Sunday 21 April 2013

Dah Pandai Masak

Hai kawan-kawan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ni saya nak bercerita pasal masak!!Kita orang perempuan ni memang kena tau masak sebab nanti,senang nak bagi makan kat suami dan anak-anak..Tetttt!!!Itu kalau kahwin..Kalau solo macam Cik Adie neh,kalau tau masak,jimat la belanja..dah la makan ciput je..Ada hati nak makan kat kedai,tapi tak habis..huhu...Cerita pasal masak ni,ingat lagi tak entri saya yang bertajuk Kerana Cinta.Mengenai BFF yang tak tau macam mana leh jadi BFF tu.Nama dia Lily.Kitorang masa duduk serumah dulu agak rajin memasak terutama sekali saya,sebab mini market kat depan rumah je..Saya masak macam-macam..Dia masak paling minima semacam,tak pun dua macam je..tu pun goreng nugget/fries /daging burger.(masak gak la tu)
Nak dijadikan cerita,kan kitorang terpaksa berpisah,pindah rumah lain-lain sebab kena halau dengan kakak senior yang tak puas hati ngan si Lily ni tadi?Lepas berpindah tu,kami selalu gak la jumpa,kadang-kadang lepak sama.Takpun saya lepak kat rumah dia je.Sebab saya yang carikan rumah tu untuk dia,makanya saya pun dah kenal la ngan ketua rumah tu..
Satu hari kami keluar lepak makan kat Jusco yang dekat dengan area rumah kami tu.Kami sembang macam-macam,termasuk la kisah cinta,kisah saya yang asyik tukar-tukar boyfriend,kisah dia pergi bercuti jalan-jalan dengan boyfriend dia a.k.a suami dia(baru bulan lepas).Tiba-tiba kami tercerita pasal masak..

Adie:Aku sekarang,sejak-sejak duduk ngan budak-budak umah ni,rajin lak aku masak.Macam-macam lauk.Si Sarah tu la yang rajin makan ngan aku..Boleh aku praktik masak benda-benda lain..
Lily:Eh!!Aku sekarang pun dah pandai masak taw!ko jangan pelik pulak..Ha...
Adie:(excited dengan kemajuan si Lily)Ko dah pandai masak apa je?? :)
Lily:Aku dah pandai masak telur mata taw!!
Adie:(kerut dahi)Telur mata??
Lily:Ha la...Dulu aku masak telur mata,kuning tu pecah..Sekarang aku masak,dah tak pecah dah..Kira aku dah pandai masak la tu!!
Adie:(dengan muka toya)ouwh..okay..betul la tu..Pandai ko masak telur mata.

Kadang-kadang kita kena gembira dengan kemajuan kawan-kawan kita walaupun benda tu nampak remeh,tapi bagi dia tu adalah satu kejayaan.Mungkin lepas ni dia pandai buat nasi pataya??Sape sangka kan?Sokonglah kawan kita!jyeahhh!!!

No comments:

Post a Comment