Sunday 26 May 2013

Anak-anak dah remaja

Hi semua..
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Cik Adie ada unexpected plan lak cuti wesak neh..tetiba ikut sepupu balik Cameron Highland.Sehelai sepinggang katanya..Balik kerja terus gerak khamis malam jumaat tu..
Tapinya sehari jewk..Jumaat petang tu balik KL balik.Bestkan kalau ada kereta macam dia.
Tap!Terus decide nak pergi mana..ahihihi..
Disebabkan unexpected plan itu..makanya..selama 3 hari meninggalkan 'anak-anak' kecil ni di rumah tanpa pengawasan..
Baik je rupa dorang neh sebelum ditinggalkan pagi pergi kerja tu

Pagi pergi kerja tu,ntah macam mana teringin nak amik gambar dorang neh..tetiba kat office pagi tu,sepupu kata nak balik Cameron lepas abis kerja.Apa lagi???Kelam kabut la balik umah siapkan makan minum Si Melati ni tadi..Tengah bagi makan kat mak dorang neh,tetiba baru perasan,dalam kotak,'budak-budak' ni dah hilang..Haish???Mana perginya?
Dengar bunyi dorang mengiau.Cari punya cari,alahai...Bila masanya pulak laaa dorang ni dah pandai keluar kotak ni..?
Tergoyang-goyang tiga beradik ni kat bawah mesin basuh..Ntah macam mana la boleh terkeluar dari kotak.Tapi disebabkan kelam kabut nak balik Cameron ni tadi,packing-packing barang,sepupu ni tadi masuk la tengok anak-anak ni kejap..Geram sangat rupa dia tengok anak-anak kecil tu tergoyang-goyang merangkak jalan-jalan.
Dah packing ala kadar je beg tu,letak makanan & tambah air,terus gerak naik Cameron malam tu..
Esok petang jumaat tu balik k.l.Tapi lepak rumah sepupu sampai ahad petang.Tertanya-tanya gak apa jadi la kat 'budak-budak' tu.
On da way nak balik rumah tu,sempat shopping makanan Si Melati jap kat NSK area rumah tu.Nak makan ikan fresh je..Curlazzz kau Melati!
Sampai-sampai rumah,Melati tak ada!Anak-anaknya dah keluar kotak mengiau-ngiau nyaring.Dah kenapa pulak si Coktam sekor neh?Yang lain-lain elok diam je?Tercari-cari emaknya.
Jenuh pulak la mencari maknya,yang anak-anaknya,kita masukkan dalam kotak,dia panjat keluar.Kita masukkan,dia panjat keluar.Penat betul..haish~
Maknya pun...Mana pulak la pergi dia neh..
Penat mencari,last-last layan si kecik ni jewk.Sekali maknya datang..
Haih~Ingatkan ilang ke mana..Buat suspen je..Seb baik la blakang rumah ni ada kedai makan,lubang pun dah buat untuk mak dia keluar masuk masa kami tiada.Tu baru 3 hari,kalau seminggu tak ada?Masa tu 3 beradik tu  pun dah besar?Ha!Pandai-pandai la belajar cane nak panjat lubang tu eh..?
Haih~Dah remaja dah anak-anak ni pandai lompat-lompat keluar kotak.Tak padan dengan menggeletar lagi..Siap termasuk kaki kat bekas air mak dia lagi.Hehehe..Comel..Tak lama lagi dah boleh jaga diri eh..?Dah dapat nyusu maknya bagi tadi,baru senyap..Tidur kat dalam kotak tu..
Sekian coretan saya kali ni..
Da~

4 comments:

  1. aaarrrr gemoknye... nak sumer tapi.... transport lak xde baru pas eksiden smlm T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouwh...xpe..excident semalam,tapi nak baginya bukan sekarang..baru 4 minggu,nak ajar dia berak kat pasir dulu,pastu da besar sikit bagi ilangkan kutu2 dia,mandikan & letak ubat..dah bersih dan besar sikit nanti baru boleh bagi.Jangan bersedih eh..Sorry pasal excident tu even bukan teman yang bagi excident yewk.. :)

      Delete
  2. nak wat cemane... ni tgh pikir nak claimkan insuran... psl nama driver xde dlm policy kene bayar RM400.

    ReplyDelete