Friday 31 May 2013

Karaoke jom!!!

Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Rajin pulak la Cik Adie ni menghapdate blog yewk..?
Saja nak kongsi cerita,macam dah lama sangat Cik Adie tak menjalankan kegiatan wajib Cik Adie pada satu masa dahulu.. Disebabkan satu perkara tu,Cik Adie dah tak aktif untuk berjimba-ramba.
Apa tu? Kegiatan itu adalah Karaoke!!! Ada lagu baru yang Cik Adie sangat-sangat suka..
Lirik dan lagu ni memberikan kesan yang sangat mendalam.Urm..Tercuit sikit la hati ni mendengarnya..
Apa pun..Dah lama tak karaoke..
Andaikata lagu ni tersesat kat mana-mana karaoke,harap-harap Cik Adie boleh la lepaskan gian nak melalak..muehehehe..
Hope,ada la yang teringin nak belanja Cik Adie karaoke macam dulu kala & hafal la lirik lagu ni untuk duet sama..Geng SLV pun boleh..Akak pun belum join gathering korang lagi kan..?Lagu apa?
Ni ha..Alicia Moore(Pink) Ft. Nate Ruess(Fun).
Melodi dia pun layan gak(tapi tak faham kenapa ada yang tak boleh 'in' ngan lagu ni).
Tak tau korang yang ikut blog ni suka ke tak,tapi Cik Adie tau..Ada geng SLV di luar sana pun suka lagu ni kan?Nanti kalo ada jumpa time gathering nanti,ley la kita duet lagu ni..kan?kan?kan?Jangan asyik nak BS jewk ye adik-adikku sayang..haih~
Please enjoy the song and lyric,TQ~
This song is dedicated to whom it may concern.*concern la sangat..

Just Give Me A Reason

Right from the start,
you were a thief,
You stole my heart
and I'm your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty.
And with every touch
You fixed them

Now you've been talking in your sleep
Oh oh,things you never say to me
Oh oh,tell me that you've had enough
Of our love,our love

Just give me a reason,
Just a little bit's enough
Just a second, we're not broken
Just bent and we can learn to love again
It's in the stars,
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken
Just bent and we can learn to love again.

I'm sorry I don't understand
where all of this is coming from
 I thought that we were fine
 (oh,we had everything)
Your head is running wild again
 My dear,we still have everything and it's all in your mind
(Yeah,but this is happenin')
You've been having real bad dreams
Oh oh, you use to lie so close to me
Oh oh,there's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Ooooh, our love,our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second, we're not broken
Just bent and we can learn to love again
 I never stopped It's still written in the scars on my heart
You're not broken just bent and we can learn to love again.

Oh tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust,
But our love's enough.
You're holding it in
You're pouring a drink
No,nothing is as bad as it seems..
We'll come clean!!!!

Just give me a reason,
Just a little bit's enough
Just a second, we're not broken
Just bent and we can learn to love again.

It's in the stars
It's still written in the scars on our hearts
That we're not broken
Just bent and we can learn to love again..

Just give me a reason,
just a little bit's enough
Just a second,
we're not broken
Just bent and we can learn to love again..
oh,it's in the stars
It's still written in the scars on our hearts
That we're not broken
Just bent and we can learn to love again

Ooh, we can learn to love again
Ooh, we can learn to love again
Oh, that we're not broken
Just bent and we can learn to love again..

Thursday 30 May 2013

My Kittens Grow Up!!!Weeee (>_<)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..
Ada update untuk baby kittens Cik Adie yang sangat-sangat comel dan nakal neh..hehehe..Tau...Mesti korang akan terdetik dalam hati,'okay..dia cerita pasal kucing lagi..'.Tak kira!Nak cerita gak..Excited nak update perkembangan 'nak-anak' ni..
kenapa dorang suka duk kat belakang mesin basuh ni pun aku tak paham~

Tadi balik-balik rumah je tengok kat belakang dah tak ada.Rupa-rupanya dorang melepak belakang mesin basuh katanya...
Bekas ni untuk pasir 'jamban' dorang

Bekas pasir ni disediakan untuk 'anak-anak' kecil ni buang sisa hadaman mereka.Jenuh la duk fikir haritu,dorang ni tak berak kencing ke?Bila dah masuk minggu ke-4 umur dorang,saja tanya sepupu,macam mana nak ajar si comel-comel ni pakai pasir?Sebab rumah kami tertutup,buat lubang tu pun untuk mak dorang Si Melati tu je yang keluar masuk.So,kena la ajar comel-comel ni pakai pasir sebab dorang tak sampai nak panjat tembok tinggi tu untuk keluar.Makanya,atas nasihat pakar kucing dari sepupu saya,kami pun letakkan pasir sikit kat bekas tu...Biarkan mereka lepak situ.
Mulanya,pasir tu untuk si anak-anak ni yang belajar guna,tiba-tiba lak mak dorang Si Melati tu pulak yang duk lepak atas pasir tu..Apa kes??Motif??
Makanya,kami pun biarkan la pasir tu kat luar..Masa balik kerja tadi,kawan saya cakap,dorang dah pandai berak kat pasir tu...Alhamdulillah...Akhirnya,boleh pun dorang faham pasir tu untuk apa kegunaannya..
Makanya,kawan saya ni tadi pun buang la taik dorang..Tambah pasir baru..Yay!!!Pandainya kittens kami ni..
 situ la tempat favourite dorang
comel kan Sitam?kaki stoking+hitam=Sitam
errr..yang ni Melati tengah lepak kat tembok tu,siap buatkan lubang lagi nak bagi dia senang keluar masuk masa kami semua tak ada kat rumah.

Hurm..Lepas ni,kena la selalu sediakan pasir untuk jamban dorang ni..Kayap la...dah la Si Melati ni pemilih makannya..Ikan rebus taknak,ikan bilis taknak,makanan kucing pun tak berapa..Ikan mentah yang dia nak..Ko ingat ko Princess ke Melati oi..?
Apa pun,syukur anak-anak ni dah pandai pakai pasir..Lepas ni dah boleh la buang kotak tu ye..Dah korang pun taknak lepak dalam kotak tu lagi,korang main la kat belakang mesin tu..Huemph~
Sape-sape yang nak adopt anak-anak kucing ni,dalam 5-6 bulan nanti dah boleh la ambil ye..1 jantan 2 betina.Kalau boleh,yang nak adopt dorang ni,harap-harapnya bukan la yang rumah flat tingkat-tingkat atas tu ye..Kami dah bagi kebebasan kat dorang ni,sebab rumah kami rumah bawah..Kesian kucing dikurung-kurung..Biar la bebas ke sana ke mari..Kalau korang nak hantar balik kampung pun tak apa,sebab tentu-tentu dorang ni tak terkurung..Huhuhu~They are growing up now...
Sekian catatan saya untuk harini pasal Melati dan anak-anak dia..
da..(^_^)

Wednesday 29 May 2013

Cool Blog Di Haramkan???!!!!!

What????
Cool Blog Di Haramkan oleh JAKIM????

Ouwh...My Favourite (-_-)

Assalamualaikum rakan-rakan..
Salam sejahtera semua..
Hope semua baik-baik sahaja.
Tadi masa balik dari kerja,housemate tetiba je cakap kat Cik Adie
'Weyh..aku nak kongsi berita sedih ngan kau ni..sebab aku tau kau pun peminat benda tu'
Sambil tutup gril,pusing ke dia dan jawab 'jap eh...aku tutup pintu dulu,nanti baru kongsi kesedihan tu'
Dah masuk umah,saya pun hadap la housemate saya yang nak mengadu berita sedih dia tu..
'Weyh..Bubble yg kat dalam Cool Blog tu dah diharamkan JAKIM..tadi dah keluar berita kat NTV7..'
Saya pun berkongsi kesedihan tu..Al-maklum la..Kami memang peminat Cool Blog tu..Tu pun sebab Bubble dia tu.'Larh...Cool Blog dah tak ada la ni?'
'Bukan la..Bubble Black Pearl tu je...Air dia tetap ada..'jawab dia.
'Ouwh..Ingatkan Cool Blog tu yang haram..Apeheynya diharamkan?'
'JAKIM dah buat penyelidikan,dorang kata Bubble tu kandungan dia ada racun.Tu sebab diharamkan..Ntah apa nama bahan tu ntah,tapi racun la..tak reti aku nak nyebutnya'
OMG!!!!
Bubble tu la yang sedap pun...Korang pun mesti ada peminat Cool Blog kan?kan?kan?So,sape-sape yang minat gila ngan Cool Blog,Chatime dan semua yang ada 'Bubble2' tu mesti kecewa kan..Haih~
Yang beracun tu la yang sedapnya pun...
Hurm..
Bubble ni dikeluarkan oleh negara China/Taiwan(*tak pasti).Dia la satu-satunya pengeluar benda jadah yang sangat sedap dan kenyal-kenyal untuk dikunyah tu..
Mengikut kajian,kesannya pada kita yang makan benda alah tu adalah kanser.Ia sejenis makanan yang tak boleh dihadam.
Masa ni 'ter'rewind pulak kejadian sebelum ni,saya singgah Jusco Wangsa Maju untuk beli Cool Blog tu.Dah beli Cool Blog tu,saya sambung lak makan Sizzling Yee Mee kat food 
court sana.
Balik rumah saya muntah dan cirit birit(actually,perut saya sangat sensitif),mungkin kombinasi makanan dan minuman tu membuatkan saya keracunan makanan.Mungkin gak ada benda dalam makanan tu bertindak balas dengan kandungan bubble tu.Tu yang Cik Adie lembik tu,muntah-muntah dan cirit birit yang agak berjam-jam jugak la ambil masa nak keluarkan semua tu.
Apa pun,lepas ni,dah tak ada dah bubble yang sedap tu..
Harap kawan-kawan di luar sana yang peminat Cool Blog,Chatime dan sebagainya yang mengandungi bubble Black Pearl dalam minuman tu..Di harap dapat la bersabar eh..?
Sekian catatan saya kali ni..
Da~
(-_-) sob!sob!sob!

Sunday 26 May 2013

Anak-anak dah remaja

Hi semua..
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Cik Adie ada unexpected plan lak cuti wesak neh..tetiba ikut sepupu balik Cameron Highland.Sehelai sepinggang katanya..Balik kerja terus gerak khamis malam jumaat tu..
Tapinya sehari jewk..Jumaat petang tu balik KL balik.Bestkan kalau ada kereta macam dia.
Tap!Terus decide nak pergi mana..ahihihi..
Disebabkan unexpected plan itu..makanya..selama 3 hari meninggalkan 'anak-anak' kecil ni di rumah tanpa pengawasan..
Baik je rupa dorang neh sebelum ditinggalkan pagi pergi kerja tu

Pagi pergi kerja tu,ntah macam mana teringin nak amik gambar dorang neh..tetiba kat office pagi tu,sepupu kata nak balik Cameron lepas abis kerja.Apa lagi???Kelam kabut la balik umah siapkan makan minum Si Melati ni tadi..Tengah bagi makan kat mak dorang neh,tetiba baru perasan,dalam kotak,'budak-budak' ni dah hilang..Haish???Mana perginya?
Dengar bunyi dorang mengiau.Cari punya cari,alahai...Bila masanya pulak laaa dorang ni dah pandai keluar kotak ni..?
Tergoyang-goyang tiga beradik ni kat bawah mesin basuh..Ntah macam mana la boleh terkeluar dari kotak.Tapi disebabkan kelam kabut nak balik Cameron ni tadi,packing-packing barang,sepupu ni tadi masuk la tengok anak-anak ni kejap..Geram sangat rupa dia tengok anak-anak kecil tu tergoyang-goyang merangkak jalan-jalan.
Dah packing ala kadar je beg tu,letak makanan & tambah air,terus gerak naik Cameron malam tu..
Esok petang jumaat tu balik k.l.Tapi lepak rumah sepupu sampai ahad petang.Tertanya-tanya gak apa jadi la kat 'budak-budak' tu.
On da way nak balik rumah tu,sempat shopping makanan Si Melati jap kat NSK area rumah tu.Nak makan ikan fresh je..Curlazzz kau Melati!
Sampai-sampai rumah,Melati tak ada!Anak-anaknya dah keluar kotak mengiau-ngiau nyaring.Dah kenapa pulak si Coktam sekor neh?Yang lain-lain elok diam je?Tercari-cari emaknya.
Jenuh pulak la mencari maknya,yang anak-anaknya,kita masukkan dalam kotak,dia panjat keluar.Kita masukkan,dia panjat keluar.Penat betul..haish~
Maknya pun...Mana pulak la pergi dia neh..
Penat mencari,last-last layan si kecik ni jewk.Sekali maknya datang..
Haih~Ingatkan ilang ke mana..Buat suspen je..Seb baik la blakang rumah ni ada kedai makan,lubang pun dah buat untuk mak dia keluar masuk masa kami tiada.Tu baru 3 hari,kalau seminggu tak ada?Masa tu 3 beradik tu  pun dah besar?Ha!Pandai-pandai la belajar cane nak panjat lubang tu eh..?
Haih~Dah remaja dah anak-anak ni pandai lompat-lompat keluar kotak.Tak padan dengan menggeletar lagi..Siap termasuk kaki kat bekas air mak dia lagi.Hehehe..Comel..Tak lama lagi dah boleh jaga diri eh..?Dah dapat nyusu maknya bagi tadi,baru senyap..Tidur kat dalam kotak tu..
Sekian coretan saya kali ni..
Da~