Friday 19 April 2013

Melayu Mudah Lupa

Ha!!!
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Baru habis final exam,makanya cuti semester pun bermula...
Daripada asyik menghadap buku-buku ilmu UiTM tu,sekarang dah beralih ke buku-buku yang tak memberatkan kepala hotak Cik Adie ni..Buku apa lak Cik Adie baca eh?Novel?Ouwh..Tu pun salah satu buku yang Cik Adie baca la..Tapi baru 3 buah buku Cik Adie baca termasuk la novel yang satu tu..Siapa penulisnya?Hurm..Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj.Siapa dia ni?Dia adalah seorang motivator,penulis dan juga juruam. Buku motivasi dia pun saya baca, buku novel dia pun saya baca..Apa yang istimewa sangat pasal tulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj ni?Cuba la baca sendiri buku-buku dia.
Salah satu buku motivasi yang saya baru selesai baca adalah Rahsia Penguat Nurani..Asyik sangat saya baca buku tu sampai Mak Cik saya,office mate saya dan keliling saya yang berada dalam LRT koc yang sama masa saya on da way nak ke tempat kerja pun pelik..Mesti dorang cakap,'uish!!Rajin budak ni membaca'.Padahal saya baca benda yang saya suka je terutama sekali buku-buku motivasi macam tu.Membuatkan saya tersedar dan berfikir dengan kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidup saya,kadang-kadang sama macam situasi dalam penulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj ni ha..Ada satu bab  dalam buku ini,tajuknya adalah 'memudakan otak setelah berusia'.Hurm..Menarik gak kan?
Cik Adie agak selalu juga update status di Facebook dengan menggunakan bahasa Perancis..Tak ramai yang faham,tapi ada kalangan rakan-rakan yang faham kami kadang-kadang berkomunikasi dalam bahasa Perancis di Facebook.Ada yang tak faham tu,letak komen di bawah status tu 'adie..aku tak faham..translate la..'.Kadang-kadang saya biarkan saja mereka tidak faham.Kenapa?Poyo la Cik Adie ni..Bahasa Melayu sendiri pun rojak,Bahasa Inggeris pun tak fasih,Bahasa Jawa apatah lagi?suruh abah ajar Bahasa Jawa dia kata 'Bahasa Melayu pun tak betul,nak belajar Bahasa Jawa..'Katanya sinis..
heheheh..
Apa kena mengena dengan tajuk 'memudakan otak setelah berusia' ni tadi?
Haaaa...Ni Cik Adie nak bagitau la ni..
Bukan sebab poyo nak letak bahasa lain tu...Bahasa Perancis tu pun bukannya saya paham sangat pun...Mr. Google kan ada..?Translate la dari situ..
Mengikut penulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj,untuk bagi otak kita selalu berfungsi,belajar la bahasa kedua atau ketiga..Sebab apa?Apabila kita belajar bahasa,neuron-neuron dalam otak kita akan sentiasa berfikir untuk memahami maksudnya..Macam gak la kereta..Bila kita dah lama tak pakai dan tak panaskan enjin dia,lama-lama dia akan rosak...Otak kita pun macam tu juga..Jadi,untuk mengelakkan daripada digelar sebagai pelupa atau nyanyuk,baiklah kita selalu hidupkan enjin dalam otak kita supaya kita akan sentiasa berfikir dan tak mudah lupa..Bak kata mantan Perdana Menteri kita dulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad,'Melayu Mudah Lupa'.Sebab kita malas nak berfikir,bila malas nak berfikir,semua benda pun lupa,bila dah lupa,nyanyuk la sebelum waktunya...Makanya dengan itu...
Mari kita hidupkan semula neuron-neuron otak kita..Ayuh!!!Bzzzzzzzzzzzttttttt Bzzzzztttttt Bzzzzzzzzzzzttttttttttt!!!!!Dush!Dush!!Dush!!!(Nak cas otak jap,ingat handset je ke yang nak kena cas?)
Sekian~ :)

2 comments: