Friday, 19 July 2013

Minions!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Baru update,ni update lagi kan..?
Hihihi...
Sekarang ni tengah HOT cite pasal minion kat mana-mana pun...nak share gak cerita Despicable Me 2 ni ha..Bukan apa..Disebabkan taksub sangat nak tengok kartun ni,patutnya movie keluar 3 July,tapi tengah malam la baru dapat tengok kan..Makanya,esoknya 4 July tu,sanggup la saya ngan adik angkat saya ni meredah onak ranjau dan duri semata-mata nak tengok cerita minions yang comel-comel ni..Daripada KL Festival City,tiketnya tak ada,kami pergi sampai ke Galaxy Ampang.Ni ha dapatnya..Sampai-sampai kat kaunter,beli tiket untuk 2 orang..Tiba-tiba...petugas kat kaunter tu bagi ini!!!

TADAAAA!!!!
Disebabkan saya mempunyai minat yang sama ngan sorang budak office ni,serta merta saya MMS gambar ni kat dia..Hihihi...'Sophie,i got this at MBO Galaxy Ampang',then dia pun reply 'nice...'Malam tu saya dan adik angkat saya tengok,gelak sampai lebam...Hahahaha...Sangat...sangat...sangat....syiok!!!Tapi,bila nak balik malam tu dalam 10p.m lebih,tiba-tiba lak kunci motor hilang..Hujan-hujan kami meredah cari teksi,untuk balik rumah dia dan ambil kunci spare..Ha..kata kamu...Nasib baik rumah dia dekat je ngan Galaxy Ampang tu..Dah patah balik ke Galaxy Ampang tu,atas motor tu tiba-tiba dia cakap,'akak..terima kasih tau..',pastu saya tanya la..kenapa?Dia kata 'terima kasih sebab bersabar dengan dia'.Rupanya,kunci motor tu dia jumpa balik masa kitorang dah sampai kat situ balik..Ada je jatuh kat jalan TAR tu..Huemph~
Masa tu saya dah tak larat nak bebel sebab dah kena hujan tadi.'Ye Ngah...Akak memang seorang yang penyabar..'saya jawab macam tu.
Esoknya di office,kawan sekerja saya Si Sophia tadi saya bagi satu poster yang saya dapat kat kaunter malam tu..Tiba-tiba dia balik dari McD,dia pergi beli Minion tu,bagi saya satu.Hahahahha!Officemate semua geleng kepala tengok kitorang excited cerita pasal kartun tu.Sophia tadi siap share wallpaper,jadikan minion tu wallpaper kat PC saya.Yang poster tu saya lekat kat dinding tepi meja kerja saya..Hehehehe..Bos pun gelak tengok tempat kami asyik dengan minion2 tu..Nak tengok Monster University tak dapat-dapat pun..Huemph~
Banyak belanja tengok movie je.Bila la nak hilang ketagih tengok movie ni..
Sekian la catatan saya untuk kali ni..
Akhir kata,Booogeee alibata!!!Yeay!!Bee Do Bee Do!!!
Salam semua,bye.

Friday, 12 July 2013

Buffet Ramadhan bersama rakan2 sekerja!!

Ha!!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
dah masuk hari ke empat kita berpuasa,yang berpuasa tu bagus la..yang ponteng tu,elak-elakkan la..
Harini Cik Adie nak cerita pasal kisah berbuka puasa beramai-ramai dengan geng-geng office..Jangan pelik.Kat office Cik Adie ni ada ramai cina daripada Melayu Islam.Tapi kalau bab makan untuk berbuka puasa,dorang la yang excited lebih..Sebelum habis waktu kerja,kul 6p.m tu,dorang dah start 'sahur' dah untuk simpan ruang kosong kat perut sebelum berbuka puasa..
Nak dijadikan cerita,seperti tahun lepas,kami pun tempah la 'buffet ramadhan' kat Hotel Royale Bintang ni..Yang tahun lepas guna 'groupon',tahun ni kita ambil dari 'hulala' punya promotion.Dengan semangat wajanya,kami pun gerak dari office kat jalan Chan Sow Lin tu lepas kerja.Kami sampai kat hotel tu dengan jalan jammed dan pusing-pusing sebb ada construction untuk MRT segala bagai,banyak jalan ditutup dan kami terpaksa pusing-pusing mencari jalan masuk ke parking basement,jam 6.40 baru jejak ke dalam hotel tu..Perasaan teruja masing sebab kalini kita tempah yang berhadapan dengan POOL SIDE katanya..Kami pun beramai-ramai mencari swimming pool.Kami berlapan ada lagi 2 orang akan menyusul kemudian.Pusing punya pusing,dah sampai level 3,confident menapak terus ke pool side.KOSONG???yang ada,budak-budak bermandi manda di swimming pool tu.Then,kami pun pergi ke Lobby,tanya tempat tu.Dah dekat pukul 7p.m dah ni.Bell boy tu kata kat level 3 tempat kami pergi tadi..Tapi dia tak pasti samada wujud ke tak buffet tu kat level 3 tu.Makanya,kami pun pergi ke tempat kami berbuka puasa tahun lepas,tanya di kaunter situ..Rupanya,kupon tu valid hanya hari biasa,buffet untuk ramadhan dia buat kat tempat biasa.So,kupon tu tak diterima dan kami kena datang redeem lepas ramadhan.Maknanya,kami tak boleh makan berbuka puasa di situ.Erm..erm..Supervisor buffet tu pun taknak bertoleransi,yang budak bawah dia muka macam bersalah sebab masa berbuka dah nak hampir.Dia macam kesian tengok kami yang terpinga-pinga nak cari tempat berbuka dalam masa beberapa minit sahaja lagi.Dia minta maaf masa kami gerak dari situ,yang bos dia macam hampeh dan muka berlagak dan poyo,blah macam tu jewk tanpa ada rasa simpati.(bersabar je sebab tengah puasa kan?)
Kmai pun memikirkan solution yang terbaik,pergi Plaza Low Yatt kat sebelah hotel tu (*nasib baik dekat,jalan kaki jewk)
Yang lagi 2 orang baru sampai,dengan hampanya ikut la kami semua ke Plaza Low Yatt.Tapi apa pun memang meriah.Kami sepuluh orang beramai-ramai macam sekumpulan budak kolej pergi shopping,berjalan kaki ke sana dengan gelak ketawa...hahahhaha!Meriah sangat.Masa berbuka tinggal lagi beberapa minit ke,kami duduk kat satu Cafe ni,ada lagi satu kejadian..
Kami 10 orang nak duduk setempat,tapi tempat dah penuh,yang ada meja untuk 4 orang 3 tempat yang berlainan.Konon,pekerja situ nak tolong kami,dia dengan baik hatinya memujuk 4 orang yang 1 meja ni tadi bergerak ke sebelah,sebab kami lagi ramai.Sorang pompuan tu jawab dengan kasar dan menjeling pekerja kedai tu 'eh!kitorang dah duduk sini,buat apa nak tukar pulak???'sambil menjeling ke arah kami sekali.Pekerja tu nak jaga hati pelanggan,dia mintak maaf.Erm..pompuan tu Melayu dan juga menunggu masa untuk berbuka puasa,tapi attitude dia sama macam orang tak puasa.Tapi tak apa,kami tak kisah.Kami duduk asing-asing sebab meja bulat lagi 2 tu tak boleh sambungkan.Kemudian ada pelanggan non-muslim dah abis makan,so,kami pin pindah ke meja yang lebih besar,sebelah dengan geng yang 4 orang tadi.Order dah buat,tapi yang sampai,air.Nasib baik saya ada bawak coklat Crispy,cukup-cukup untuk 4 org yang berpuasa.Berbuka dengan coklat dulu sementara makanan sampai.Kami bersembang,bergurau memang kecoh macam budak-budak sekolah la masa tu.Apa yang pasti,kami semua memang sempoi.Termasuk Manager Account si Derrick yang gila-gila neh.Memang macam tak ingat dunia.Semua sangat AWESOME!!!
Kesimpulannya,untuk tahun hadapan mungkin kami akan pilih tempat lain untuk berbuka puasa ramai-ramai.Huhuhu...Sekian la catitan Cik Adie untuk entry di bulan puasa ni..Selamat berpuasa sayang-sayang semua..

 Macam Ms Yong pulak yang berpuasa seharian
 Yang kat belakang tu tak abis-abis main phone..
Alamak!gambar senget!jadi la..Nampak belakang Derrick jewk..

Wednesday, 26 June 2013

The Babies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Huemph~
Lama gila kot tak menaip kat sini..
Nak cerita pasal anak-anak kucing ni ha..
Dorang dah di ajar biasakan diri main-main kat luar..
Senang dah sekarang..Pergi kerja je terus bagi dorang keluar melompat-lompat main kat belakang rumah.
Tapi..Masalahnya dorang tak reti lagi nak kencing berak kat luar tu..Tahan la sampai kitorang balik bukakan pintu untuk masuk,kelam kabut pergi kat 'tandas' dorang untuk melepas..haih..
Macam mana nak biasakan dorang buang kat luar eh..?
Dah seharian biarkan kat luar,malam pulak tertonggeng-tonggeng la mencari kat rumah orang sebelah..
Semalam balik-balik je,buka pintu,tengok-tengok dua ekor ada dalam akuarium jiran sebelah..Dah kenapa pulak laaa jadi ikan kat dalam tu..Yang sekor lagi bawah akuarium..Tergelak-gelak orang sebelah tengok gelagat dorang ni..Apa pun..Berkat bela kucing-kucing ni,kami pun dah start berjiran dengan orang sebelah ni..Siap tolong bagi makan lagi kat dorang.Petang-petang hari minggu,penuh la kat belakang rumah tu,semua berkumpul main ngan anak-anak kucing tu..Maklum la..tengah aktif tiga-tiga tu..
Sekian la catitan harini..
*Gambar ada tapi malas nak pindahkan ke sini.
Da~

Thursday, 20 June 2013

Mak Esah dah menurun masuk dalam badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai,harini Cik Adie nak cerita satu kisah seram..
'Mak Esah' menurun lak kat Cik die masa kat office tadi..Dah macam kena sampuk dah.
Kejadian ni berlaku di suatu petang yang sangat bosan..Biasalah..Dari pagi kerja,bila masuk petang dah start stress..
Kat office ni,adik angkat saya baru jewk join kerja situ..Tempat dia kat tempat print gambar,kira area tempat Cik Adie la jugak..
Kitorang selalu main tumbuk-tumbuk,kadang-kadang bergusti,main tarik-tarik rambut la...Sebab kat department saya ni tak ramai orang macam kat sales & account atau warehouse department..Kiri kanan depan tepi,semua bos...Saya je yang tak bos kat situ.Muehehehe..
Ntah macam mana,petang tadi,macam biasa rutin harian..Lepas lunch hour,memang kerja saya kira & packing gambar yang dah di print untuk courier kepada pelanggan..
Saya stress sebab kerja macam terlalu berlambak,then orang kacau-kacau mintak itu la,ini la..Makanya,kerja tu jadi tak fokus.Sebab banyak sangat yang mengganggu kelicinan kerja saya.
Lepas tu pulak,hormat pulak kat anak bos ni tadi,dia tak boleh dengar lagu kuat-kuat.Saya pulak jenis,kalau stress kena pasang lagu kuat-kuat.
Disebabkan stress tadi,saya pun bergurau senda dengan adik angkat saya ni tadi..
Kerja kami asyik la bertumbuk,bergusti.Selama ni,sebelum dia masuk kerja situ,saya tak ada orang nak bergurau.Sejak-sejak dia masuk,kitorang asyik la bergurau sakan.Ntah macam mana,harini,tak tau apa kenanya,kitorang asyik bergusti.Bila kami dah bergusti,masing-masing berlagak macam tak ada apa yang terjadi.Sambung balik buat kerja.Tengah buat kerja masing-masing,saya teringat masa kami berdua bergusti tadi.Lepas tu saya rasa kelakar sangat.Mula-mula,saya tergelak sorang-sorang..Kemudian dia pun tergelak-gelak..Lepas tu sama-sama tergelak.Tak tau apa yang merasuk saya,saya gelak terbahak-bahak tak berbunyi sambil menahan senak di perut..Adik angkat saya tengok perubahan saya,dia pun naik cuak sebab saya gelak tak henti-henti sampai menangis-nangis.Muka saya merah padam menahan ketawa.Dia tengok saya dah lain macam,dia pun terdiam.
Saya terpandang muka dia yang tengah blur dan ketakutan tu,lagi saya bertambah geli hati,sampai menekup muka saya.Dia betul-betul takut sampai ingatkan saya dah kena sampuk.
'Akak..Akak gelak ke nangis ni.Jangan bagi angah takut kak..Akak ok tak ni?'
Saya dah tak tahan menahan sakit perut,saya paut kat bahu dia,daripada bahu tu saya dah terbongkok-bongkok pegang seluar dia,last-last sekali tak tahan,saya bertinggung kat lantai sambil gelak mengekek-ngekek.
Kemudian,saya tanya dia.
'Kamu hafal tak apa-apa hafazan yang boleh redakan akak?Akak tak tau apa yang sampuk ke badan akak ni..Akak tak boleh berhenti gelak..Kihkihkihkih....'
Kemudian,dia ambil telefon dia,bukak satu ayat Quran ni,dia bagi saya dengar.
Lepas abis dengar ayat tu,tiba-tiba turn lagu lain lak berkumandang.Lama-lama,dah kuatkan speaker,pasang earphone tu,dah kurang dah 'penyakit' saya ni tadi..
Yang member tadi,tak keruan dibuatnya..Last-last tengok saya dah senyap,buat hal sendiri,dah tenang baru dia pun dah tak risau.Tapi sampai sudah dia confuse..Kenapa saya boleh gelak sampai macam tu sekali?Part mana yang kelakar sangat tu?'Mak Esah' dah menurun masuk dalam badan saya ke?Dia siap pesan lagi,'akak,please jangan buat macam tu lagi..Akak buat angah seram jewk..'
Phiewh..Saya pun tak tau saya punya stress sampai macam tu sekali..Haih~
Sekian catatan saya untuk harini..
Da~

Sunday, 16 June 2013

Holiday Backpack?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hurm..
Cik Adie rasa macam Cik Adie tak pernah pun pergi cuti-cuti,jalan-jalan..Tengok budak-budak office selalu ambil cuti,pergi jalan-jalan,macam best je..Siap bagi souvenir kat kitorang..Wahhhh!!!Tak pernah pun buat..
Ada yang planning pergi holiday ngan rakan-rakan sekerja,ada juga yang backpack ngan bini..Huemph~Mesti best kan?
From China.Thanks girls..

Ada yang pergi China,Krabi,Indonesia,Korea,yang terbaru,Europe...Bos Cik Adie pergi sana..Dia belikan coklat untuk kitorang and the best part is...Cik Adie dia beli speacial skit.Muehehehehe...Tq bos..



tak tau camne nak agihkan pada dorang..hihiihiii...bukak,letak atas meja jewk..

Pandai-pandai la dorang nak ambil macam mana..hehehehe..
Yang Cik Adie punya ada souvenir..Ngeee~Tq so much!!

 ok,biskut and..?jom tgk..
 ouwh....A mug..From Prague,Czech Republic
So sweet of you boss..Thank you soooo much!

Ok,Cik Adie pun nak backpack jugak la..ahihihi...est kan jalan-jalan pergi negara orang?Takpe,takpe...mungkin hujung tahun ni start nak jalan-jalan yang dekat-dekat dulu..Tapi betul la..Cik Adie tak pernah pergi bercuti-cuti,release tension..Ouwh..Ada sekali,tu pun tidur kat rumah member kat Kuantan..Tiada ke'adventure'an time tu..tu memang suka-suka pergi tanpa dirancang..Harap,dapat la jalan-jalan,kalau boleh sampai ke luar Malaysia jugak kan?Agak-agak,boleh ke?tengok budget lu..Asyik kumpul untuk duit belajar je,macam mana na skip sikit untuk buat pergi jalan-jalan holiday eh??Nak pergi ngan sape eh?Kebanyakan kawan-kawan semua ala-ala nak mewah jewk..Kita nak backpack jewk..
Hurmph~
Sekian entry kali ni..
Da~

Saturday, 15 June 2013

Rapunzel

Hurm..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pagi tadi Cik Adie melepaskan anak-anak kucing main kat luar..Disebabkan minggu ni kerja hari sabtu 1/2 hari,makanya,tak la rajin sangat nak suruh dorang masuk sekor-sekor..Member pulak sedap lagi membuta,makanya dalam keadaan mamai tu,saya tetap pesan kat dia,'weyh!Pintu gril aku tak kunci tau..Dorang tengah main kat luar,taknak masuk'..Kawan saya ni pun mengangguk la sambil sambung pusing peluk bantal..Petang tadi saya tengok masing-masing berderet depan pintu dapur tu..Cuaca pula panas..alahai...Buka la pintu dapur tu...Bagi dorang lepak kat 'tile' dapur tu..sejuk sikit...
Bila tengok kucing-kucing ni,saya teringat seseorang.Saya bertekak pasal kucing letak dalam sangkar..
Dia kata,dia sayang kucing tu..Beli 2 ekor sampai RM1k lebih r...Bulu cantik segala bagai la..Makanya,kami pun bertekak la..
Dia kata,'kucing tu saya sayang..Saya beli mahal..Tu yang letak dalam sangkar tu..'
Saya lak kata,'kucing tu habitatnya kan hidup bebas?Macam gak la burung,habitatnya terbang bebas.Kenapa ada orang nak kena ambil dia,bela dia,kurung dalam sangkar?Tak kesian ke kucing tu dibuat macam tu?Tak explore dunia luar..Tak reti nak survive..'
Dia kata,'kalau kita suka kat binatang tu takkan nak biar jugak?Lagipun kan kucing tu haiwan kesyangan Nabi?Nanti kalau saya lepas,ada orang curi?Haaa...Macam mana?'
Dalam hati saya,'Cik Abang oi!!!!Nabi sayang kucing,tak ada la sampai nak kurung dia dalam sangkar,duk letak dia dalam sangkar..Kalau setakat beli kucing mahal-mahal,pastu letak dalam sangkar bagi dia jadi kucing bodoh,takyah beli la...tu bukan sayang,tu seksa binatang namanya..'Tapi dalam hati je la...Tak ada la pulak jawab macam tu kat dia...Jawapan yang paling sopan saya bagi kat dia,
'Binatang ni macam jodoh la jugak...Kalau kita jaga dia elok-elok..Ada jodoh,kalau hilang,dia akan cari kita balik..Kalau tak ada jodoh ngan kucing tu,mungkin jodoh dia orang lain lak yang jaga...'
Pernah tak korang fikir apa yang Cik Adie fikir?
Saya bela kucing tu,tak payah pun nak keluar duit banyak-banyak..Hanya bekalkan makanan dan keperluan tempat tinggal..Walaupun saya tak berapa suka kucing,saya masih tau habitat dia yang sebenar,dia tak boleh dikurung..Tengok la Rapunzel..Takut nak pergi dunia luar sebab 'Mak' dia dah takutkan dia dengan macam-macam ancaman..
Tu sebab la saya biarkan je kucing-kucing tu keluar,belajar kenal rumput,pokok,main-main tanah..Mula-mula dorang takut bila lepaskan kat luar tu...Tu yang patah balik,nak masuk rumah kena lepas longkang dulu..Biar dorang belajar macam mana nak jadi kucing sebenar.Tu yang sampai jatuh-jatuh longkang tu..Sekarang dorang da pandai langkah longkang tu.Pantang buka grill blakang dapur ni,masing-masing kerumun ke pintu,nak keluar..Haaa..Tak gitu?
Apa yang saya ajar kucing-kucing tu pun dari pengalaman saya sendiri juga..Kalau kita masih lagi tak explore dunia luar,kita tak tau macam mana nak fikir secara kreatif.Apapun,haiwan duduknya diluar,bebas ke sana ke mari.Bukan tempatnya di dalam rumah dan yang paling penting,tempat dia bukan dalam sangkar ye wahai para penyayang haiwan(yang rasa-rasa dia tu terlalu sayang haiwan,tapi sebenarnya seksa haiwan)
Jangan jadikan dia Rapunzel the Tangled Tale okeyh???
Sekian la..
Da~
p/s : maaf pada yang terasa.Cuma beri pendapat je :)

Wednesday, 12 June 2013

Nothing Gonna Change My Love For You

Hai...
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Harini hari rabu..Macam biasa..My movie day is every wednesday..
Selalu pergi tengok movie sorang-sorang...Layan sorang-sorang..Tiba-tiba harini ada pulak yang nak ikut,lagipun memang tengah stress...Nasib baik la dia ni tak spoillkan movie day Cik Adie macam selalu tu..Phiewh..Kalo tak,memang kutinggalkan aje macam sebelum-sebelum ni jugak..
Harini pilihan cerita kita adalah Thai Movie berjudul 'Pee Mak' yang dalam cerita ni sebenarnya nama dia patutnya Peter Mark,tapi bila bila dia balik kampung dia kat Thailand,orang kampung dia panggil Pee Mak..Ala-ala mencarut gitu namanya..Tapi tak...hihihi..
Cerita ni sebenarnya cerita hantu,tapi 'horror comedy'.Disyorkan  memang wajib tengok cerita ni pada siapa-siapa yang stress dan tension macam saya siang tadi..Tengok cerita ni pulak,member office yang syorkan..Sebab dia tau harini 'movie day' saya.Memang akan pecah perut..Walaupun cerita dia agak seram ngan sound effect yang suka bagi orang menjerit.Tapi dari awal cerita,sampai la ke penghujung cerita,memang pecah perut dibuatnya..
Saya ngan dia pulak memang geng suka gelak kuat...Agaknya memang suara kami dua je kot yang kauat masa part kelakar gila tu..
Cerita ini pun sangat-sangat sedih..Si suami yang walaupun tau si isteri tu hantu,dia tetap sayangkan isteri dia seperti satu lagu ni...

Nothing Gonna Change My Love For You


Hakikatnya memang tak ada lagu ni dalam cerita tu,tapi jalan cerita dia agak sama ngan lagu ni.Walaupun isteri dia hantu,dia tetap setia bersama isteri dia si hantu ni tadi..Ouwh...So sweet....
Anyway,thumbs up to him yang meneman tadi.Lupa kejap masalah yang menimpa dan kesedihan yang melanda jiwa lara siang tadi..Muehehe...
Thank you Ngah,coz you make my day today...
Kamu sangat sweet dan tomey..
Sekian la serba sedikit cerita untuk blog saya pada entry kali ni..

Friday, 7 June 2013

Wet Time!!!!!!Weee....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Harini nak citew pasal 'anak-anak' lagi...
Semalam shopping pasir kucing & shampoo dorang..Pasir dah abis,kena top up..nanti kencing berak merata lak dorang neh..

 port baru nak tidur..atas timbunan plastik
 Pasir Kucing..membesar 'muscle' ngangkut dari jusco semalam..fuh..
Shampoo bau blueberry kata ko....

okay...harini hari basuh simen,di mana mangsa pembunuhan Si Tikus aritu sangat malang dibawa pulang ke rumah...makanya...anak-anak dah perlu di ajar untuk mandi...Sambil-sambil basuh simen tadi,sekali harung jewk letak dorang kat rumput belakang rumah ni...heheehehee...sape yang masuk longkang dulu...dia la yang kena siram dulu...
ok,tempat pertama jatuh longkang adalah Sitam!!!

deritanya dia..senyap jewk kena mandi..tahniah Sitam..
yang kedua Kitam..alololo..tomey-tomey..baik je dia.. :)
last sekali Coktam..dah kenapa julur lidah neh?Ouwh..credit tu that hand yang menyabunkan mereka-mereka tadi.

disebabkan dia lebih aktif masa letak kat rumput tadi,kita biarkan dia mengenal dunia luar dulu sampai puas..kat blakang tu,maknya tengah mengeringkan yang lain.Okey..semua pun dah mandi...Proses pengeringan berekor-ekor ni kita letak kat tempat yg ada cahaya matahari dan agak redup-redup ye rakan-rakan...?And of course,mak dia yang kena tolong keringkan sekali.Urmm...
proses pengeringan.skrang nak basuh simen..korang duk diam-diam kat situ..

Okay...semua tengah berjemur..Dah wangi-wangi...Kemas-kemas tempat lepak dorang kat belakang ni..haih..Tengah kemas-kemas,tengok-tengok Melati hilang,anak-anak ditinggalkannya kat situ..Haish!!!Melati oi...Orang suruh jaga anak,dia pegi ngorat jantan lak eh...

lantai basah,korang duk la dalam kotak atas para ni..

Sambil-sambil membasuh dan mengemas laman belakang,tak larat asyik panggil maknya jaga anak,kami masukkan la dorang ni dalam kotak..Padan muka maknya mencari-cari anak..Padahal dah masuk dalam kotak pun..
sambil-sambil tu ajar si comel ni makan tuna..
urm..sambung keringkan badan masing-masing...
ouwh...so sweet...tolong keringkan...
alololo...
yang dua tu dah kering..Si Coktam??bulu basah lagi napew?

hurm...dah mandi..dah makan..dah keringkan badan...sekarang status masing-masing tengah sedap tidur dalam kotak tu..ZZZzzzzzzz.
Sekian~
Da..

Wednesday, 5 June 2013

Kasih Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Hai,harini kita nak cerita sikit tentang kasih ibu neh..
Bukan sebab harini Hari Ibu,tapi sebab harini kita nak tengok pengorbanan ibu.
Kata orang kasih ibu bawa ke syurga..Tapi yang ni...huemph~
Sabtu lepas,saya dan housemate saya pergi ke KL,daripada ke Pavilion sampai la ke Times Square..
Nak dijadikan cerita,masa kami jalan-jalan nak balik tu,tersinggah la kat sorang pakcik yang jual tikus mainan untuk kucing..Kami pun beli la satu untuk 'anak-anak' kami kat rumah tu..
Balik rumah tu terus la letak kat dorang,bagi main..Bukan doarng kejar tikus tu,dorang pulak yang lari...Tiba-tiba maknya Si Melati ni pulak la yang berminat..Dikuis-kuisnya ekor tikus mainan tu..
Anak-anak dia tak reti lagi main benda jadah ni..Tapi lama-lama dorang pandai la nak kejar walaupun konon-konon bajet terror,tapi penakut,terjenguk-jenguk kepala dorang macam nak terkam tikus tu.Bila saya pusingkan tikus tu arah dorang,masing-masing menyorok bawah mesin basuh la,ada yang terkenteng-kenteng lari masuk kotak.Poyo je lebih..
ececeh...konon berani..padahal dia yang lintang pukang lari bila tikus tu laju..hihiihiii

Disebabkan Si Melati tadi agaknya tengok permainan macam tu tak best,sebagai ibu mesti dia pun nak juga memberikan kasih sayang pada anak-anak dia ni..Itula kata orang...Kasih ibu bawa ke syurga..Bersusah payah la si ibu ni tadi nak membekalkan mainan pada anak-anak kesayangan yang comel-comel ni..Tapinya tahap ibu kucing la mainan yang dia bagi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nah..katanya...mainan gak yang dia bagi,sama tapi tak serupa
ARGH!!!!!!!!!!!!!!
Tikus betol dibawaknya balik rumah!!

Memang betul la kasih ibu bawa ke syurga,tapi yang ni kasih ibu membawa petaka pada manusia yang duk kat umah tu..adoi la hai...Suspek utama pembunuhan adalah Si Melati..Bukan dia buat makan..Dia bagi anak-anak dia main.Patut la senyap je malam tadi tak masuk-masuk lubang tu,main sep-sep tangan..Rupanya dorang tengah bermain dengan tikus ni kat luar..Euwhhhhh!!!!!!!Lambat lak nak hari sabtu..Nak kena basuh kawasan pembunuhan tikus ni..Grrr~ MELATI!!!!!!!!!!!!!

Monday, 3 June 2013

Hyperactive

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Harini Cik Adie nak cerita pasal kucing lagi..Lalalala~
Sabtu aritu saya dan housemate saya cuci la simen blakang tempat penempatan anak beranak ni..
Makanya,disebabkan nak basuh simen tu,letak la si anak-anak ni tadi kat rumput.Si Melati tu pun diletakkan la kat rumput belakang rumah ni tadi..
Tengah basuh-basuh tu,tiba-tiba Si Melati ni meroyan lak panggil-panggil anak dia suruh masuk..Apa ke jadahnya dia panggil masuk,lantai tengah basah...?
Berusaha la dia ni mengiau-ngiau panggil anak-anaknya ni tadi..Di gonggong anaknya seekor,yang pertama tu Si Coktam tu,nak lepas dari longkang tadi..Agaknya dah berat kot anaknya,jatuh anaknya masuk dalam longkang tu..
Apa lagi...?Menjerit la kami ni tadi tengok Si Coktam ni jatuh..Member saya ni pun kutip la..Mandikan terus kat sinki..Dua tiga kali pindahkan ke rumput,Si Melati ni asyik panggil masuk,sudahnya,ambik baldi,tiga-tiga ekor duduk dalam baldi tu sampai abis kitorang mengemas belakang rumah tu..Haaaaa...itu makan dia..
style sekarang,dah taknak duduk dalam kotak
Tengok la tu..Nakalnya kemain..Makin aktif lak dorang ni.Asyik la nak bergusti sesama sendiri.Kadang tu mak dia sendiri pun dia gusti.Sekarang dah pandai nak panjat-panjat.Pastu bila letak kat tembok tinggi tu,tau lak gayat..Mengiau-ngiau mintak tolong.
yang ni Coktam.Style dia selongkar tong sampah..Dah tak ada benda lain nak main~
Yang ni lak,tengah nak manjat,lagi 2 tu bergomol..

Tadi tengah makan malam,tiba-tiba lak si Sitam sesat masuk dalam.Pintu dah tutup,boleh lak la dia ni celus kat lubang kecik kat pintu yang maknya korek-korek tiap pagi..Ntah bila la nak ganti pintu tu.Nanti dorang tak masuk rumah,binatang lain lak yang masuk rumah..
tak tau la penyewa dulu punya otak letak mana,pegi lubangkan pintu bawah tu untuk tarik dari luar kalau pintu tertutup.
Pintu tu,tiap-tiap pagi kalau ada bunyi orang dah bangun,mula la si Melati tu meroyan panggil-panggil orang dalam rumah ni bagi makan kat dia..Pastu tangan dia jewk yang terkuis-kuis kat lubang tu.Fesyen sekarang lak,anak-anaknya boleh celus kat pintu tu,dorang masuk,sekor kat dalam,sekor lagi tunggu kat luar.Main 'sep-sep' tangan masing-masing kat pintu tu.Adoi la hai..Sabar je la..Bila la korang ni nak besar..Boleh gak lepaskan kat luar tu.Korang main la sepuas-puasnya kat luar tu.Lagi besar tempat main kat belakang tu ha..Dah penat main,masuk untuk tidur je..
Tengah sembang-sembang lepas makan tadi,kawan saya ni tadi cerita la..Ada cucu sebelah rumah ni,terjenguk-jenguk kat belakang rumah kitorang ni tadi..Mencari-cari anak kucing..hihiihiiii..Pastu dengar budak-budak tu sembang sama dorang,'mana kucing?'.Pastu masa kawan saya kemas-kemas belakang tu tadi,dia letak la anak-anak kucing ni tadi kat tembok tu..terdengar la budak-budak tu kira dari sebelah..'ouwh..ada 2 ekor kucingnya..'.Padahal ada 3..Hahahaha!Berkenan nak main ke..?Tunggu la Sabtu Ahad ke..Nanti kami keluarkan dorang lagi untuk main kat belakang tu eh..?
Sekian la catatan saya pada entri kali ni..
Da~

Friday, 31 May 2013

Karaoke jom!!!

Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Rajin pulak la Cik Adie ni menghapdate blog yewk..?
Saja nak kongsi cerita,macam dah lama sangat Cik Adie tak menjalankan kegiatan wajib Cik Adie pada satu masa dahulu.. Disebabkan satu perkara tu,Cik Adie dah tak aktif untuk berjimba-ramba.
Apa tu? Kegiatan itu adalah Karaoke!!! Ada lagu baru yang Cik Adie sangat-sangat suka..
Lirik dan lagu ni memberikan kesan yang sangat mendalam.Urm..Tercuit sikit la hati ni mendengarnya..
Apa pun..Dah lama tak karaoke..
Andaikata lagu ni tersesat kat mana-mana karaoke,harap-harap Cik Adie boleh la lepaskan gian nak melalak..muehehehe..
Hope,ada la yang teringin nak belanja Cik Adie karaoke macam dulu kala & hafal la lirik lagu ni untuk duet sama..Geng SLV pun boleh..Akak pun belum join gathering korang lagi kan..?Lagu apa?
Ni ha..Alicia Moore(Pink) Ft. Nate Ruess(Fun).
Melodi dia pun layan gak(tapi tak faham kenapa ada yang tak boleh 'in' ngan lagu ni).
Tak tau korang yang ikut blog ni suka ke tak,tapi Cik Adie tau..Ada geng SLV di luar sana pun suka lagu ni kan?Nanti kalo ada jumpa time gathering nanti,ley la kita duet lagu ni..kan?kan?kan?Jangan asyik nak BS jewk ye adik-adikku sayang..haih~
Please enjoy the song and lyric,TQ~
This song is dedicated to whom it may concern.*concern la sangat..

Just Give Me A Reason

Right from the start,
you were a thief,
You stole my heart
and I'm your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty.
And with every touch
You fixed them

Now you've been talking in your sleep
Oh oh,things you never say to me
Oh oh,tell me that you've had enough
Of our love,our love

Just give me a reason,
Just a little bit's enough
Just a second, we're not broken
Just bent and we can learn to love again
It's in the stars,
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken
Just bent and we can learn to love again.

I'm sorry I don't understand
where all of this is coming from
 I thought that we were fine
 (oh,we had everything)
Your head is running wild again
 My dear,we still have everything and it's all in your mind
(Yeah,but this is happenin')
You've been having real bad dreams
Oh oh, you use to lie so close to me
Oh oh,there's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Ooooh, our love,our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second, we're not broken
Just bent and we can learn to love again
 I never stopped It's still written in the scars on my heart
You're not broken just bent and we can learn to love again.

Oh tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust,
But our love's enough.
You're holding it in
You're pouring a drink
No,nothing is as bad as it seems..
We'll come clean!!!!

Just give me a reason,
Just a little bit's enough
Just a second, we're not broken
Just bent and we can learn to love again.

It's in the stars
It's still written in the scars on our hearts
That we're not broken
Just bent and we can learn to love again..

Just give me a reason,
just a little bit's enough
Just a second,
we're not broken
Just bent and we can learn to love again..
oh,it's in the stars
It's still written in the scars on our hearts
That we're not broken
Just bent and we can learn to love again

Ooh, we can learn to love again
Ooh, we can learn to love again
Oh, that we're not broken
Just bent and we can learn to love again..

Thursday, 30 May 2013

My Kittens Grow Up!!!Weeee (>_<)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..
Ada update untuk baby kittens Cik Adie yang sangat-sangat comel dan nakal neh..hehehe..Tau...Mesti korang akan terdetik dalam hati,'okay..dia cerita pasal kucing lagi..'.Tak kira!Nak cerita gak..Excited nak update perkembangan 'nak-anak' ni..
kenapa dorang suka duk kat belakang mesin basuh ni pun aku tak paham~

Tadi balik-balik rumah je tengok kat belakang dah tak ada.Rupa-rupanya dorang melepak belakang mesin basuh katanya...
Bekas ni untuk pasir 'jamban' dorang

Bekas pasir ni disediakan untuk 'anak-anak' kecil ni buang sisa hadaman mereka.Jenuh la duk fikir haritu,dorang ni tak berak kencing ke?Bila dah masuk minggu ke-4 umur dorang,saja tanya sepupu,macam mana nak ajar si comel-comel ni pakai pasir?Sebab rumah kami tertutup,buat lubang tu pun untuk mak dorang Si Melati tu je yang keluar masuk.So,kena la ajar comel-comel ni pakai pasir sebab dorang tak sampai nak panjat tembok tinggi tu untuk keluar.Makanya,atas nasihat pakar kucing dari sepupu saya,kami pun letakkan pasir sikit kat bekas tu...Biarkan mereka lepak situ.
Mulanya,pasir tu untuk si anak-anak ni yang belajar guna,tiba-tiba lak mak dorang Si Melati tu pulak yang duk lepak atas pasir tu..Apa kes??Motif??
Makanya,kami pun biarkan la pasir tu kat luar..Masa balik kerja tadi,kawan saya cakap,dorang dah pandai berak kat pasir tu...Alhamdulillah...Akhirnya,boleh pun dorang faham pasir tu untuk apa kegunaannya..
Makanya,kawan saya ni tadi pun buang la taik dorang..Tambah pasir baru..Yay!!!Pandainya kittens kami ni..
 situ la tempat favourite dorang
comel kan Sitam?kaki stoking+hitam=Sitam
errr..yang ni Melati tengah lepak kat tembok tu,siap buatkan lubang lagi nak bagi dia senang keluar masuk masa kami semua tak ada kat rumah.

Hurm..Lepas ni,kena la selalu sediakan pasir untuk jamban dorang ni..Kayap la...dah la Si Melati ni pemilih makannya..Ikan rebus taknak,ikan bilis taknak,makanan kucing pun tak berapa..Ikan mentah yang dia nak..Ko ingat ko Princess ke Melati oi..?
Apa pun,syukur anak-anak ni dah pandai pakai pasir..Lepas ni dah boleh la buang kotak tu ye..Dah korang pun taknak lepak dalam kotak tu lagi,korang main la kat belakang mesin tu..Huemph~
Sape-sape yang nak adopt anak-anak kucing ni,dalam 5-6 bulan nanti dah boleh la ambil ye..1 jantan 2 betina.Kalau boleh,yang nak adopt dorang ni,harap-harapnya bukan la yang rumah flat tingkat-tingkat atas tu ye..Kami dah bagi kebebasan kat dorang ni,sebab rumah kami rumah bawah..Kesian kucing dikurung-kurung..Biar la bebas ke sana ke mari..Kalau korang nak hantar balik kampung pun tak apa,sebab tentu-tentu dorang ni tak terkurung..Huhuhu~They are growing up now...
Sekian catatan saya untuk harini pasal Melati dan anak-anak dia..
da..(^_^)

Wednesday, 29 May 2013

Cool Blog Di Haramkan???!!!!!

What????
Cool Blog Di Haramkan oleh JAKIM????

Ouwh...My Favourite (-_-)

Assalamualaikum rakan-rakan..
Salam sejahtera semua..
Hope semua baik-baik sahaja.
Tadi masa balik dari kerja,housemate tetiba je cakap kat Cik Adie
'Weyh..aku nak kongsi berita sedih ngan kau ni..sebab aku tau kau pun peminat benda tu'
Sambil tutup gril,pusing ke dia dan jawab 'jap eh...aku tutup pintu dulu,nanti baru kongsi kesedihan tu'
Dah masuk umah,saya pun hadap la housemate saya yang nak mengadu berita sedih dia tu..
'Weyh..Bubble yg kat dalam Cool Blog tu dah diharamkan JAKIM..tadi dah keluar berita kat NTV7..'
Saya pun berkongsi kesedihan tu..Al-maklum la..Kami memang peminat Cool Blog tu..Tu pun sebab Bubble dia tu.'Larh...Cool Blog dah tak ada la ni?'
'Bukan la..Bubble Black Pearl tu je...Air dia tetap ada..'jawab dia.
'Ouwh..Ingatkan Cool Blog tu yang haram..Apeheynya diharamkan?'
'JAKIM dah buat penyelidikan,dorang kata Bubble tu kandungan dia ada racun.Tu sebab diharamkan..Ntah apa nama bahan tu ntah,tapi racun la..tak reti aku nak nyebutnya'
OMG!!!!
Bubble tu la yang sedap pun...Korang pun mesti ada peminat Cool Blog kan?kan?kan?So,sape-sape yang minat gila ngan Cool Blog,Chatime dan semua yang ada 'Bubble2' tu mesti kecewa kan..Haih~
Yang beracun tu la yang sedapnya pun...
Hurm..
Bubble ni dikeluarkan oleh negara China/Taiwan(*tak pasti).Dia la satu-satunya pengeluar benda jadah yang sangat sedap dan kenyal-kenyal untuk dikunyah tu..
Mengikut kajian,kesannya pada kita yang makan benda alah tu adalah kanser.Ia sejenis makanan yang tak boleh dihadam.
Masa ni 'ter'rewind pulak kejadian sebelum ni,saya singgah Jusco Wangsa Maju untuk beli Cool Blog tu.Dah beli Cool Blog tu,saya sambung lak makan Sizzling Yee Mee kat food 
court sana.
Balik rumah saya muntah dan cirit birit(actually,perut saya sangat sensitif),mungkin kombinasi makanan dan minuman tu membuatkan saya keracunan makanan.Mungkin gak ada benda dalam makanan tu bertindak balas dengan kandungan bubble tu.Tu yang Cik Adie lembik tu,muntah-muntah dan cirit birit yang agak berjam-jam jugak la ambil masa nak keluarkan semua tu.
Apa pun,lepas ni,dah tak ada dah bubble yang sedap tu..
Harap kawan-kawan di luar sana yang peminat Cool Blog,Chatime dan sebagainya yang mengandungi bubble Black Pearl dalam minuman tu..Di harap dapat la bersabar eh..?
Sekian catatan saya kali ni..
Da~
(-_-) sob!sob!sob!

Sunday, 26 May 2013

Anak-anak dah remaja

Hi semua..
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Cik Adie ada unexpected plan lak cuti wesak neh..tetiba ikut sepupu balik Cameron Highland.Sehelai sepinggang katanya..Balik kerja terus gerak khamis malam jumaat tu..
Tapinya sehari jewk..Jumaat petang tu balik KL balik.Bestkan kalau ada kereta macam dia.
Tap!Terus decide nak pergi mana..ahihihi..
Disebabkan unexpected plan itu..makanya..selama 3 hari meninggalkan 'anak-anak' kecil ni di rumah tanpa pengawasan..
Baik je rupa dorang neh sebelum ditinggalkan pagi pergi kerja tu

Pagi pergi kerja tu,ntah macam mana teringin nak amik gambar dorang neh..tetiba kat office pagi tu,sepupu kata nak balik Cameron lepas abis kerja.Apa lagi???Kelam kabut la balik umah siapkan makan minum Si Melati ni tadi..Tengah bagi makan kat mak dorang neh,tetiba baru perasan,dalam kotak,'budak-budak' ni dah hilang..Haish???Mana perginya?
Dengar bunyi dorang mengiau.Cari punya cari,alahai...Bila masanya pulak laaa dorang ni dah pandai keluar kotak ni..?
Tergoyang-goyang tiga beradik ni kat bawah mesin basuh..Ntah macam mana la boleh terkeluar dari kotak.Tapi disebabkan kelam kabut nak balik Cameron ni tadi,packing-packing barang,sepupu ni tadi masuk la tengok anak-anak ni kejap..Geram sangat rupa dia tengok anak-anak kecil tu tergoyang-goyang merangkak jalan-jalan.
Dah packing ala kadar je beg tu,letak makanan & tambah air,terus gerak naik Cameron malam tu..
Esok petang jumaat tu balik k.l.Tapi lepak rumah sepupu sampai ahad petang.Tertanya-tanya gak apa jadi la kat 'budak-budak' tu.
On da way nak balik rumah tu,sempat shopping makanan Si Melati jap kat NSK area rumah tu.Nak makan ikan fresh je..Curlazzz kau Melati!
Sampai-sampai rumah,Melati tak ada!Anak-anaknya dah keluar kotak mengiau-ngiau nyaring.Dah kenapa pulak si Coktam sekor neh?Yang lain-lain elok diam je?Tercari-cari emaknya.
Jenuh pulak la mencari maknya,yang anak-anaknya,kita masukkan dalam kotak,dia panjat keluar.Kita masukkan,dia panjat keluar.Penat betul..haish~
Maknya pun...Mana pulak la pergi dia neh..
Penat mencari,last-last layan si kecik ni jewk.Sekali maknya datang..
Haih~Ingatkan ilang ke mana..Buat suspen je..Seb baik la blakang rumah ni ada kedai makan,lubang pun dah buat untuk mak dia keluar masuk masa kami tiada.Tu baru 3 hari,kalau seminggu tak ada?Masa tu 3 beradik tu  pun dah besar?Ha!Pandai-pandai la belajar cane nak panjat lubang tu eh..?
Haih~Dah remaja dah anak-anak ni pandai lompat-lompat keluar kotak.Tak padan dengan menggeletar lagi..Siap termasuk kaki kat bekas air mak dia lagi.Hehehe..Comel..Tak lama lagi dah boleh jaga diri eh..?Dah dapat nyusu maknya bagi tadi,baru senyap..Tidur kat dalam kotak tu..
Sekian coretan saya kali ni..
Da~

Saturday, 18 May 2013

Wedding Novelis Iffa Zalia a.k.a Zila.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (^_^)
Hai,Cik Adie harini nak cerita tentang majlis perkahwinan sepupu saya iaitu Novelis Iffa Zalia atau dikenali dikalangan keluarga dengan nama Shiela(nama dia yang betul Azila,tak tau cane leh panggil Shiela)
Pada kenduri belah pengantin perempuan di kampung saya,Perak,saya sampai lewat,maka tak sempat la nak snap gambar banyak-banyak.Tapi dapat snap gambar di luar je...Apa pun kenduri sebelah pengantin sangat meriah walaupun masa saya sampai tu,mereka dah ke sesi baling gula-gula dan syiling.Masih lagi meriah dengan karaoke.Orang masih ramai lagi berduyun-duyun..Yang penting,time makan tu,dpat gak r lauk pengantin yang tak abis.Ikan besar tu!!muehehe..
Kenduri di kampung(songlap gambar pengantin dr FB dia,mohon kebenaran ye pengantin..)
 err..mini pengantin..Adam & Tia.Time ni saya sampai lambat,meja dah kemas.
 Guest Book
Okay..Mr Adam pun nak mencatit memori ye..Pandai ke Adam tulis tu?


Tapi,pada kenduri sebelah lelaki di Tasik Titiwangsa,KL minggu depannya,saya datang awal.Al-maklum la..Memang duk kat KL,so,tak payah la nak tunggu-tunggu balik ngan adik beradik.Kenduri di KL seperti suram,tak sama macam di kampung di mana,lepas habis bersanding pun,saya yang datang lambat ni pun masih dapat tengok kemeriahan.Cuma bezanya,di KL,kendurinya lebih teratur.Macam sangat-sangat sopan gitu...Hehehehe.Kalau di kampung siap ada karaoke bagai..
Wahhh!!!Naik kereta kuda kata kau..Ko hado??(yang ni pun pinjam gambar Leen Creation)

Cik Adie siap tidur di rumah abang pengantin lagi.Malam sebelum kenduri sangat la kelakar.Tengah sembang-sembang dengan Mak Itah(mak pengantin,a.k.a mak sedara saya),saya pun nak pergi la mandi malam..Lepas mandi tu,sambung la bersembang ngan Mak Itah ni tadi.Nampak dia tengah pegang handphone masa baring tu,saya tanya apa ntah,tiba-tiba sunyi.Tak berjawab soalan saya.Pastu saya pun toleh la ke arah Mak Itah ni baring..Saya kenalpastikan samada dia tak dengar ke,atau mengelamun ke..Selang beberapa saat,saya dengar dengkuran halus..Mantap Mak Itah!!!Tidur sambil pegang handphone!!Bhahahaha!Ok,saya bercakap sorang-sorang..huemph~
Esoknya kami beramai-ramai menuju ke Taman Tasik Titiwangsa..Menunggu pengantin.Ada beberapa salah faham yang membuatkan majlis persandingan bermula agak lewat.Kami beramai-ramai menunggu di kedai makan tepi tasik tu.Tapi akhirnya berjaya juga kami mnghantar rombongan pengantin..Haih~Eh?Asyik gambar pengantin ngn pengantin mini dan lain-lain jewk?Mana Cik Adie punya gambar eh..
ok,ok..di situ ya..Saya la 'penyepit' mereka..muehehe..

Semoga bahagia hingga akhir nyawa mereka dan harap-harap,lepas kahwin ni,lagi banyak la idea Cik Iffa,eh?Dah tukar status ,lupa lak!Puan Iffa kita ni untuk menghasilkan novel yang lebih mantap..Rezeki pun bertambah-tambah..Cik Adie pun nak tulis novel la.Aci tak?Agak-agak tahun bila siap eh?muahahhahaha!Selamat Pengantin Baru pada sepupu saya Zila @Iffa.
Sekian catatan yg berminggu ni,baru siap sebab nak kumpul gambar.






Tuesday, 14 May 2013

Gossip:Melati nak bawak jantan balik rumah!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Di harap semua sihat untuk baca blog Cik Adie kali ni ye..
Dah slow sangat la pulak perjalanan blog ni.Tak tau nak update apa..
Ha...meh sini,harini kita ada gosip!!
Pasal janda berhias Si Melati yang Vogue ni ha..Ko hado???
Siapa Melati ni?
Ala..Melati tu maknya pada 'anak-anak' angkat umah ni yang 3 ekor tu..
Hamboi...Melati oi..Bukan main lagi dia sejak-sejak kami kat rumah ni terima anak-anak dia ye..
Bukan main sangap lagi dia tak reti nak balik-balik,test power kat kedai belakang rumah ni ha.Dia dah beranak,tak tau siapa bapak anak-anak dia tu,pastu,dah letak kat rumah orang,port baik punya kitorang bagi..Dia pergi menggatal lak cari spare jantan lain ye..

Tengok tu..Berdandan bukan main lagi.Nak keluar menggoda jantan lagi la tu..
Masa mula-mula menginap kat sini,bukan main hormat lagi dia ngan tuan rumah.Keluar kejap-kejap je dia.Pastu dia masuk menyusukan anak dia.Sekarang ni,tiap kali balik kerja,tengok anak-anaknya je yang ada.Yang dianya tak balik-balik lagi mengorat jantan..Melati oi..Kamu tu ibu tunggal..Kalau dah sangap sangat,tunggu la anak-anak tu dah besar sikit,dah tak payah bergantung ngan susu kamu tu..
Tengok!!Rumah pun dah renovate jadi besar siap ada tempat makan elok lagik!!

Makanan tu untuk si Emaknya..bukan untuk si kecik-kecik tu.Dah makan,menyusukan la.Ni keluar ntah pukul berapa,balik tak reti-reti nak jenguk anak ke..?Dah pandai nak tinggal anak lak dia eh..Esok-esok,bunting lagi,ke sini jugak kamu bawak.Kalau nak bagi adik-adik kat diorang ni,tunggu la diorang dah besar sikit,dah pandai jalan,main,makan sendiri Melati oi..Ni,suara pun tak dengar lagi..Nak jalan pun terketar-ketar.Haih~Untung la jadi kucing..Pas beranak,curang pergi cari jantan lain pulak..Sedap dia eh..?Hah!Tak reti-reti?Jangan lak bawak balik jantan ke rumah ni ye..Pandai ngorat,pandai la suruh boyfriend kamu cari port.Jangan lak suka-suka mempelawa tidur kat rumah ni yewk..
Itulah la gosip Cik Adie kali ni.
Ingat tu Melati!!!JANGAN BERANI NAK BAWAK MASUK JANTAN KE RUMAH NI!
Jangan budget Hot & Seksi sangat eh...
Sekian,da~

Friday, 10 May 2013

Sejarah 8 May 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hah!Lama gak tak update blog.Ada la dalam seminggu kot.Hehehe..Mesti korang sekarang tengah hangat membincangkan tentang keputusan PRU13 lagi kan?Tak apa la..Apa pun keputusan,janganlah kita bergaduh-gaduhan..Tak baik kita gaduh-gaduh kat Malaysia ni..Seperti satu lagu yang pernah popular satu masa dulu 'buat apa gaduh-gaduh sama kita!Malaysia kita ini kecik aje..Kalau semua gaduh,siapa nak jaga...'.Macam tu la lirik dia.
Nak dijadikan cerita pada blog kali ini,pada 8 May 2013,pagi tu saya pergi kerja,jalan penuh sesak,jammed sepanjang stesen LRT Chan Sow Lin sampai la ke jalan nak sampai ke office saya..Pada tengah hari waktu lunch hour pula,saya dan rakan-rakan pejabat pergi la keluar makan..Pun sama keadaannya,masih lagi jammed di Jalan Chan Sow Lin dan juga CherasMalamnya saya sampai ke rumah,saya pun menceritakan fenomena itu kepada housemate saya Cik Mimah ni..
Kami pun bersembang-sembang santai selepas pulang dari kerja malam itu,seperti biasa..port kami di hall la..Seperti orang lain,topik yang kami bincangkan adalah mengenai keputusan PRU13.Sebab utama jalan penuh siang tadi rupanya ada perhimpunan di Kelana Jaya..Ada kaitan ngan PRU13 la tu.Sambil-sambil membaca status facebook rakan-rakan yang sangkut di Highway la,jalan nak balik la sebab perhimpunan tu,tiba-tiba saya tergamam.Mimah ni tadi pun pelik kenapa saya terdiam.
'Weyh!harini Rabu malam Khamis ke,Khamis malam Jumaat eh?,'tanya saya kepada Mimah sambil mata merenung ke dapur tanpa kelip.
'Rabu malam Khamis',jawabnya sambil merenung ke arah yang sama dengan rasa hairan seperti yang saya rasa.
Kami sama-sama merenung ke arah lembaga di dapur tu.Dengan penuh kehairanan,kami berdua serentak berkata 'kamu ni kucing ke bukan?Bila ke masanya kamu masuk?Ikut mana?'.Tanpa bunyi apa-apa,tiba-tiba kucing tu sudah berada di dapur kami.Senyap je dia masuk,takde nak mengiau ke apa.
Kami berdua tenung lagi kucing tu,dia pun membalas tenungan kami(macam blur lak muka dia,'apesal dorang pandang aku ni macam hantu?',gamaknya la kucing tu cakap dalam hati).
Setelah pasti,kami pun berkata 'ouwh..ni betul kucing ni..Sah bukan 'benda' lain'
Mimah ni pun keluarkan la kucing yang sesat masuk ke rumah kami ni tadi..Ntah macam mana la dia panjat,tak reti-reti nak keluar..Haih..
Kemudian kami sambung bersembang,'kucing tu aku macam pernah tengok la..';kata Mimah.
Saya pun menjawab,'ala..apa nak heran..kan belakang rumah kita ni kedai?Mesti pernah ko terserempak ngan kucing tu..'
Mimah pun mengiyakan kata-kata saya.'Aku rasa dia tengah cari tempat nak berteduh.Kalau tak silap,kucing tu bunting aritu..Tapi mana anak dia eh?'
Kemudian,kami pun buat kerja masing-masing,Mimah masuk ke bilik,saya pula nak keringkan baju yang sudah di basuh untuk di sidai..
Semasa saya hendak menyidai baju,tiba-tiba saya ternampak 3 lembaga kecil.
Ah!Saya menjerit sambil mengetuk-ngetuk tingkap bilik Mimah yang memang berada di belakang.
'Weyh!!!Dia memang cari tempat la!!!Ni ha anak-anak dia kat belakang ni!!!',saya yang tak berapa suka pegang kucing ni memanggil Mimah.Serta merta kami mencari kotak untuk anak-anak kucing ni..Ada ke pulak mak dia letak atas simen,elok jewk pulak tu alas ngan plastik kecil.Haih..Ada kain baju lama,kami letak dalam kotak.Mak kucing tu pulak pelik anak-anak dia dah masuk dalam kotak.Kami tak ada makanan kucing,so,dalam peti ais,ada lagi ikan tengah beku,kami rebus ikan tu,gaul sikit ngan nasi,bagi mak kucing tu makan.

Cek jantina bayi, 1 jantan 2 betina




Makanya dengan rasminya pada 8 May 2013,kami mendapat anak angkat 3 sekaligus,pakej ngn mak dia.

Yang penting dorang ni tak masuk rumah,dan menerbangkan bulu-bulu mereka untuk saya semput.Duk kat luar tu taw..
Sekian catatan saya pada hari ini..Sampai jumpa lagi.Da~