Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Harini Cik Adie sangat gembira sebab adik angkat Cik Adie,Ain,bertunang..yeay!!!
Ingat lagi masa mula-mula Cik Adie nak suruh dia lupakan bf dia yang selalu sakitkan hati dia *merangkap adik angkat gak bf dia ni.Punya la payah..Sampaikan kena bagi macam-macam contoh la nak comparekan layanan ex dia tu ngn bf sekarang.Dia sampai takut nak terima bf dia yang sekarang sebab takut bf yg baru ni tak seperti yang dia harapkan.Yang si lelaki ni pulak sabar menunggu Ain ni terima dia..Tapi..Alhamdulillah..Berkat kesabaran dan keikhlasan si lelaki ni tadi..Dalam masa tak sampai setahun dorang bercinta..Akhirnya..bersatu..Tapi..baru separuh bersatunya tu..hihihi..Insha Allah..Lepas bertunang ni..Tahun depan mereka berkahwin.Maka..tiada lagi bayangan yang menghantui Si Ain ni..konon-konon takut tak bahagia..Sekali lagi..Tahniah sayang..Selamat Bertunang..
Semoga bahagia hendaknya..aummmmuah! :*
Cik Adie??errrr..blom ada lagi lelaki gentle yang serius dengan saya macam tunang si Ain ni..Maaf..jangan la hampa..eh??tiba-tiba..haha!
K,bye! :p
Sunday, 17 November 2013
Pasti bahagia akhirnya
Thursday, 14 November 2013
Wahai hati
Hurm..Cik Adie berada di dalam kekusutan..Antara kehendak hati dengan situasi keliling dan juga kehendak keluarga.Hati sedih bila memikirkan nadib diri.Kecundang dalam hubungan tak kira la hubungan sesama kekasih hati,kawan-kawan dan juga hubungan keluarga.Semuanya bercelaru.Apa yang mampu Cik Adie lakukan hanyalah bersabar..tunggu dan perhati keadaan keliling..Bila la semua ni akan berubah..Kadang tu rasa macam nak lakukan perubahan drastik...Tapi..terlalu memikirkan perasaan orang lain..
Huemph~
Pun tak berubah juga.Cemburu dengan kehidupan orang lain yang gembira dan bahagia..Tapi??Diri sendiri menceriakan dan membahagiakan orang lain..Jauhhhhhh di sudut hati..Tuhan je yang tau betapa seksanya perasaan diri.Hidup macam tak nampak kesudahannya(tentula kesudahannya mati kan..?dey yapedaaa..)
Kegembiraan terpancar di luar tapi tangisan diri tak siapa tau..Erm..Tawakal je la..
Wahai hati..Jangan la bersedih lagi..Macam nak buat sesuatu aktiviti yang boleh lupakan masalah ni untuk seketika..erm..ermm..ermmm....
Salam sayang semua...
Wednesday, 16 October 2013
Happy birthday
Assalamualaikum semua!!!
Erm...semalam..16 Oktober 2013..genap la umur Cik Adie 28 tahun..Daripada lunch..bos blanje makan..balik kerja pun ada orang blanje makan..ada yg celebrate advance birthday minggu lepas..Apa pun..terima kasih pada semua yang wish dan yg meraikan..Dapat hadiah yang tak seberapa tapi sangat bermakna..dapat kek..hihihi...sayang korang sangat-sangat.
Monday, 14 October 2013
Hari Raya Qurban
Hai...
Assalamualaikum semua...
Erm..hari ni 15 Oktober 2013..Maka..Ramai la yang sedang bersiap-siap menyediakan juadah untuk Hari Raya Qurban harini..Mesti ramai yang tengah buat rendang..lemang..tunggu masa nk dapat daging qurban..Cik Adie masak apa?hahaha!Kat rumah Cik Adie tak ada rendang..lemang segala bagai tu..kitorang sarapan pagi pun bihun goreng je..Raya tak macam raya..Tak ada sape pun kat rumah..Kakak balik rumah mentua..Angah pun balik rumah mentua..Cik Adie je yang balik rumah mak abah sendiri..Sebab Cik Adie tak ada mentua..Encik Suami pun tak ada..huhuhu..Apa pun..Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua yang menyambut.
Cik Adie ni balik saja la sebab harini tak ada aktiviti melapah lembu..Esok rabu baru ada..Makanya..Tak dapat la sup tulang..Sebab harini da balik k.l balik..Sob sob sob :'(
Sekian..catitan Cik Adie untuk hari ini..
Saturday, 12 October 2013
Kerja Gila
Hi!!!
Salam sejahtera semua...
Haaa...Sape-sape yang tak brape kenal Cik Adie ni mesti ada yang kata Cik Adie ni sombong atau garang(mengikut pengalaman masa duk hostel dulu la).Tapi..Sebenarnya Cik Adie ni seorang yang gila2..Cik Adie boleh dikatakan ramai adik angkat yg agak sama memiliki kegilaan 'kakak' dorang ni..Nak tau sebab apa?Meh nak cite sikit..
Baru-baru Cik Adie jatuh sakit..Dapat m.c sampai 3 hari berturut-turut.Sebab demam,batuk sampai tersembur darah daripada hidung..baaanyak sangat..
Dalam minggu tu hari sabtu tu jatuh pada hari bekerja separuh hari..
So..sabtu 5 Oktober tu Cik Adie pun kerja semula lepas cuti 3 hari berturut-turut tu..Adik angkat Cik Adie ni satu office ngan Cik Adie.Di sebabkn minggu tu dia cuti sampai rabu sebab jalan-jalan ngan awek dia..Cik Adie pulak start m.c pun hari rabu..Makanya..seminggu la kami tak berjumpa..Sabtu tu kitorang pegi offc..kerja macam biasa..Tengah hari tu dia hantar balik..
Masa on da way balik tu..dia tanya..'akak tak teringin pergi jalan-jalan ke?'
'Jalan-jalan ke mana?'saya tanya
'Mana yang akak teringin nak pergi?'dia tanya lagi.
Tiba-tiba saya teringat air terjun.Saya jawab 'akak teringin nak pergi air terjun..'.
On da spot..kitorg menghala ke arah ulu yam..Dalam sakit-sakit tu..Boleh pulak sakit-sakit tu terjun sungai..huwarghhhh!!!!tenang je rasa berendam dlm sungai...Sehelai sepinggan pergi terjun sungai..Wooohoooooo!!!Dah lama tak terjun sungai..Hilang terus demam..tapi..batuk tak hilang-hilang lagi ni..huhuhu..Apa pun..time kasih kat angah sebab buat reflexololo kat kakak anda ni..
Tuesday, 13 August 2013
Selamat Hari Raya!!!!!
Pastu..Baru pergi beraya sakan...
Kat rumah Tok Wer..kalau tak dapat duit raya tak sah..daripada yg budak kecil..sampai la ke orang tua...semua dapat duit raya..
sakit-sakit pun..ingat lagi dia nak bagi duit raya kat anak-anak & cucu cicit sedara dia..Erm..sian Tok Wer..
Dah puas beraya..Masa nak balik tu..apa lagi...Sesi bergambar ramai-ramai..Yeayyyy!!!
Hahaha!!!Meriah sungguh kumpul ramai-ramai masa raya ni..Tapi tak cukup orang sebenarnya ni..Anak cucu cicit Tok Yeop belum cukup neh..ni baru suku jewk yang berkumpulnya...Sekian la..
Selamat Hari Raya pada semua!!!!Hope korang pun enjoy raya...
Assalamualaikum..
Friday, 19 July 2013
Minions!!
Masa tu saya dah tak larat nak bebel sebab dah kena hujan tadi.'Ye Ngah...Akak memang seorang yang penyabar..'saya jawab macam tu.
Esoknya di office,kawan sekerja saya Si Sophia tadi saya bagi satu poster yang saya dapat kat kaunter malam tu..Tiba-tiba dia balik dari McD,dia pergi beli Minion tu,bagi saya satu.Hahahahha!Officemate semua geleng kepala tengok kitorang excited cerita pasal kartun tu.Sophia tadi siap share wallpaper,jadikan minion tu wallpaper kat PC saya.Yang poster tu saya lekat kat dinding tepi meja kerja saya..Hehehehe..Bos pun gelak tengok tempat kami asyik dengan minion2 tu..Nak tengok Monster University tak dapat-dapat pun..Huemph~
Banyak belanja tengok movie je.Bila la nak hilang ketagih tengok movie ni..
Sekian la catatan saya untuk kali ni..
Akhir kata,Booogeee alibata!!!Yeay!!Bee Do Bee Do!!!
Salam semua,bye.
Friday, 12 July 2013
Buffet Ramadhan bersama rakan2 sekerja!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
dah masuk hari ke empat kita berpuasa,yang berpuasa tu bagus la..yang ponteng tu,elak-elakkan la..
Harini Cik Adie nak cerita pasal kisah berbuka puasa beramai-ramai dengan geng-geng office..Jangan pelik.Kat office Cik Adie ni ada ramai cina daripada Melayu Islam.Tapi kalau bab makan untuk berbuka puasa,dorang la yang excited lebih..Sebelum habis waktu kerja,kul 6p.m tu,dorang dah start 'sahur' dah untuk simpan ruang kosong kat perut sebelum berbuka puasa..
Nak dijadikan cerita,seperti tahun lepas,kami pun tempah la 'buffet ramadhan' kat Hotel Royale Bintang ni..Yang tahun lepas guna 'groupon',tahun ni kita ambil dari 'hulala' punya promotion.Dengan semangat wajanya,kami pun gerak dari office kat jalan Chan Sow Lin tu lepas kerja.Kami sampai kat hotel tu dengan jalan jammed dan pusing-pusing sebb ada construction untuk MRT segala bagai,banyak jalan ditutup dan kami terpaksa pusing-pusing mencari jalan masuk ke parking basement,jam 6.40 baru jejak ke dalam hotel tu..Perasaan teruja masing sebab kalini kita tempah yang berhadapan dengan POOL SIDE katanya..Kami pun beramai-ramai mencari swimming pool.Kami berlapan ada lagi 2 orang akan menyusul kemudian.Pusing punya pusing,dah sampai level 3,confident menapak terus ke pool side.KOSONG???yang ada,budak-budak bermandi manda di swimming pool tu.Then,kami pun pergi ke Lobby,tanya tempat tu.Dah dekat pukul 7p.m dah ni.Bell boy tu kata kat level 3 tempat kami pergi tadi..Tapi dia tak pasti samada wujud ke tak buffet tu kat level 3 tu.Makanya,kami pun pergi ke tempat kami berbuka puasa tahun lepas,tanya di kaunter situ..Rupanya,kupon tu valid hanya hari biasa,buffet untuk ramadhan dia buat kat tempat biasa.So,kupon tu tak diterima dan kami kena datang redeem lepas ramadhan.Maknanya,kami tak boleh makan berbuka puasa di situ.Erm..erm..Supervisor buffet tu pun taknak bertoleransi,yang budak bawah dia muka macam bersalah sebab masa berbuka dah nak hampir.Dia macam kesian tengok kami yang terpinga-pinga nak cari tempat berbuka dalam masa beberapa minit sahaja lagi.Dia minta maaf masa kami gerak dari situ,yang bos dia macam hampeh dan muka berlagak dan poyo,blah macam tu jewk tanpa ada rasa simpati.(bersabar je sebab tengah puasa kan?)
Kmai pun memikirkan solution yang terbaik,pergi Plaza Low Yatt kat sebelah hotel tu (*nasib baik dekat,jalan kaki jewk)
Yang lagi 2 orang baru sampai,dengan hampanya ikut la kami semua ke Plaza Low Yatt.Tapi apa pun memang meriah.Kami sepuluh orang beramai-ramai macam sekumpulan budak kolej pergi shopping,berjalan kaki ke sana dengan gelak ketawa...hahahhaha!Meriah sangat.Masa berbuka tinggal lagi beberapa minit ke,kami duduk kat satu Cafe ni,ada lagi satu kejadian..
Kami 10 orang nak duduk setempat,tapi tempat dah penuh,yang ada meja untuk 4 orang 3 tempat yang berlainan.Konon,pekerja situ nak tolong kami,dia dengan baik hatinya memujuk 4 orang yang 1 meja ni tadi bergerak ke sebelah,sebab kami lagi ramai.Sorang pompuan tu jawab dengan kasar dan menjeling pekerja kedai tu 'eh!kitorang dah duduk sini,buat apa nak tukar pulak???'sambil menjeling ke arah kami sekali.Pekerja tu nak jaga hati pelanggan,dia mintak maaf.Erm..pompuan tu Melayu dan juga menunggu masa untuk berbuka puasa,tapi attitude dia sama macam orang tak puasa.Tapi tak apa,kami tak kisah.Kami duduk asing-asing sebab meja bulat lagi 2 tu tak boleh sambungkan.Kemudian ada pelanggan non-muslim dah abis makan,so,kami pin pindah ke meja yang lebih besar,sebelah dengan geng yang 4 orang tadi.Order dah buat,tapi yang sampai,air.Nasib baik saya ada bawak coklat Crispy,cukup-cukup untuk 4 org yang berpuasa.Berbuka dengan coklat dulu sementara makanan sampai.Kami bersembang,bergurau memang kecoh macam budak-budak sekolah la masa tu.Apa yang pasti,kami semua memang sempoi.Termasuk Manager Account si Derrick yang gila-gila neh.Memang macam tak ingat dunia.Semua sangat AWESOME!!!
Kesimpulannya,untuk tahun hadapan mungkin kami akan pilih tempat lain untuk berbuka puasa ramai-ramai.Huhuhu...Sekian la catitan Cik Adie untuk entry di bulan puasa ni..Selamat berpuasa sayang-sayang semua..
Wednesday, 26 June 2013
The Babies
Huemph~
Lama gila kot tak menaip kat sini..
Nak cerita pasal anak-anak kucing ni ha..
Dorang dah di ajar biasakan diri main-main kat luar..
Senang dah sekarang..Pergi kerja je terus bagi dorang keluar melompat-lompat main kat belakang rumah.
Tapi..Masalahnya dorang tak reti lagi nak kencing berak kat luar tu..Tahan la sampai kitorang balik bukakan pintu untuk masuk,kelam kabut pergi kat 'tandas' dorang untuk melepas..haih..
Macam mana nak biasakan dorang buang kat luar eh..?
Dah seharian biarkan kat luar,malam pulak tertonggeng-tonggeng la mencari kat rumah orang sebelah..
Semalam balik-balik je,buka pintu,tengok-tengok dua ekor ada dalam akuarium jiran sebelah..Dah kenapa pulak laaa jadi ikan kat dalam tu..Yang sekor lagi bawah akuarium..Tergelak-gelak orang sebelah tengok gelagat dorang ni..Apa pun..Berkat bela kucing-kucing ni,kami pun dah start berjiran dengan orang sebelah ni..Siap tolong bagi makan lagi kat dorang.Petang-petang hari minggu,penuh la kat belakang rumah tu,semua berkumpul main ngan anak-anak kucing tu..Maklum la..tengah aktif tiga-tiga tu..
Sekian la catitan harini..
*Gambar ada tapi malas nak pindahkan ke sini.
Da~
Thursday, 20 June 2013
Mak Esah dah menurun masuk dalam badan
Sunday, 16 June 2013
Holiday Backpack?
Hurm..
Cik Adie rasa macam Cik Adie tak pernah pun pergi cuti-cuti,jalan-jalan..Tengok budak-budak office selalu ambil cuti,pergi jalan-jalan,macam best je..Siap bagi souvenir kat kitorang..Wahhhh!!!Tak pernah pun buat..
Ada yang planning pergi holiday ngan rakan-rakan sekerja,ada juga yang backpack ngan bini..Huemph~Mesti best kan?
Saturday, 15 June 2013
Rapunzel
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pagi tadi Cik Adie melepaskan anak-anak kucing main kat luar..Disebabkan minggu ni kerja hari sabtu 1/2 hari,makanya,tak la rajin sangat nak suruh dorang masuk sekor-sekor..Member pulak sedap lagi membuta,makanya dalam keadaan mamai tu,saya tetap pesan kat dia,'weyh!Pintu gril aku tak kunci tau..Dorang tengah main kat luar,taknak masuk'..Kawan saya ni pun mengangguk la sambil sambung pusing peluk bantal..Petang tadi saya tengok masing-masing berderet depan pintu dapur tu..Cuaca pula panas..alahai...Buka la pintu dapur tu...Bagi dorang lepak kat 'tile' dapur tu..sejuk sikit...
Bila tengok kucing-kucing ni,saya teringat seseorang.Saya bertekak pasal kucing letak dalam sangkar..
Dia kata,dia sayang kucing tu..Beli 2 ekor sampai RM1k lebih r...Bulu cantik segala bagai la..Makanya,kami pun bertekak la..
Dia kata,'kucing tu saya sayang..Saya beli mahal..Tu yang letak dalam sangkar tu..'
Saya lak kata,'kucing tu habitatnya kan hidup bebas?Macam gak la burung,habitatnya terbang bebas.Kenapa ada orang nak kena ambil dia,bela dia,kurung dalam sangkar?Tak kesian ke kucing tu dibuat macam tu?Tak explore dunia luar..Tak reti nak survive..'
Dia kata,'kalau kita suka kat binatang tu takkan nak biar jugak?Lagipun kan kucing tu haiwan kesyangan Nabi?Nanti kalau saya lepas,ada orang curi?Haaa...Macam mana?'
Dalam hati saya,'Cik Abang oi!!!!Nabi sayang kucing,tak ada la sampai nak kurung dia dalam sangkar,duk letak dia dalam sangkar..Kalau setakat beli kucing mahal-mahal,pastu letak dalam sangkar bagi dia jadi kucing bodoh,takyah beli la...tu bukan sayang,tu seksa binatang namanya..'Tapi dalam hati je la...Tak ada la pulak jawab macam tu kat dia...Jawapan yang paling sopan saya bagi kat dia,
'Binatang ni macam jodoh la jugak...Kalau kita jaga dia elok-elok..Ada jodoh,kalau hilang,dia akan cari kita balik..Kalau tak ada jodoh ngan kucing tu,mungkin jodoh dia orang lain lak yang jaga...'
Pernah tak korang fikir apa yang Cik Adie fikir?
Saya bela kucing tu,tak payah pun nak keluar duit banyak-banyak..Hanya bekalkan makanan dan keperluan tempat tinggal..Walaupun saya tak berapa suka kucing,saya masih tau habitat dia yang sebenar,dia tak boleh dikurung..Tengok la Rapunzel..Takut nak pergi dunia luar sebab 'Mak' dia dah takutkan dia dengan macam-macam ancaman..
Tu sebab la saya biarkan je kucing-kucing tu keluar,belajar kenal rumput,pokok,main-main tanah..Mula-mula dorang takut bila lepaskan kat luar tu...Tu yang patah balik,nak masuk rumah kena lepas longkang dulu..Biar dorang belajar macam mana nak jadi kucing sebenar.Tu yang sampai jatuh-jatuh longkang tu..Sekarang dorang da pandai langkah longkang tu.Pantang buka grill blakang dapur ni,masing-masing kerumun ke pintu,nak keluar..Haaa..Tak gitu?
Apa yang saya ajar kucing-kucing tu pun dari pengalaman saya sendiri juga..Kalau kita masih lagi tak explore dunia luar,kita tak tau macam mana nak fikir secara kreatif.Apapun,haiwan duduknya diluar,bebas ke sana ke mari.Bukan tempatnya di dalam rumah dan yang paling penting,tempat dia bukan dalam sangkar ye wahai para penyayang haiwan(yang rasa-rasa dia tu terlalu sayang haiwan,tapi sebenarnya seksa haiwan)
Jangan jadikan dia Rapunzel the Tangled Tale okeyh???
Sekian la..
Da~
p/s : maaf pada yang terasa.Cuma beri pendapat je :)
Wednesday, 12 June 2013
Nothing Gonna Change My Love For You
Anyway,thumbs up to him yang meneman tadi.Lupa kejap masalah yang menimpa dan kesedihan yang melanda jiwa lara siang tadi..Muehehe...
Thank you Ngah,coz you make my day today...
Kamu sangat sweet dan tomey..
Sekian la serba sedikit cerita untuk blog saya pada entry kali ni..
Friday, 7 June 2013
Wet Time!!!!!!Weee....
Harini nak citew pasal 'anak-anak' lagi...
Semalam shopping pasir kucing & shampoo dorang..Pasir dah abis,kena top up..nanti kencing berak merata lak dorang neh..
ok,tempat pertama jatuh longkang adalah Sitam!!!
Wednesday, 5 June 2013
Kasih Ibu
Hai,harini kita nak cerita sikit tentang kasih ibu neh..
Bukan sebab harini Hari Ibu,tapi sebab harini kita nak tengok pengorbanan ibu.
Kata orang kasih ibu bawa ke syurga..Tapi yang ni...huemph~
Sabtu lepas,saya dan housemate saya pergi ke KL,daripada ke Pavilion sampai la ke Times Square..
Nak dijadikan cerita,masa kami jalan-jalan nak balik tu,tersinggah la kat sorang pakcik yang jual tikus mainan untuk kucing..Kami pun beli la satu untuk 'anak-anak' kami kat rumah tu..
Balik rumah tu terus la letak kat dorang,bagi main..Bukan doarng kejar tikus tu,dorang pulak yang lari...Tiba-tiba maknya Si Melati ni pulak la yang berminat..Dikuis-kuisnya ekor tikus mainan tu..
Anak-anak dia tak reti lagi main benda jadah ni..Tapi lama-lama dorang pandai la nak kejar walaupun konon-konon bajet terror,tapi penakut,terjenguk-jenguk kepala dorang macam nak terkam tikus tu.Bila saya pusingkan tikus tu arah dorang,masing-masing menyorok bawah mesin basuh la,ada yang terkenteng-kenteng lari masuk kotak.Poyo je lebih..
Monday, 3 June 2013
Hyperactive
Harini Cik Adie nak cerita pasal kucing lagi..Lalalala~