Sunday 14 April 2013

Kerana Cinta

Hah!!
Meh sini nak share sikit al-kisah BFF saya yang tak berapa 'BFF' sangat sebenarnya....(ramai sangat yang BFF ngan saya)
Lily..
Si Lily ni tak ada kawan perempuan..6 tahun kami berkawan..mcm mana boleh melekat jadi kawan rapat ntah..mungkin sebab saya jenis yang tak kisah dengan perangai orang yang pelbagai..Dia ni pulak,kawan-kawan semua lelaki..susah dia nak rapat dengan perempuan..Sebab bagi dia,kawan-kawan perempuan ni leceh..banyak 'talam'.Budget cun segala bagai,dia ni pulak jenis gila-gila,sempoi..Saya pulak jenis open minded..Tak kisah perangai macam mana pun,saya rileks je kawan ngan orang.
Sekian lamanya kami berkongsi bilik,bercerita dan segala bagai perkongsian,dah macam adik beradik,pada satu hari,senior rumah kami ni tak suka dengan dia sebabnya tak bertegur sapa(padahal kakak tu yang start dulu)..
Dia ni pulak,kalau orang tak nak tegur dia,dia pun buat la hal sendiri..memang jenis tak ambil tahu pasal orang..Janji tak kacau orang..Maka,kami berdua di halau oleh senior tu sebab tak berjaya menghalau si Lily ni tadi,saya pun kena la keluar rumah..(salah saya semata-mata sebab tak halau si Lily ni tadi).Kami cari rumah yang boleh kami sewa berdua..tapi..'Jodoh' kami tak mengizinkan...maka,berpisah la kami..membawa haluan masing-masing..
Baru-baru ni,dia berkahwin dengan lelaki pilihannya setelah hampir 4 tahun menyulam cinta..tu..yang dalam gambar tu la lakinya..Namanya Nazmi..
Si Nazmi ni pulak,kalau korang tengok dalam gambar,nice jewk body dia kan?tapi..jangan tertipu...mula-mula dia bercinta dengan Si Lily ni,bukan itu saiznya..saiznya XL okay???tapi,disebabkan dia memang ihklas nakkan Si Lily yang senget neh,dia sanggup menerima cabaran Lily untuk mengubah saiz badannya daripada XL kepada saiz S.Itulah hasilnya..Cintanya berbalas!!Kerana cinta,dia sanggup bersusah payah menurunkan berat badan dan mengecilkan saiz dia..hahahaha!berbaloi usaha ko Nazmi oi..
Ingat lagi masa mula-mula dia berkawan dengan si Nazmi neh.
Lily:Weyh!!Takkan la aku nak couple ngan mamat neh..dah la gemok dowh!!Aku cabar dia,kalau dia boleh kuruskan badan,aku akan terima dia.
Nah!!!Amek kau!!Nekad dia sahut cabaran tu..Dan kini mereka telah berkahwin setelah bertahun menyulam cinta..
Masa akad nikah tu,saya tak dapat datang sebab masalah kesihatan.Sorry babe..
Lily:Weyh Diba!!ko datang tau akad nikah aku nanti..Aku takde kawan perempuan neh!!Datang tau!!
Dia sms kepada saya.
Adie:Ok,nanti aku datang.
tapi masalah kesihatan membuatkan saya tak dapat hadir..Sedihnya..
Pergi ke kenduri kahwinnya pada keesokan hari,dengan masih berkeadaan tidak sihat,saya gagahkan juga diri untuk datang..Masa sesi makan beradap,matanya melilau mencari saya,padahal saya kat meja sebelah dia je..Mukanya sangat ceria melihat saya hadir ke majlis perkahwinannya..Sayu hati melihat dia berwajah ceria sebab sebelum berkahwin,pelbagai masalah melanda,menyebabkan dia nyaris-nyaris membatalkan perkahwinan kerana masalah wali..Tapi akhirnya berjaya juga mereka berkahwin..Semasa sesi bergambar sebelum majlis berakhir,tiba giliran saya dan sepupu saya,keadaan terus menjadi kecoh.Dia menarik saya untuk bergambar.
Lily:Weyh!!!ko paling kecik,ko kat depan!!!
dia memeluk saya dan kami pun berposing..Dia macam terlupa yang dia tu Raja Sehari,berkelakuan gila-gila seperti itu..hehehe..Semoga berbahagia ke akhir hayat..Dan semoga persahabatan ini kekal hendaknya..Entah bila la 'turn' Cik Adie pulak..sabar je la..Tuhan nak bagi yang terbaik la tu kot..hehe :)

No comments:

Post a Comment