Wednesday 24 April 2013

Rezeki di Hujung Bulan

Cak!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera (^_^)
Macam da lama je tak update blog(tak sampai seminggu kot?).Arini Cik Adie nak cerita sikit..Pasal rezeki..
Pagi tadi masa kat office,datang la 2 orang wanita dari company survey..
Selalunya,pintu pagar office tu tutup,ntah macam mana lak boleh minah 2 orang ni tercegat depan pintu office.
Nak dijadikan cerita,dorang pun perkenalkan diri,pastu kata nak buat survey pasal beverages.Dah kenapa pulak buat survey kat office ni?So,dorang tanya 'boleh tak tanya soalan?Untuk survey.'...Makanya saya pun minta la kebenaran daripada bos untuk dorang ni buat survey.Bos kata,dia tak tau.'Tanya HR',kata dia.Saya pun interkom la kakak HR ni..Kakak HR ni pulak kata,kalau dari Kementerian,dia layan la.Kalo tak,pandai-pandai la bagi alasan.
Makanya,di sebabkan tak berapa nak sibuk pagi tadi,sudahnya,Cik Adie jugak la yang melayan dorang ni tadi...(Saya memang rajin bab-bab melayan)
Bersoal-jawab agak lama gak.Dia tanya kat office siapa yang uruskan barang-barang pantry?Jenis apa yang ada,banyak ke,sebulan berapa kali top up barang..Haih...Penat menjawab aih..
Hujungnya dia minta chop company,suruh saya sign kat buku soalan yang macam-macam dia tanya tadi,last sekali...

TADAAAA!!!!!!RM30=Token sebab jawab survey

Saya diberi token..Walaupun RM30 je..Tapi ia tetap rezeki di hujung-hujung bulan ni..Alhamdulillah...Rezeki berada di mana-mana.Tak sangka kebaikan hati ni nak layan minah-minah ni buat survey mendapatkan rezeki yang tak diduga.Muehehehe..Apa lagi?Harini Rabu..Movie Day saya...Tengok Movie la..Cerita Broken City-starring by Mark Wahlberg & Russel Crowe.Ding Ding Ding!!!!Bersyukur la di dalam setiap kehidupan,malang dan juga rezeki yang dihadiahkan olehNya.Amin...Ouwh..Tak lupa juga kepada kakak-kakak yang survey saya dari Syarikat Nielsen ;Kak Salinah & Kak Che Ku Rosmawati..(well..orang peramah memang macam ni..Siap boleh tau nama panjang,boleh tukar-tukar nombor telefon lagi tadi).
Sekian catatan yang agak ringkas pada hari ni.




No comments:

Post a Comment