kalau dia ikut cakap boyfriend dia.Sebab apa?Sebab itu bukan dia..Sampai bila nak berlakon dengan orang tua diorang?Tiap kali jumpa nak kena pakai 'uniform',nampak ayu je...Tiba-tiba terjumpa kat luar?Dah nak kena cover-cover.Hello..Kalau dah berkenan...Ajar la GF awak tu betul-betul..Jangan la time nak jumpa mak ayah jewk yang suruh dia pakai sopan.Tak faham sungguh la..Budak-budak laki ni.
Kakak saya seorang yang ranggi.Dia pernah cerita kat saya,ada seorang mamat ni,ntah macam mana lak boleh ter'couple' sekejap ngan dia.Kakak saya ni seorang yang bertudung dan baju pun ala-ala muslimah moden gak la.Tapi tak ada la baju kurung je yang dia pakai.Dia selesa pakai seluar sebab senang nak berjalan laju.Suatu hari,'boyfriend' dia ni pun cakap la ke dia..
.
.
.
.
.
.
.
BF:Awak..Nanti awak pergi kelas,pakai la baju kurung..Sopan sikit..
GF:Boleh je..Tapi,awak pun pakai la baju melayu pergi ke kelas,siap satu set dengan sampin lagi.Baru nampak segak..
BF:Ishk!Taknak la saya.Panas la nak pakai baju melayu siap bersampin lagi.
GF:Kalau macam tu saya tak payah la pakai baju kurung gak.Saya nak pergi kelas,kayuh basikal.Kalau pakai baju kurung,nak sopan sangat punya pasal,elok-elok sampai awal,terus lambat jadinya.Fikir logik dulu sebelum cakap boleh tak?Tengok la keadaan.Pakai baju apa yang sesuai.Bukan ikut sedap mata memandang je.Tau pun panas kalau pakai baju melayu.

Nah!!!
Kesimpulan yang dapat di buat,sebelum nak buat perempuan tu macam bini,nak suruh pakai apa,nak tegur ke apa..Tolong la guna cara yang betul..Nikahi dia dengan ikhlas hati,terima dia seadanya,ajar dia perlahan-lahan,bertanggungjawab la sebagai orang yang memang layak bertanggungjawab.Janganlah baru couple,tak tau bila nikahnya,pegang-pegang sesuka hati,cemburu bukan main,tak boleh keluar ngan laki lain,tiap kali nak keluar pergi mana-mana,nak kena mintak izin macam mintak izin suami,tapi mak ayah takyah lak nak mintak izin..ngedate jewk..pastu bercinta tak jaga adab,tapi nak ajar pasal adab sopan dan tatasusila..Macam ketam ajar anak berjalan jewk gayanya..Huemph..Catatan ini hanya luahan minda yang sedang berfikir dan memerhatikan keadaan sekeliling.Cuma meluahkan pendapat je..Tiada kena mengena antara yang masih bercouple ataupun yang dah clash dan sedang mencari pengganti.Sekian..

Wednesday, 1 May 2013

Labour Day bersama AmanWan!!!

Hai!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Harini 1 may 2013,selamat hari pekerja kepada yang bekerja..
Harini saya dan Intan jalan-jalan ke PWTC.Ada Pesta Buku Antarabangsa.
Asalnya nak jalan Low Yatt je carik barang sebelum Intan balik Kuantan.Tapi hati dia asyik meronta-ronta untuk ke PWTC tu jugak..Last-last..Takpe la...Member tu bukan selalu datang KL lam-lama pun...Layan je la..Sebab kali ni sangat lama dia stay di 'istana' saya.Dari hari Ahad sampai Rabu'.Amek kau!Overnite je kerja kami..
Heh!Tadi cite pasal PWTC la!Jom sambung.
Kami masuk ke Pesta Buku tu,humangaihhhhh!!!!MasyaRakat..sangat ramai orang dalam tu.Dah la kat Low Yatt tadi pening nyaris-nyaris tak muntah sebab bau ketiak Negro mana ntah.Masuk PWTC ni pun sesak gak..Haih..
Jalan punya jalan punya jalan dan jalan..Rupanya dia nak cari AmanWan..Si Vlogger yang famous tu..Kartunis pun dia..Siap ada komik sendiri.Tu yang dia ada kat booth tu tadi..Jom carik dia...Pusing punya pusing last-last,


Alololo...sorang-sorang je dia.Bosan eh...?Semua pergi kat Ain Maisarah.Jom SERANG!!!!

Hahahah!Dapat Si Intan ni menyembang...Ditambah lak orang yang dia minat...Apa lagi..?Masuk la kami ke dalam Booth tu...Pot pet pot pet..(gaya macam dah kenal lama jewk kitorang ni,becok ya amat)Amik la gambar..Apa lagi..?

Yang penting..Dua jari di tangan...Sportingnya la kau ni adik oi..melayan kakak-kakak yang becok ni..Choki-Choki jangan lupa ye dik..

Hah!Amik gambar jewk?Nak autograf,tapi takde kertas ke buku ke hape kew...Then,baru teringat...Komik dia kan ada...?Apa lagi?Beli la komik dia kat booth tu,semata-mata nakkan autograf dia..Sporting Adik Aman nih.Melayan kami dua bergurau.Ha...dah beli buku...Amik la gambar lagi...
Kali ni member dia yang jaga booth tu tolong amikkan gambar kami..ha...pssttt..Intan,apehey muka kamu macam gangster?ihihihii...


Ouwh...autograf dia simbol ikan..Kalo HM Tuah simbol burung..hehehe..orang kreatif..macam-macam ada..

Yay!!!Sampai jumpa lagi.Semoga success dalam dunia komik,Vlog(dah memang berjaya pun),Blog dan apa sahaja yang adik buat eh..Da~sekian catatan kali ni.Happy Labour Day.

Sunday, 28 April 2013

Hidup Saya Sangat Awesome Harini!!Yay!!

hai,hai,hai...
assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kan Cik Adie baru update blog siang tadi,kata nak balik KL dah..huwargh!!!!!syiok sangat tragedi pada harini...yay!!!
Mula-mula balik Perak jumpa budak-budak ni..
Si Kecik Baby Akila dan...
Kakak-kakaknya Fatin & Fathia..
Makanya,tiket bas jam 3p.m pun telah dibeli...Kemas-kemas beg..Dan...Setelah sampai di K.L pada 6pm...Belek-belek beg..Cari kunci rumah...Hasilnya..Tadaaaa!!!!!Kunci rumah tak bawa ye rakan-rakan sekelian..Sebabnya...Anak-anak buah saya yang sangat cantik dan comel lote belaka tu,ntah bila masa diorang kerebek beg Mak Adie dia neh,makanya,kunci tu pun ntah bila masa keluar daripada beg..Sms budak-budak rumah,semua kata diorang balik esok paginya...What The Hell yowww!!!! (>_<) Hebat tak rakan-rakan sekelian????Hebat kan hidup saya harini?Tak dapat masuk ke rumah..Nasib baik laaa kebetulan BFF saya Si Intan tu dah rancang nak tidur kat umah saya harini...Dia sampai je,kami pun pergi rumah angah saya yang memang dekat ngan rumah kakak saya yang masih di kampung...Disebabkan mereka masih di Perak,saya pun mintak mereka carikan kunci rumah saya kat area sana..Dan mereka pun jumpa kunci tu..huhuhu...Hebat betul la anak-anak korang neh...Saja je nak bagi Mak Adie jumpa semua anak-anak buah dia..Sementara menuggu kepulangan kakak dan abang ipar,main pulak dengan anak buah saya yang ala-ala Korean ni ha...
Mr Adam..Yang sangat kacak..Tengok tu..asyik sangat haa main ngan tab Mak Cik Intan dia..
Makanya kami pun panaskan la lauk pauk yang mak masak untyuk bekalan tadi..Memang nak bagi makan ramai-ramai kot..ehehhehe...Tunggu la kami ni tadi kunci rumah tu pulang ke pangkuan Tuannya..muehehehehe..Bila kakak dah sampai,kami pulak pergi cari rumah dia malam-malam buta semata-mata nak ambil kunci..Siap sesat-sesat lagi(payah betul carik umah malam-malam buta neh).Hebatnya..Dari Perak-->KL-->Puncak Perdana-->Meru-->Back to KL.Masuk umah ZZZZzzzzzzzz..Awesome kan rakan-rakan semua..Yesssza!Sangat awesome..Hebat sekali hidup saya harini..Tu pun nasib baik la ada Cik Intan.Kalo tak,jawabnya tidur umah angah la jawabnya...huhuuhuuuuu...Sape pulak nak anta balik tengah-tenagh malam semata-mata sebab kunci jewk..Tq Cik Intan..Tq kat anak-anak buah Mak Adie jugak sebab membuatkan Mak Adie tak dapat masuk umah..Sayang betul la kat korang ni..haih~
Sekian dari Cik Adie Bebert :)

Saturday, 27 April 2013

Anak-anak Buah Mak Adie

assalamualaikum semua..salam sejahtera :)
macam da lama je tak jenguk blog Cik Adie neh..maaf,tak berapa nak sihat.
Cik Adie tak tau nak cerita apa..Cik Adie sekarang ada di Perak..Rumah mak..Ingatkan nak jumpa si Kecik Baby Kila time sampai jumaat malam tu.Alih-alih,dia dah tidur lak.Huemph..Akhirnya,pagi semalam dia bangun tidur,dapat la main ngan dia sampai petang..hehehehe..
orang makan jambu,dia pun nak jugak!!cute la sayang Mak Adie neh..

Penat main-main ngan dia,tiap kali amik gambar je,pandai lak nak tengok.Pastu dia tanya 'pe?'(siapa).Baby Kila ni manja sangat.Mula-mula dia paut leher kita,sikit-sikit nanti dia pun mula la peluk(suruh dukung le tu..).Pandainya dia nak dukung..Budak-budak umur macam ni memang lasak.Tengok opah dia bagi makan kat dia pun penat.Asyik nak kena main kejar-kejar,sorok-sorok..hihihi..
Tiba-tiba,
kakak-kakak dia dah balik!!yay!!family time!!Kakak Fatin & Kakak Fathia is coming..

Makanya..sunyi la semula rumah ni bila mereka pergi ke rumah Tok Aki dorang...Nanti Baby Kila balik 'asrama' balik eh...Jalan-jalan gi rumah Aki dulu..hihihi..Bagus la..Korang keluar je,terus Mak Adie demam ne ha..huemph..Siapa yang bagi virus tu,TQ sooo much!!Ok la.Anak-anak buah Mak Adie pun dah tak ada ni,nak rehat-rehat.Nanti petang nak balik KL balik..sekian catatan yang tak best kali ni..Da~

Wednesday, 24 April 2013

Rezeki di Hujung Bulan

Cak!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera (^_^)
Macam da lama je tak update blog(tak sampai seminggu kot?).Arini Cik Adie nak cerita sikit..Pasal rezeki..
Pagi tadi masa kat office,datang la 2 orang wanita dari company survey..
Selalunya,pintu pagar office tu tutup,ntah macam mana lak boleh minah 2 orang ni tercegat depan pintu office.
Nak dijadikan cerita,dorang pun perkenalkan diri,pastu kata nak buat survey pasal beverages.Dah kenapa pulak buat survey kat office ni?So,dorang tanya 'boleh tak tanya soalan?Untuk survey.'...Makanya saya pun minta la kebenaran daripada bos untuk dorang ni buat survey.Bos kata,dia tak tau.'Tanya HR',kata dia.Saya pun interkom la kakak HR ni..Kakak HR ni pulak kata,kalau dari Kementerian,dia layan la.Kalo tak,pandai-pandai la bagi alasan.
Makanya,di sebabkan tak berapa nak sibuk pagi tadi,sudahnya,Cik Adie jugak la yang melayan dorang ni tadi...(Saya memang rajin bab-bab melayan)
Bersoal-jawab agak lama gak.Dia tanya kat office siapa yang uruskan barang-barang pantry?Jenis apa yang ada,banyak ke,sebulan berapa kali top up barang..Haih...Penat menjawab aih..
Hujungnya dia minta chop company,suruh saya sign kat buku soalan yang macam-macam dia tanya tadi,last sekali...

TADAAAA!!!!!!RM30=Token sebab jawab survey

Saya diberi token..Walaupun RM30 je..Tapi ia tetap rezeki di hujung-hujung bulan ni..Alhamdulillah...Rezeki berada di mana-mana.Tak sangka kebaikan hati ni nak layan minah-minah ni buat survey mendapatkan rezeki yang tak diduga.Muehehehe..Apa lagi?Harini Rabu..Movie Day saya...Tengok Movie la..Cerita Broken City-starring by Mark Wahlberg & Russel Crowe.Ding Ding Ding!!!!Bersyukur la di dalam setiap kehidupan,malang dan juga rezeki yang dihadiahkan olehNya.Amin...Ouwh..Tak lupa juga kepada kakak-kakak yang survey saya dari Syarikat Nielsen ;Kak Salinah & Kak Che Ku Rosmawati..(well..orang peramah memang macam ni..Siap boleh tau nama panjang,boleh tukar-tukar nombor telefon lagi tadi).
Sekian catatan yang agak ringkas pada hari ni.




Monday, 22 April 2013

Ulat Dalam Batu

Pada suatu masa dahulu...ehem-ehem...
Lupa lak..Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kali ni nak cerita pasal ulat dalam batu.
Ok,jom sambung balik..
Pada suatu masa dahulu,ada sekumpulan pelajar di sebuah kolej.Kalau dah namanya pelajar + kolej,mesti la mereka semua ada yang bercouple..Ye tak?Tersebut la sebuah kisah mengenai sepasang couple ni...Yang perempuan tu pelajar kolej,si lelaki tadi nak kata kerja pun tak,nak kata tak kerja pun tak jugak..Ntah apa la status dia,tapi dia memang tak ada pekerjaan tetap la senang cerita.Disebabkan status lelaki ni tadi macam samar-samar,si perempuan ni tadi nasihatkan la si lelaki tadi untuk bekerja..Situasi ini berlaku di kedai makan ye kawan-kawan..Mereka selalu lepak ramai-ramai dengan geng-geng mereka.Si lelaki ni tadi order makanan...Chicken Chop ordernya..Ha..Jangan main-main..Western gitu.
.
.
.
.
Awek:Sayang..Kenapa awak tak cuba cari kerja?Cari la kerja.Tau la duk ngan Mak Ayah..Tapi sampai bila nak menganggur macam ni?Kata sayang saya?
Pakwe:Ala..rileks la dulu..Sekarang ni pun kan tengah ada duit lagi..Tu elaun JPA tu kan dapat?Kerja koperasi tu pun dapat gak gaji walaupun sikit..Rileks la..Jangan la risau..
Awek:Ye la...Awak duk ngan Mak Ayah..Kalau betul sayang saya,nanti nak kahwin,takkan nak mintak duit ngan Mak Ayah kot?Mesti la usaha sendiri kan?
Pakwe:Tu kalau kahwin nanti..Pandai-pandai la korek mana-mana nak buat belanja kahwin..
Awek:Abis?Lepas kahwin takkan tak payah bagi anak bini makan?Kalau dah kerja pun setakat RM250 je gaji?Makan sendiri pun tak cukup,macam mana nak tanggung anak bini?
Pakwe:Sayang..Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup,inikan pulak kita yang manusia ni..
.
.
.
.
Si Awek dah panas hati melihatkan ketidak-seriusan Si Pakwe ni tadi.Tiba-tiba,makanan masing-masing pun sampai...Si Awek ni tadi mengambil Chicken Chop Si Pakwe ni tadi,membiarkan Si Pakwe ni terpinga-pinga.
.
.
.
.

Pakwe:Kenapa ambil makanan saya?
Awek:Saja.Weyh!Sapew nak makan ni?Jom kongsi ramai-ramai.Member korang belanja Chicken Chop ni nak bagi kita semua rasa seorang sikit.Meh-meh..Jangan malu-malu...
Pakwe:Kenapa sayang buat macam ni..?Saya nak makan apa?
Awek:Ulat dalam batu pun boleh hidup,awak makan la batu tu...Tengok sikit macam mana awak hidup dengan makan batu macam cacing awak tu.

Tetttt!!!!!Alasan ulat dalam batu pun boleh hidup amat tidak sesuai bagi manusia yang malas bekerja.Ulat tu boleh hidup dalam batu bukan sebab dia tak buat apa-apa dalam batu tu,tapi dah habitatnya dorang boleh tinggal dalam batu,dalam tanah..walaupun tinggal dalam batu,dorang bukan tak kerja cari makanan lain.So..sape-sape yang malas kerja tu,renung-renungkan..Huemph...Ini membuatkan saya berfikir,ulat sebenarnya makan apa eh?Sape tau?Boleh share tak?Comment please :)



Sunday, 21 April 2013

Dah Pandai Masak

Hai kawan-kawan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ni saya nak bercerita pasal masak!!Kita orang perempuan ni memang kena tau masak sebab nanti,senang nak bagi makan kat suami dan anak-anak..Tetttt!!!Itu kalau kahwin..Kalau solo macam Cik Adie neh,kalau tau masak,jimat la belanja..dah la makan ciput je..Ada hati nak makan kat kedai,tapi tak habis..huhu...Cerita pasal masak ni,ingat lagi tak entri saya yang bertajuk Kerana Cinta.Mengenai BFF yang tak tau macam mana leh jadi BFF tu.Nama dia Lily.Kitorang masa duduk serumah dulu agak rajin memasak terutama sekali saya,sebab mini market kat depan rumah je..Saya masak macam-macam..Dia masak paling minima semacam,tak pun dua macam je..tu pun goreng nugget/fries /daging burger.(masak gak la tu)
Nak dijadikan cerita,kan kitorang terpaksa berpisah,pindah rumah lain-lain sebab kena halau dengan kakak senior yang tak puas hati ngan si Lily ni tadi?Lepas berpindah tu,kami selalu gak la jumpa,kadang-kadang lepak sama.Takpun saya lepak kat rumah dia je.Sebab saya yang carikan rumah tu untuk dia,makanya saya pun dah kenal la ngan ketua rumah tu..
Satu hari kami keluar lepak makan kat Jusco yang dekat dengan area rumah kami tu.Kami sembang macam-macam,termasuk la kisah cinta,kisah saya yang asyik tukar-tukar boyfriend,kisah dia pergi bercuti jalan-jalan dengan boyfriend dia a.k.a suami dia(baru bulan lepas).Tiba-tiba kami tercerita pasal masak..

Adie:Aku sekarang,sejak-sejak duduk ngan budak-budak umah ni,rajin lak aku masak.Macam-macam lauk.Si Sarah tu la yang rajin makan ngan aku..Boleh aku praktik masak benda-benda lain..
Lily:Eh!!Aku sekarang pun dah pandai masak taw!ko jangan pelik pulak..Ha...
Adie:(excited dengan kemajuan si Lily)Ko dah pandai masak apa je?? :)
Lily:Aku dah pandai masak telur mata taw!!
Adie:(kerut dahi)Telur mata??
Lily:Ha la...Dulu aku masak telur mata,kuning tu pecah..Sekarang aku masak,dah tak pecah dah..Kira aku dah pandai masak la tu!!
Adie:(dengan muka toya)ouwh..okay..betul la tu..Pandai ko masak telur mata.

Kadang-kadang kita kena gembira dengan kemajuan kawan-kawan kita walaupun benda tu nampak remeh,tapi bagi dia tu adalah satu kejayaan.Mungkin lepas ni dia pandai buat nasi pataya??Sape sangka kan?Sokonglah kawan kita!jyeahhh!!!

Saturday, 20 April 2013

Kawan Saya!!! (^_^)

Hai kawan-kawan!!!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Harini taknak cerita pasal motivasi diri..bosan!
Kita cerita pasal kawan!!!Semua orang ada kawan kan?Saya tak tau nak kategorikan antara kawan baik,kawan rapat,kawan biasa-biasa atau apa jenis yang bersangkut dengan kawan la..
Saya ada seorang kawan yang tak tau nak dikategorkan sebagai kawan yang jenis macam mana.Kawan baik(BFF)?Kawan rapat?Atau apa yang saya nak definisikan dia sebagai kawan dot dot dot?Sebab tak tahu dia ni kategori yang mana.Dia ni sangat-sangat baik,dan dia pun macam saya jugak,ramai kawan yang rapat gak..selain kami berdua.hehehehe.Nama dia Intan.

tadaaa..ini Intan dan saya semasa Sekolah Menengah Convent,Teluk Intan
ok,jom sambung cerita..Ntah macam mana,dalam ramai-ramai kawan yang saya ada,dia la satu-satunya yang rajin cari saya balik..hahahaha!Pergi rumah dia tak rasa apa pun.Takde segan bagai.Bila dia datang rumah pun,mak akan puji-puji dia..(puffttt~dia memang suka puji anak orang lain).
Kami berpisah semasa bapanya terpaksa berpindah atas urusan kerja..Makanya dengan itu,kami pun cuma berhubung menggunakan telefon..Dulu pakai line Telekom.Nombor pun senang je nak ingat kalau hari-hari dail.Punya la bertahun kami tak berjumpa,ntah macam mana si Intan ni boleh ingat nombor telefon rumah tu.Dia call..Kami pun bersembang-sembang,bertukar nombor telefon bimbit masing-masing..Kami berkawan macam orang yang telah terputus hubungan dan mengikuti program jejak kasih.
Masing-masing pun dah besar panjang..Dan..Sekali lagi...
tadaa...setelah meninggalkan alam persekolahan dan masing-masing telah bekerja
Kami berhubung sehingga sekarang..ala..saya tetap kurang tinggi daripada dia.Kadang-kadang kami menghabiskan masa yang sangat lama untuk bersembang.Dia punya celoteh lagi banyak daripada saya.ke...sama je dua-dua.kalau dia tidur kat rumah saya,kami bersembang selagi mata tak tutup..hahahaha!banyak sangat cerita,pastu ulang-ulang pasal kat sekolah dulu,lepas tu cerita pasal kawan-kawan yang masih berhubung,lepas tu..aish!!banyak lak lepas tu..Biasa la..kalau berjumpa mesti bersembang.
Dia ni kelakar tau.Dia cakap dengan confident tanpa menghiraukan ayat tu sebenarnya salah.Contohnya di sebuah kedai makan ni,kami bertiga dengan seorang lagi kawan order ikan siakap masak stim,sayur kailan ikan masin(macam biasa lauk kegemaran saya) dan beberapa lagi.
.
.
.
.
Intan:Jom la makan
Adie:weyh!Makan la ikan ni.Asyik Adi jewk yang makan..
Intan:Eh,tak pe la..Intan makan ni je..Adi makan la..Suka tengok Adi makan banyak.
Kawan:Ye la..Intan..Awak makan la sama ikan ni..
Intan:Eh..takpe la.saya sebenarnya tak makan ikan dalam air..
Saya dan kawan blur sekejap dengar alasan tu.Mata kami terkebil-kebil pandang ikan dalam bekas stim tu..
Serentak kami berkata pada Intan 'Tapi ikan memang hidup dalam air?Ikan darat pun perlukan air untuk hidup'.Rupanya dia nak bagitau yang dia tak makan ikan berkuah...Toinkk!!!Adoi ai...Kenapa statement mesti kata tak makan ikan dalam air??Pufftttt~
Dia sangat baik dengan semua orang,saya tak terkecuali.Kalau singgah KL mesti nak tidur rumah saya.Makanya kami pun akan berjalan-jalan di KL...
gambar ni pun bersama dengan seorang kawan yang lain juga..Tapi dia suami orang,so,kami posing berdua jewk r.
Makanya kami membuang masa la berdua,berjalan kaki bagai..Macam sepasang kawan perempuan yang memang duduk serumah bersama,(padahal,saya kat k.l,dia kat pahang..saja turun KL.)Berjalan seharian..Asyik dia jewk yang datang KL,Cik Adie ni tak pergi ke Pahang kew?Mana boleh tak pergi...Saya pergi ke Pahang,buat apa?Ha...mendaki!!!!!Tempat dia ada tempat best.
Nak naik bukit subuh-subuh rembang.posing jap.

Mungkin dia ni tak biasa aktiviti yang lasak macam ni..Padahal bukan daki pakai tali pun..Naik tangga jewk sampai atas.Ada seorang Po Po (nenek dalam bahasa cina) ni.Dia lagi ligat daki bukit tu daripada si Intan ni..hahahaha!Adik dia pun penat nak tunggu kakaknya ni sampai..kena tunggu dia dah ilang mengah,baru sambung..Kami terkedu melihat orang-orang tua (selalu mengamalkan Tai Chi kot),dengan selambanya memintas kami yang muda-muad ni..huhu..Akhirnya sampai juga ke puncak.Dan menikmati pemandangan di atas sana..Bukit apa la yang kitorang daki neh ek?
Taraaa...Bukit Panorama,Sungai Lembing.
Tak sah kalau tak posing kan..Ada lagi tempat-tempat menarik yang kami pergi.

Dah lupa nama tempat ni,tapi ada air terjun yang sangat sejukk,siap dapat tangkap ikan kecik-kecik lagi..
Ini tak tau iklan apa.Tapi lepas lalu kat cherating,kami singgah sini..Nice gak.Pantai Batu Hitam kot tak silap..
Nanti kami nak pergi jenjalan tapi tak tau kat mana.Hahahaha!Mak pun hairan macam mana kami boleh berkawan lama.Daripada sekolah sampai dah kerja.Kami juga sama-sama belajar sambil kerja.Tapi dia bidang lain,saya bidang lain.Semoga persahabatan kita kekal hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya..Peace!!!!

Thanks and Regards
Adie Bebert.

Nak Seribu Daya,Tak Nak Sudah!!

Tada!!!
Cik Adie kembali lagi untuk mengupdate blog yang tak seberapa ni..muehehehe..
Assalamua'laikum dan salam sejahtera pada pembaca yang saja-saja singgah nak baca ye..Agak panjang nukilan saya harini..
Kali ini kita nak cerita tentang kehendak.Kehendak ni sangat perlu dalam kehidupan sehari-harian kita sebagai manusia.Samada nak dan tak nak.
Pernah dengar tak pepatah nak seribu daya,tak nak seribu dalih?
Korang amalkan tak pepatah ni dalam hidup sehari-hari korang sebagai manusia?Tak kira la sebagai seorang anak yang nak sesuatu daripada ibu bapanya(tapi tak dapat,dia memberontak sampai dapat,samada dapat barang tu atau dapat penampar..?hehehehe),seorang pelajar yang inginkan keputusan yang baik tapi tak dapat..cukup-cukup makan je(janji lepas dah ok pew?),seorang kekasih yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pasangannya kembali bila menyedari kepentingan pasangan itu dengan cara yang salah!!,seorang pekerja yang biasa-biasa seperti saya ingin majukan diri sendiri dengan menambah ilmu di dada dengan menyambung pelajaran ~bekerja sambil belajar~,tapi mendapat tentangan,konon-konon,'dah tua-tua baru nak sambung belajar?dulu hantar pergi sekolah taknak belajar elok-elok..kan dah susah nak dapat kerja elok?'(walhal orang lain yang berkelulusan tinggi pun takde kerja,kira ok la tu dah ada kerja,kemudian nak sambung belajar sambil bekerja,daripada dah la tak kerja,nak sambung belajar harap duit mak ayah)
Mesti ada kan situasi-situasi di atas?Tapi kalau nak,seribu daya kita usahakan pasti kita akan dapat hasilnya walaupun tak seperti yang diharapkan,tetapi kita dah sedaya upaya mencuba...ye tak?
Tapi prinsip saya bukan nak seribu daya,tak nak seribu dalih.Zaman sekarang mana boleh pakai pepatah tu.
Bak kata salah seorang adik angkat saya semasa di kolej dulu(ramai adik angkat neh,sampai tak terangkat..diorang lagi besar dari kakaknya neh..hehehhe).Dia kata nak seribu daya,tak nak sudah!!!Sebab dalam dunia zaman yang serba mencabar neh,tak perlukan daya yang banyak.Daya+kemahuan+akal fikiran.Akal tu kena banyak..Nakkan sesuatu tak boleh guna kaedah yang sama..Kita kena ligat berfikir.Yang penting apa yang kita mampu buat.Cuba!Jangan tak cuba..

Situasi #1(anak):

anak:mak,abah..kawan orang semua ada kereta..Tak teringin ke nak bagi kereta gak?2nd hand pun jadi la...
Ibu bapa:Eh?mak ngan abah pun pakai kereta 2nd tau??tu pun belum habis bayar..kalau nak beli la sendiri!!
anak:Tapi...orang mana ada duit nak bayar downpayment?
Ibu bapa:simpan la sampai ada.
Jawapan?Negatif!

Masalah:

Nak kereta gak..member-member lain,mak ayah dorang bagi dorang pakai kereta..Member kata,kalau nak apa-apa,jangan pendam..luahkan kat mak ayah..kena mintak..Kepala hangguk dorang.Kalau dah makpak kome tu sporting,memang suka manjakan anak memangla luahkan je boleh dapat kereta.Jangan la ikut deme!!Tengok la makpak korang didik korang macam mana?sedangkan handphone pun kena kumpul duit beli sendiri.Inikan pulak nak senang-senang mintak kereta yang bapak mahal tu (walaupun 2nd hand,kalau da nama beribu mahal la tu),wajib la tak dapat..Tapi berusaha sedaya upaya untuk memujuk,nak jugak-jugak pakai kereta macam kawan-kawan lain.Gaji pun tak seberapa..Celah gigi pun tak dapat nak bayar.Ceh!

Daya+kemahuan+akal fikiran:

#1:Pujuk lagi mak ayah(tak dapat gak)
#2:Kumpul duit sikit-sikit lama-lama jadi bukit yang tak juga membukit.Tetttt!!!!Kumpul jewk,abis,kumpul jewk abis sebab asyik tak cukup,cover balik duit yang disimpan tu..sampai bila pun tak bertambah
#3:Buat kerja lebih dari satu!!Ambil upah,berjimat cermat..Tak pun...Jadi la penulis macam sepupu saya..Iffa Zalia,daripada seorang penulis novel,kini telah beralih ke arah buku cerita kanak-kanak.Tapi akan ambil masa juga la..
#4Dah ada duit sikit,mungkin dah boleh survey untuk kereta 2nd yang murah,then kalau ada kenalan yang pandai repair kereta lagi bagus.Kurang-kurang,jimat sikit perbelanjaan selenggara kereta tu.
Tadaaa!!!Ada macam-macam cara boleh fikir,yang lain-lain tu,pandai-pandai la korang kreatif thinking yewk..Kalo tak nak berfikir,nak juga-juga hadiah daripada mak ayah,memang hadiahnya yang layak adalah penampar... :)

Situasi #2(pelajar):

Aish!!!Mana boleh minah ni dapat keputusan yang baik selalu?Aku pun nak jugak..Dah la kedekut ilmu,nak tiru sikit pun tak boleh.Nak jadi macam dia la..Nak jugak dapat 4 flat,asyik dia jewk yang dapat..haih..Belajar la rajin-rajin..hari-hari baca buku.Bacalah sampai lebam..
Tiba-tiba bila tibanya exam,otak jadi blank.Huh?OMG..hamaigad..hamaigad..macam mana pulak tiba-tiba tak boleh nak jawab ni?soalan ni nak apa sebenarnya?kelirunya..argh!!!(tarik-tarik rambut semasa tengah jawab exam,pengawas yang jaga pun usha semacam)

Masalah:

Diri sendiri
+ aku nak capai 4 flat gak neh..Study..Study..Study..Baca..Baca..Baca..
-huargh...baru 5 minit buka buku,tiba-tiba lak lapar..Bangun awal-awal kul 4 pagi pun leh buang masa lak.Buku ni buka dulu,da siap roti telur nanti,sambung baca.
+ok,dah kenyang,jom baca buku!!!Eh?apa benda ni?tak pahamnya la graf ni..huemph..nak tanya sape ni eh
-eh!bosan la tak paham ni.buka buku lain la pulak.
Sayang-sayang sekalian..kalau baca tanpa mencatit,baca la 24jam pun takkan faham.Apatah lagi tak buat latihan..tak cuba cari jawapan dari soalan-soalan yang ada tu.memang la blank masa nak jawab soalan..

Daya+kemahuan+akal fikiran:

#1Masa yang sesuai.Tidur la cukup-cukup di malam hari,bangun la seawal pagi kerana masa tu memang sunyi dan tenang..makanya mungkin dapat masuk otak tak sikit, sederhana banyak.
#2Study hard?tak payah nak hardcore sangat.kalau dah kemampuan kita takat tu,kita pakai la cara lain..iaitu
#3Study smart..hehehe..dah tak paham-paham graf tu dari minggu lepas,carik la soalan-soalan yang serupa dengan tajuk dan bab yang anda belajar.Tanya la kengkawan yang ada ilmu mengajar sikit..Kalau tak ada orang nak di tanya,latihan daripada soalan-soalan peperiksaan yang lepas kan boleh buat..?Was-was takut salah jawapannya?iiiiitu tak penting,yang penting kita ada carik jawapan yang berkaitan dengan soalan-soalan tu.Masa kelas nanti tanya la lecturer,macam mana nak jawab...betul ke tidak..?Nak cemerlang sangat ni tadi sampai duduk kat kelas pun tempat paling depan sekali..takkan duduk depan je kut...?sebelum lecturer masuk,bincang dengan kengkawan yang tak tau juga...kadang-kadang,ada yang kita tak faham,dorang faham..ada yang dorang tak faham,kita faham...makanya dengan itu,berkongsi la ilmu...jangan jadi macam Si Minah yang kedekut ilmu tu..Benda baik kena kongsi kan...?
#4Tawakkal je la...dah bangun awal pagi,dah study hard,dah smart habis dah..Last sekali,kita tawakal la dengan apa yang kita usaha tu..
p/s:saya pun dapat cukup-cukup makan jewk..tapi yang penting,tak repeat..pufttt~harap yang kali ni pun takde la repeat kehendaknya ye...sob sob!tawakkal gak neh..

Situasi #3[(kekasih)Gegurl(G)&Boboy(B)]

G:B..family G cakap,kita dah lama sangat bercinta,dorang tak suka kita asyik berkepit ke sana sini..B bila nak serius ngan hubungan kita ni?
B:(senyap),tak pe,ujung tahun ni jugak B akan buktikan yang B memang serius.(agah-agah macam ni,kalau perempuan mesti akan tunggu punya...bagi tarikh sekali,nanti buat-buat la lupa..hihihi.tapi aku memang nak dia,cuma keadaan tak mengizinkan..Mak ayah dia pulak,asal jumpa aku je tanya kerja..alah..perempuan kalau dah sayang,takkan dia nak tinggalkan kot..)
G:B,kalau G bagi tempoh,dalam ujung tahun ni kita tak ada apa-apa yang serius,kita putus eh?
B:okay,B faham..(iye la tu nak putus..aku acah nak masuk minang nanti,forsure dia tunggu lagi..alah..perempuan..hati Jelly...luar jewk keras,dalam lembut..rapuh..tengok la nanti..hehehe)
Seperti yang dijanjikan,ujung tahun dah berlalu..B pun terlupa la pulak kata-kata G ni tadi...Dua bulan selepas due date(siap ada due date yang tak leh blah tu),G tadi tengok B tu seperti tak ingat kata-katanya,menimbang-nimbang keputusan samada putus atau teruskan hubungan..Setelah ditimbal-timbal keputusan tu,dia pun nekad untuk tidak meneruskan hubungan itu.Getus hatinya 'takpe la..aku redha,mungkin memang dia saja-saja nak simpan aku sebagai awek je kot..takde niat nak serius hidup sama-sama'Makanya keputusan dibuat...
G:B,G nak bagitau satu benda ni.
B:Apa dia G?
G:Haritu kan G ada bagitau kat B,kalau ujung tahun B tak ada tindakan apa-apa,kita putus.
B:(sangkanya itu gurauan,maka dia pun berkata)kalau dah G cakap macam tu,itu yang membuatkan G bahagia,okay la...kalau itu keputusan G.
Tap!!!G tertancap,gugup seperti di panah petir..Maknanya,betul la selama ni sangkaan aku??Dia tak serius?Okay..Maka,G pun kembali solo,dia pun meneruskan kehidupan solonya,lepak bersama kawan-kawan..termasuklah lelaki.

Masalah:

Disebabkan kurang pendidikan moral gamaknya,si B ni tadi melakukan pelbagai cara untuk bersama dengan G.Dia baru tersedar,G bukanlah seperti perempuan lain yang lebih suka menunggu dan melihat.Dia beritahu keluarga G yang dia baru nak hantar rombongan meminang.Dia ikut sampai ke rumah,tidur tepi longkang rumah G.Dia menghasut keluarga G ni tadi,katanya G ni keluar malam,dengan lelaki(yang dengan perempuan takde lak dia nak gembar gemburkan).Dengan G pula dia mengugut untuk mati sama-sama la(nampak sangat iman dia tu tak ada,Tuhan bagi nyawa dia taknak,siap nak amik nyawa orang lain lak,bingai ke hape?).Difitnahnya G ni ikut laki lain,nyaris-nyaris tak kena rogol(walhal ceritanya G nak balik sendiri,kawan-kawannya sedap layan cerekarama,makanya dia pun balik la sendiri tanpa kawannya itu hantar).Tak cukup itu,di aibkan pulak kat semua orang.Then bila tanya kenapa buat macam tu,dia boleh jawab,tak sedar apa yang dia buat tu..(bingai kali ke-2).Kemudian dia meyakinkan G yang dia betul-betul telah insaf dan sedar akan perbuatannya.Dia siap tunjuk lagi cincin yang dibeli untuk masuk meminang.Sekali bila disarungkan ke tangan?Tetttt!!!!!!Dia beli cincin saiz sendiri kot?Cincin tu terlalu besar!!!adoi ai..terjumpa pulak resit pembelian.tarikh selepas mereka da putus hubungan!!adoi ai...Tapi itu je la kegilaan dia.Dia tak pun masuk meminang seperti yng dijanjikan.

Daya+kemahuan+akal fikiran:

#1Nak memiliki hati perempuan yang dah hancur..kena la dengan tindakan yang baik..Bukannya dengan cara yang ekstrem macam tu..
#2Pujuk dengan baik...gunakan cara yang berhemah..Contohnya 'saya tau saya salah,beri saya masa untuk buktikan..sampai masanya nanti saya akan terus masuk meminang,bila masanya saya tak boleh janji.Insha Allah saya akan dapatkan balik awak'
#3Come on la..Jangan cipta cerita dongeng dengan mengatakan 'baru je nak hantar rombongan meminang',tapi jumpa mak ayah perempuan tu pun tak cerita langsung pasal nak masuk meminang
#4Sekali hati perempuan dah terhiris,ditambaah lagi dengan aib dan fitnah yang tak diketahui betul ke tak cerita tu,bertambah-tambah trauma perempuan tu nak terima lagi sekali..Baru putus cinta dah macam tu,kalau dah kahwin pastu bercerai??ha...renung-renungkan...
#5Mana cincin yang betul saiznya,kenapa tak berjumpa keluarga masing-masing untuk settlekan masalah tu?kenapa ambil tindakan sendiri tanpa berfikir.Yang utama,mana rombongan yang di katakan itu?
Jadi...kalau betul-betul nak tunjukkan yang anda sayang pasangan anda,mintalah dia,ambillah dia dengan cara yang betul...(lain la dia tak ada keluarga,tak tau la nak pakai adab yang mana).Penggunaan akal fikiran yang betul juga penting ya dalam kehidupan kita.bukan main hentam kromo saja.

Situasi #4(pekerja)

Alamak!orang lain semua ada kelulusan hebat-hebat.Aku?Takat SPM yang cukup-cukup makan,STPM yang memang tak cukup makan dengan Sijil Kemahiran Kolej ni.Apa yang aku nak buat ni?Eh!Minah tu ada sambung belajar,E-PJJ(Electronik Pendidikan Jarak Jauh).Kerja sambil belajar agak mencabar gak tu.Huemph..Boleh kew aku buat nanti?teringin gak nak pegang title siswazah,ada diploma..Alah...pak aku umur 40 lebih pun baru amik Diploma,aku muda lagi,mesti boleh punya.Isi je la borang...
Tiba-tiba...Permohonan berjaya!!Yay!!!!Aku boleh sambung belajar!!!Di UiTM Shah Alam,jurusan perniagaan..fuhh!!!lega...Bagitau family.
Mak:Apa la...dah tua bangka baru nak masuk U.Tu la..kalau dulu kamu belajar elok-elok kat sekolah,terus boleh amik Diploma,boleh sambung terus Ijazah...Dapat kerja pun,gaji tinggi.Ni nanti,kerja ntah ke mana,belajar ntah ke mana..Boleh ke buat?Jangan nanti mula-mula je,pastu nyusahkan orang lain pulak,tak cukup duit la..nak bayar yuran la..Bla..Bla..Bla...Kalau setakat keputusan pun biasa-biasa jewk,baik la tak payah..
Huh??Sadis!!Sob sob :(
Haish!!!Negatif!Negatif!Negatif!Aku yang buat keputusan ni,aku la yang bertanggungjawab tentang semua perbelanjaan.Jangan dihiraukan kata-kata negatif tu!Nak seribu daya,taknak sudah!tapi kalau taknak semata-mata semangat takde sebab tak dapat sokongan moral,aish!!!Rugi..Rugi...
Maka,abaikan kata-kata negatif itu,bermula kehidupan sebagai pekerja dan pelajar...Huargh!!!Abis duit beli laptop,buku,yuran,asignment...segala bagai..alahai...takpe-takpe..pengorbanan.setiap yang kita nak mesti memerlukan pengorbanan kan?okay..rilek..chill yeow...

Masalah:

Pada awalnya sudah berhabis duit untuk belajar.Dah dapat sambung belajar,dah bayar yuran,buku,,beli laptop segala bagai...bermula la kehidupan sebagai pelajar..alamak!gaji cukup-cukup..macam mana nak kumpul duit balik?dalam masa 6 bulan untuk tampung biaya yuran akan datang?Duit makan,duit tambang,bas nak pergi ke kampus..huemph...takpe-takpe..Tuhan tu Maha Adil.Dia akan bagi cara bila dah terdesak nanti..Percayalah..Habis sahaja exam,terus ligat kepala otak berfikir 'mana nak carik duit untuk yuran nanti????kalau repeat macam mana???aduh...nak mintak mak ayah?sorry sikit..(merajuk sebab usaha diperkecilkan),nak mintak adik beradik?dorng pun ada family sendiri nak tanggung(ko lain r,bujang trang tang tang).Carik skandal???(mak aih!!tak berkat belajar tu nanti kalau kikis duit orang).ayyoh...idea..idea..idea..

Daya+kemahuan+akal fikiran:

Ting!Ting!!Ting!!!
#1duit da abis,kena berjimat.Ouwh....Mr C kata harini ada o.t,apa lagi?Jom buat..dapat lebih sikit?Haih..tak cukup..tak cukup..
#2Bawak bekal dari rumah..boleh jimat belanja.Hurm...Nak masak apa eh?3 hari makan kat office,khamis & jumaat dorang selalu ajak makan kat luar office..ok,bawak bekal dari rumah..jimat gak..
#3Kerja part time.Aish!!Penat kot?2 kerja??kalau ada transport,takpe gak..ni naik LRT jewk..nanti lambat..terganggu gak masa.Ok,confirm.Kerja part time.Positifkan diri..kalau orang lain boleh buat 2-3 kerja,kenapa pulak aku tak boleh?Kerja apa yang boleh dapat gaji macam kerja full time eh?ha!!!!7-Eleven!!!kan 24jam kedai tu buka?Part time weekdays isnin-jumaat,kerja 4 jam dari 8.00p.m-12p.m(ok la tu...seb baik boleh pilih waktu kerja).sabtu ahad ambil 8 jam full day la..bukan kerja pun kat office time hari minggu..ouwh..ada cuti umum...dapat triple pay..hehehehe....bijak..bijak...ha....kalau kerja malam dapat elaun...ok..confirm!!satu je masalah,iaitu dah tak bebas...Cuti umum tak boleh balik kampung...terpaksa la berkorban ye...sorry...tak dapat balik....hurm...Akhirnya...settle masalah yuran..siap berlebih lagi...
ha...
kan dah kata tadi?nak seribu daya,tak nak seribu dalih...tengok?macam-macam dalih yang kita bagi untuk tidak merelisasikan impian kita.Makanya,kalau ada dalih,lupakan semua dalih tu,tukarkan kepada nak seribu daya,tak nak sudah!!!Banyak sangat dalih,tak payah buat la semua tu..Tunggu je la tuah datang tanpa berusaha.Sepertinya kisah,kalau seseorang terdampar di sebuah pulau,kita bagi ikan...Bagi je la ikan tu kat dia,sampai la ikan tu abis,dia pun abis la...sebab dah takde bekalan...tapi...kalau kita bagi dia kail..Insha Allah,dia akan belajar untuk tangkap ikan tu sendiri,silap-silap haribulan,dia dapat ikan yang lagi besar dan sedap..Yummy!!!Tu sebab usaha dia la..Macam-macam cara dia fikir untuk menggunakan kail tu nak dapat ikan lagi besar,dan besar dan besar...hehehehe..Sekian cerita panjang lebar saya..Maaf kalau terlalu panjang dan membuatkan anda semua bosan...da~



Friday, 19 April 2013

Melayu Mudah Lupa

Ha!!!
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Baru habis final exam,makanya cuti semester pun bermula...
Daripada asyik menghadap buku-buku ilmu UiTM tu,sekarang dah beralih ke buku-buku yang tak memberatkan kepala hotak Cik Adie ni..Buku apa lak Cik Adie baca eh?Novel?Ouwh..Tu pun salah satu buku yang Cik Adie baca la..Tapi baru 3 buah buku Cik Adie baca termasuk la novel yang satu tu..Siapa penulisnya?Hurm..Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj.Siapa dia ni?Dia adalah seorang motivator,penulis dan juga juruam. Buku motivasi dia pun saya baca, buku novel dia pun saya baca..Apa yang istimewa sangat pasal tulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj ni?Cuba la baca sendiri buku-buku dia.
Salah satu buku motivasi yang saya baru selesai baca adalah Rahsia Penguat Nurani..Asyik sangat saya baca buku tu sampai Mak Cik saya,office mate saya dan keliling saya yang berada dalam LRT koc yang sama masa saya on da way nak ke tempat kerja pun pelik..Mesti dorang cakap,'uish!!Rajin budak ni membaca'.Padahal saya baca benda yang saya suka je terutama sekali buku-buku motivasi macam tu.Membuatkan saya tersedar dan berfikir dengan kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidup saya,kadang-kadang sama macam situasi dalam penulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj ni ha..Ada satu bab  dalam buku ini,tajuknya adalah 'memudakan otak setelah berusia'.Hurm..Menarik gak kan?
Cik Adie agak selalu juga update status di Facebook dengan menggunakan bahasa Perancis..Tak ramai yang faham,tapi ada kalangan rakan-rakan yang faham kami kadang-kadang berkomunikasi dalam bahasa Perancis di Facebook.Ada yang tak faham tu,letak komen di bawah status tu 'adie..aku tak faham..translate la..'.Kadang-kadang saya biarkan saja mereka tidak faham.Kenapa?Poyo la Cik Adie ni..Bahasa Melayu sendiri pun rojak,Bahasa Inggeris pun tak fasih,Bahasa Jawa apatah lagi?suruh abah ajar Bahasa Jawa dia kata 'Bahasa Melayu pun tak betul,nak belajar Bahasa Jawa..'Katanya sinis..
heheheh..
Apa kena mengena dengan tajuk 'memudakan otak setelah berusia' ni tadi?
Haaaa...Ni Cik Adie nak bagitau la ni..
Bukan sebab poyo nak letak bahasa lain tu...Bahasa Perancis tu pun bukannya saya paham sangat pun...Mr. Google kan ada..?Translate la dari situ..
Mengikut penulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj,untuk bagi otak kita selalu berfungsi,belajar la bahasa kedua atau ketiga..Sebab apa?Apabila kita belajar bahasa,neuron-neuron dalam otak kita akan sentiasa berfikir untuk memahami maksudnya..Macam gak la kereta..Bila kita dah lama tak pakai dan tak panaskan enjin dia,lama-lama dia akan rosak...Otak kita pun macam tu juga..Jadi,untuk mengelakkan daripada digelar sebagai pelupa atau nyanyuk,baiklah kita selalu hidupkan enjin dalam otak kita supaya kita akan sentiasa berfikir dan tak mudah lupa..Bak kata mantan Perdana Menteri kita dulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad,'Melayu Mudah Lupa'.Sebab kita malas nak berfikir,bila malas nak berfikir,semua benda pun lupa,bila dah lupa,nyanyuk la sebelum waktunya...Makanya dengan itu...
Mari kita hidupkan semula neuron-neuron otak kita..Ayuh!!!Bzzzzzzzzzzzttttttt Bzzzzztttttt Bzzzzzzzzzzzttttttttttt!!!!!Dush!Dush!!Dush!!!(Nak cas otak jap,ingat handset je ke yang nak kena cas?)
Sekian~ :)

Tuesday, 16 April 2013

Derma Seikhlas Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers..(mcm ramai je yg baca blog neh)
Ha...
Harini Cik Adie nak share satu benda neh..Ikut korang la nak berpendapat macam mana pun..Sebab kejadian ni memang selalu berlaku pada kita-kita semua terutama sekali yang hidup di bandar besar..Tapi,yang bandar tak besar pun,perkara ni semakin berleluasa..
Perkara apakah itu???
Meh sini teman nak bersoreh sikit..Tau ke 'soreh' tu apa?Dalam loghat Perak,'soreh' tu maksudnya cerita..
Ceritanya begini.
Masa balik dari Cameron haritu,(Cameron lagi..sorry...)kami singgah di RNR Tapah...Sepupu saya ni asyik muntah-muntah je bila da samapi ke Tapah tu..Dia punya tahan loya dari jalan yang berliku-liku tadi..hehhehe..
Sementara tunggu dia 'selesaikan tugas' dia,saya dan sepupu lagi seorang tu tunggu di medan selera RNR Tapah tu la..Sembang punya sembang ni tadi,sepupu saya yang muntah tadi datang la duduk sama dengan kami sambil minum-minum...Masing-masing muka tak larat sebenarnya..
Yang atas tadi bukan cerita sebenar yang nak diceritakan.Cerita yang sebenar-benarnya nak diceritakan ni adalah...
Semasa kami duduk merehatkan fikiran dan rasa loya tu,tiba-tiba datang seorang perempuan dalam lingkungan awal 20-an,berbaju kurung,bertudung litup.Dengan membawa buku resit derma,dia singgah ke meja kami..
Perempuan itu'Assalamualaikum...'(sepupu saya menjawab salamnya).'Saya dari bla..bla..bla..ingin meminta sumbangan daripada...bla..bla..bla..untuk bla..bla..bla..'
Kami pun menjawab:eh..takpe-takpe..
Kami terus bersembang tanpa menghiraukan perempuan itu..
Tiba-tiba perempuan itu menekan suaranya dan berwajah tidak puas hati kerana kami tak mahu dengar penerangan dia,'Taknak jawab salam dulu ke!!'
Yang sepupu saya tadi lurus bendul pergi merungut depan perempuan yang minta derma tadi..
'Eh!!Kak Emi jawab tadi kan??'
Perempuan tu masih lagi berkeras nak berhujah..'kalau taknak derma banyak,derma sikit pun jadi la..seikhlas hati..untuk bantu anak-anak yatim..'..Kami yang kepenatan tadi,melihat pada buku resit yang dia pegang..Tertulis di situ RM10.00.Then,dia membebel lagi..seperti memaksa kami derma juga..Dalam hati kami,'kalau kat K.L ni,memang budak-budak minta derma dah faham dan akan beredar ke tempat lain dah ni.'Walaupun kami menjawab dengan sopan dan santunnya bahawa kami taknak menderma,dia tetap juga berdegil tak berganjak.Tiba-tiba sepupu saya yang muntah tadi menyelesaikan masalah tadi..'Tak apa la dik..Akak takde duit pecah ni..yang ni je yang akak boleh bagi'sambil menghulurkan duit dalam genggamannya seperti sorok-sorok je gaya dia,dia pun memasukkan ke dalam genggaman tangan perempuan tadi.Dalam hati 'amboih,baik jugak sepupu aku ni,bagi jugak kat budak ni'.Budak perempuan tu menghulurkan tangannya,tapi sepupu saya terus masukkan duit tu dalam genggaman tangan perempuan itu.Saya ternampak duit yang dihulurkan..Bulat mata saya melihatnya..
syiling DUA POSEN je?????Ya Rabbi...ok la tu..dia kata tadi seikhlas hati kan?
Masalah utama yang nak dibincangkan di sini..Kenapa masih ada lagi golongan-golongan seperti ini meminta derma?Pusat perlindungan anak-anak yatim ni menggunakan orang-orang ni untuk meminta derma..tapi seperti memaksa orang untuk menderma.Sebab apa saya kata memaksa?Kerana kat buku resit tadi tertulis RM10.Means,kalau nak derma..penderma kena bagi RM10?Kalau di K.L kadang-kadang saya hulurkan jua duit sebab mereka ada bagi buku Yasin,buku-buku agama yang lain...tapi tu kira beli la..walaupun buku tu sebenarnya murah,bagi la lebih sikit..bukan la kejam sangat tak pernah bagi..Cumanya,yang kat RNR Tapah ni,dia datang sambil memaksa.Bukan kedekut,tapi memikirkan tengah takde mood,tiba-tiba nada suara dia memaksa,dengan ayat sinis..Apa guna bayar zakat?Agak-agaknya,apalah budak perempuan tu hamunkan dalam hati dapat 20sen je dari sepupu saya tadi?Kalau kami  'derma' juga RM10 tadi,pahala dapat ke tak?sebab hujungnya kami merungut?Huemph..kemudian kami lihat dia berlalu pergi ke meja belakang,ada satu keluarga sedang makan..Mula-mula nampak Pakcik tu bagi RM10,tiba-tiba budak perempuan tu cakap apa lagi ntah,dia hulur lagi RM2.Jadi la RM12 semuanya..Berbaloi la jugak daripada dapat 20sen tadi..Semoga dia bukan dipaksa buat kerja tu untuk kepentingan mana-mana sindiket.Harap-harap memang betul la dia minta untuk derma sekolah anak yatim yang dia huni..Wallahu'alam...Ikut suka korang la nak fikir apa pasal kejadian tadi..
Sekian untuk tatapan anda.Salah dan silap,minta maaf~

Monday, 15 April 2013

Unexpected Plan bersama adik-adik angkat

Cak!!
Ha...in my previous blog ada menceritakan tentang saya pergi ke rumah Mak Cik a.k.a Mak Anjang saya di Ringlet kan...?Asalnya saja suka-suka nak rehat-rehat kat rumah Mak Anjang tu..tak terfikir pun nak jalan-jalan..Tiba-tiba,adik angkat saya sms,'salam k.adie kg kak adie dkt cameron ke??'. saya lak jawab 'bukan la..makcik akk yg duk sana..apehey?'.Dia kata 'esk pg igt nk bawak ain naik tanah rata jom ar lepak sekali boley blk kl same2'(amboih...ayat takde fullstop).
Makanya,ahad tu kami berjumpa di Ringlet,mereka ambil saya di  rumah Mak Anjang tadi..Dari Ringlet menuju ke Tanah Rata kemudian ke Brinchang..
Pergi mana?ha...
Tea Boh Plantation!!!yang dalam gambar tu..Kitorang naik ladang tu,punya la semput nak mendaki..apa lagi..snap gambar!!!
lalala...tgh bergumbira posing sana sini(alih-alih gambar banyak yang tak masuk pendrive),tiba-tiba pulak hujan...makanya,kami pun lepak kat cafe ladang teh tu..minum Vanilla Tea sambil makan kek.dan pie...masa banyak terbuang kat situ je menanti hujan reda..huhuhu...spoil!!
ha...taruk la sebalang gula tu dik oi..
Brunch kita ye..breakfast+lunch at 2p.m

my cake~ lemon cake
agak lama juga membuang masa di sini sambil menunggu hujan reda..
ha...dah berhenti hujan,jom  la kita melawat ke kilang teh kat sebelahnya..
pusing keliling kilang,then dah bosan maka kami pun nak bergerak turun ke tempat lain..masa dah lewat dah ni..takut nanti budak0budak ni lewat pulak sampai ke Tapah untuk balik K.L..Kakaknya ni tak apa..stay rumah Mak Anjang,malam baru balik..Sepupu tu kan dah expert bawak kereta malam kat jalan liku-liku tu..?heheheh..
sempat pulak mamat neh snap orang tengah gossip...huhuhu..
ok..dah turun tu kami menuju ke ladang strawberry..disebabkan kesuntukan masa,kami jenguk-jenguk la kejap,tak sempat nak explore tempat lain..
jadilah...can't pick it..so,posing je la..cepat-cepat!!!nak balik dah neh..kejar masa..
turun lagi ke bawah menuju Tanah Rata..singgah pekan dia jap nak shopping..kalau tak beli strawberry tak sah kan?


tadaaa......buah tamgan untuk budak-budak office nanti..yay!!!!
okay....sekian sahaja pautan kali ini.




Sunday, 14 April 2013

Kerana Cinta

Hah!!
Meh sini nak share sikit al-kisah BFF saya yang tak berapa 'BFF' sangat sebenarnya....(ramai sangat yang BFF ngan saya)
Lily..
Si Lily ni tak ada kawan perempuan..6 tahun kami berkawan..mcm mana boleh melekat jadi kawan rapat ntah..mungkin sebab saya jenis yang tak kisah dengan perangai orang yang pelbagai..Dia ni pulak,kawan-kawan semua lelaki..susah dia nak rapat dengan perempuan..Sebab bagi dia,kawan-kawan perempuan ni leceh..banyak 'talam'.Budget cun segala bagai,dia ni pulak jenis gila-gila,sempoi..Saya pulak jenis open minded..Tak kisah perangai macam mana pun,saya rileks je kawan ngan orang.
Sekian lamanya kami berkongsi bilik,bercerita dan segala bagai perkongsian,dah macam adik beradik,pada satu hari,senior rumah kami ni tak suka dengan dia sebabnya tak bertegur sapa(padahal kakak tu yang start dulu)..
Dia ni pulak,kalau orang tak nak tegur dia,dia pun buat la hal sendiri..memang jenis tak ambil tahu pasal orang..Janji tak kacau orang..Maka,kami berdua di halau oleh senior tu sebab tak berjaya menghalau si Lily ni tadi,saya pun kena la keluar rumah..(salah saya semata-mata sebab tak halau si Lily ni tadi).Kami cari rumah yang boleh kami sewa berdua..tapi..'Jodoh' kami tak mengizinkan...maka,berpisah la kami..membawa haluan masing-masing..
Baru-baru ni,dia berkahwin dengan lelaki pilihannya setelah hampir 4 tahun menyulam cinta..tu..yang dalam gambar tu la lakinya..Namanya Nazmi..
Si Nazmi ni pulak,kalau korang tengok dalam gambar,nice jewk body dia kan?tapi..jangan tertipu...mula-mula dia bercinta dengan Si Lily ni,bukan itu saiznya..saiznya XL okay???tapi,disebabkan dia memang ihklas nakkan Si Lily yang senget neh,dia sanggup menerima cabaran Lily untuk mengubah saiz badannya daripada XL kepada saiz S.Itulah hasilnya..Cintanya berbalas!!Kerana cinta,dia sanggup bersusah payah menurunkan berat badan dan mengecilkan saiz dia..hahahaha!berbaloi usaha ko Nazmi oi..
Ingat lagi masa mula-mula dia berkawan dengan si Nazmi neh.
Lily:Weyh!!Takkan la aku nak couple ngan mamat neh..dah la gemok dowh!!Aku cabar dia,kalau dia boleh kuruskan badan,aku akan terima dia.
Nah!!!Amek kau!!Nekad dia sahut cabaran tu..Dan kini mereka telah berkahwin setelah bertahun menyulam cinta..
Masa akad nikah tu,saya tak dapat datang sebab masalah kesihatan.Sorry babe..
Lily:Weyh Diba!!ko datang tau akad nikah aku nanti..Aku takde kawan perempuan neh!!Datang tau!!
Dia sms kepada saya.
Adie:Ok,nanti aku datang.
tapi masalah kesihatan membuatkan saya tak dapat hadir..Sedihnya..
Pergi ke kenduri kahwinnya pada keesokan hari,dengan masih berkeadaan tidak sihat,saya gagahkan juga diri untuk datang..Masa sesi makan beradap,matanya melilau mencari saya,padahal saya kat meja sebelah dia je..Mukanya sangat ceria melihat saya hadir ke majlis perkahwinannya..Sayu hati melihat dia berwajah ceria sebab sebelum berkahwin,pelbagai masalah melanda,menyebabkan dia nyaris-nyaris membatalkan perkahwinan kerana masalah wali..Tapi akhirnya berjaya juga mereka berkahwin..Semasa sesi bergambar sebelum majlis berakhir,tiba giliran saya dan sepupu saya,keadaan terus menjadi kecoh.Dia menarik saya untuk bergambar.
Lily:Weyh!!!ko paling kecik,ko kat depan!!!
dia memeluk saya dan kami pun berposing..Dia macam terlupa yang dia tu Raja Sehari,berkelakuan gila-gila seperti itu..hehehe..Semoga berbahagia ke akhir hayat..Dan semoga persahabatan ini kekal hendaknya..Entah bila la 'turn' Cik Adie pulak..sabar je la..Tuhan nak bagi yang terbaik la tu kot..hehe :)