Monday 22 April 2013

Ulat Dalam Batu

Pada suatu masa dahulu...ehem-ehem...
Lupa lak..Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kali ni nak cerita pasal ulat dalam batu.
Ok,jom sambung balik..
Pada suatu masa dahulu,ada sekumpulan pelajar di sebuah kolej.Kalau dah namanya pelajar + kolej,mesti la mereka semua ada yang bercouple..Ye tak?Tersebut la sebuah kisah mengenai sepasang couple ni...Yang perempuan tu pelajar kolej,si lelaki tadi nak kata kerja pun tak,nak kata tak kerja pun tak jugak..Ntah apa la status dia,tapi dia memang tak ada pekerjaan tetap la senang cerita.Disebabkan status lelaki ni tadi macam samar-samar,si perempuan ni tadi nasihatkan la si lelaki tadi untuk bekerja..Situasi ini berlaku di kedai makan ye kawan-kawan..Mereka selalu lepak ramai-ramai dengan geng-geng mereka.Si lelaki ni tadi order makanan...Chicken Chop ordernya..Ha..Jangan main-main..Western gitu.
.
.
.
.
Awek:Sayang..Kenapa awak tak cuba cari kerja?Cari la kerja.Tau la duk ngan Mak Ayah..Tapi sampai bila nak menganggur macam ni?Kata sayang saya?
Pakwe:Ala..rileks la dulu..Sekarang ni pun kan tengah ada duit lagi..Tu elaun JPA tu kan dapat?Kerja koperasi tu pun dapat gak gaji walaupun sikit..Rileks la..Jangan la risau..
Awek:Ye la...Awak duk ngan Mak Ayah..Kalau betul sayang saya,nanti nak kahwin,takkan nak mintak duit ngan Mak Ayah kot?Mesti la usaha sendiri kan?
Pakwe:Tu kalau kahwin nanti..Pandai-pandai la korek mana-mana nak buat belanja kahwin..
Awek:Abis?Lepas kahwin takkan tak payah bagi anak bini makan?Kalau dah kerja pun setakat RM250 je gaji?Makan sendiri pun tak cukup,macam mana nak tanggung anak bini?
Pakwe:Sayang..Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup,inikan pulak kita yang manusia ni..
.
.
.
.
Si Awek dah panas hati melihatkan ketidak-seriusan Si Pakwe ni tadi.Tiba-tiba,makanan masing-masing pun sampai...Si Awek ni tadi mengambil Chicken Chop Si Pakwe ni tadi,membiarkan Si Pakwe ni terpinga-pinga.
.
.
.
.

Pakwe:Kenapa ambil makanan saya?
Awek:Saja.Weyh!Sapew nak makan ni?Jom kongsi ramai-ramai.Member korang belanja Chicken Chop ni nak bagi kita semua rasa seorang sikit.Meh-meh..Jangan malu-malu...
Pakwe:Kenapa sayang buat macam ni..?Saya nak makan apa?
Awek:Ulat dalam batu pun boleh hidup,awak makan la batu tu...Tengok sikit macam mana awak hidup dengan makan batu macam cacing awak tu.

Tetttt!!!!!Alasan ulat dalam batu pun boleh hidup amat tidak sesuai bagi manusia yang malas bekerja.Ulat tu boleh hidup dalam batu bukan sebab dia tak buat apa-apa dalam batu tu,tapi dah habitatnya dorang boleh tinggal dalam batu,dalam tanah..walaupun tinggal dalam batu,dorang bukan tak kerja cari makanan lain.So..sape-sape yang malas kerja tu,renung-renungkan..Huemph...Ini membuatkan saya berfikir,ulat sebenarnya makan apa eh?Sape tau?Boleh share tak?Comment please :)



No comments:

Post a Comment