Saturday 20 April 2013

Kawan Saya!!! (^_^)

Hai kawan-kawan!!!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Harini taknak cerita pasal motivasi diri..bosan!
Kita cerita pasal kawan!!!Semua orang ada kawan kan?Saya tak tau nak kategorikan antara kawan baik,kawan rapat,kawan biasa-biasa atau apa jenis yang bersangkut dengan kawan la..
Saya ada seorang kawan yang tak tau nak dikategorkan sebagai kawan yang jenis macam mana.Kawan baik(BFF)?Kawan rapat?Atau apa yang saya nak definisikan dia sebagai kawan dot dot dot?Sebab tak tahu dia ni kategori yang mana.Dia ni sangat-sangat baik,dan dia pun macam saya jugak,ramai kawan yang rapat gak..selain kami berdua.hehehehe.Nama dia Intan.

tadaaa..ini Intan dan saya semasa Sekolah Menengah Convent,Teluk Intan
ok,jom sambung cerita..Ntah macam mana,dalam ramai-ramai kawan yang saya ada,dia la satu-satunya yang rajin cari saya balik..hahahaha!Pergi rumah dia tak rasa apa pun.Takde segan bagai.Bila dia datang rumah pun,mak akan puji-puji dia..(puffttt~dia memang suka puji anak orang lain).
Kami berpisah semasa bapanya terpaksa berpindah atas urusan kerja..Makanya dengan itu,kami pun cuma berhubung menggunakan telefon..Dulu pakai line Telekom.Nombor pun senang je nak ingat kalau hari-hari dail.Punya la bertahun kami tak berjumpa,ntah macam mana si Intan ni boleh ingat nombor telefon rumah tu.Dia call..Kami pun bersembang-sembang,bertukar nombor telefon bimbit masing-masing..Kami berkawan macam orang yang telah terputus hubungan dan mengikuti program jejak kasih.
Masing-masing pun dah besar panjang..Dan..Sekali lagi...
tadaa...setelah meninggalkan alam persekolahan dan masing-masing telah bekerja
Kami berhubung sehingga sekarang..ala..saya tetap kurang tinggi daripada dia.Kadang-kadang kami menghabiskan masa yang sangat lama untuk bersembang.Dia punya celoteh lagi banyak daripada saya.ke...sama je dua-dua.kalau dia tidur kat rumah saya,kami bersembang selagi mata tak tutup..hahahaha!banyak sangat cerita,pastu ulang-ulang pasal kat sekolah dulu,lepas tu cerita pasal kawan-kawan yang masih berhubung,lepas tu..aish!!banyak lak lepas tu..Biasa la..kalau berjumpa mesti bersembang.
Dia ni kelakar tau.Dia cakap dengan confident tanpa menghiraukan ayat tu sebenarnya salah.Contohnya di sebuah kedai makan ni,kami bertiga dengan seorang lagi kawan order ikan siakap masak stim,sayur kailan ikan masin(macam biasa lauk kegemaran saya) dan beberapa lagi.
.
.
.
.
Intan:Jom la makan
Adie:weyh!Makan la ikan ni.Asyik Adi jewk yang makan..
Intan:Eh,tak pe la..Intan makan ni je..Adi makan la..Suka tengok Adi makan banyak.
Kawan:Ye la..Intan..Awak makan la sama ikan ni..
Intan:Eh..takpe la.saya sebenarnya tak makan ikan dalam air..
Saya dan kawan blur sekejap dengar alasan tu.Mata kami terkebil-kebil pandang ikan dalam bekas stim tu..
Serentak kami berkata pada Intan 'Tapi ikan memang hidup dalam air?Ikan darat pun perlukan air untuk hidup'.Rupanya dia nak bagitau yang dia tak makan ikan berkuah...Toinkk!!!Adoi ai...Kenapa statement mesti kata tak makan ikan dalam air??Pufftttt~
Dia sangat baik dengan semua orang,saya tak terkecuali.Kalau singgah KL mesti nak tidur rumah saya.Makanya kami pun akan berjalan-jalan di KL...
gambar ni pun bersama dengan seorang kawan yang lain juga..Tapi dia suami orang,so,kami posing berdua jewk r.
Makanya kami membuang masa la berdua,berjalan kaki bagai..Macam sepasang kawan perempuan yang memang duduk serumah bersama,(padahal,saya kat k.l,dia kat pahang..saja turun KL.)Berjalan seharian..Asyik dia jewk yang datang KL,Cik Adie ni tak pergi ke Pahang kew?Mana boleh tak pergi...Saya pergi ke Pahang,buat apa?Ha...mendaki!!!!!Tempat dia ada tempat best.
Nak naik bukit subuh-subuh rembang.posing jap.

Mungkin dia ni tak biasa aktiviti yang lasak macam ni..Padahal bukan daki pakai tali pun..Naik tangga jewk sampai atas.Ada seorang Po Po (nenek dalam bahasa cina) ni.Dia lagi ligat daki bukit tu daripada si Intan ni..hahahaha!Adik dia pun penat nak tunggu kakaknya ni sampai..kena tunggu dia dah ilang mengah,baru sambung..Kami terkedu melihat orang-orang tua (selalu mengamalkan Tai Chi kot),dengan selambanya memintas kami yang muda-muad ni..huhu..Akhirnya sampai juga ke puncak.Dan menikmati pemandangan di atas sana..Bukit apa la yang kitorang daki neh ek?
Taraaa...Bukit Panorama,Sungai Lembing.
Tak sah kalau tak posing kan..Ada lagi tempat-tempat menarik yang kami pergi.

Dah lupa nama tempat ni,tapi ada air terjun yang sangat sejukk,siap dapat tangkap ikan kecik-kecik lagi..
Ini tak tau iklan apa.Tapi lepas lalu kat cherating,kami singgah sini..Nice gak.Pantai Batu Hitam kot tak silap..
Nanti kami nak pergi jenjalan tapi tak tau kat mana.Hahahaha!Mak pun hairan macam mana kami boleh berkawan lama.Daripada sekolah sampai dah kerja.Kami juga sama-sama belajar sambil kerja.Tapi dia bidang lain,saya bidang lain.Semoga persahabatan kita kekal hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya..Peace!!!!

Thanks and Regards
Adie Bebert.

No comments:

Post a Comment