Tuesday 16 April 2013

Derma Seikhlas Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers..(mcm ramai je yg baca blog neh)
Ha...
Harini Cik Adie nak share satu benda neh..Ikut korang la nak berpendapat macam mana pun..Sebab kejadian ni memang selalu berlaku pada kita-kita semua terutama sekali yang hidup di bandar besar..Tapi,yang bandar tak besar pun,perkara ni semakin berleluasa..
Perkara apakah itu???
Meh sini teman nak bersoreh sikit..Tau ke 'soreh' tu apa?Dalam loghat Perak,'soreh' tu maksudnya cerita..
Ceritanya begini.
Masa balik dari Cameron haritu,(Cameron lagi..sorry...)kami singgah di RNR Tapah...Sepupu saya ni asyik muntah-muntah je bila da samapi ke Tapah tu..Dia punya tahan loya dari jalan yang berliku-liku tadi..hehhehe..
Sementara tunggu dia 'selesaikan tugas' dia,saya dan sepupu lagi seorang tu tunggu di medan selera RNR Tapah tu la..Sembang punya sembang ni tadi,sepupu saya yang muntah tadi datang la duduk sama dengan kami sambil minum-minum...Masing-masing muka tak larat sebenarnya..
Yang atas tadi bukan cerita sebenar yang nak diceritakan.Cerita yang sebenar-benarnya nak diceritakan ni adalah...
Semasa kami duduk merehatkan fikiran dan rasa loya tu,tiba-tiba datang seorang perempuan dalam lingkungan awal 20-an,berbaju kurung,bertudung litup.Dengan membawa buku resit derma,dia singgah ke meja kami..
Perempuan itu'Assalamualaikum...'(sepupu saya menjawab salamnya).'Saya dari bla..bla..bla..ingin meminta sumbangan daripada...bla..bla..bla..untuk bla..bla..bla..'
Kami pun menjawab:eh..takpe-takpe..
Kami terus bersembang tanpa menghiraukan perempuan itu..
Tiba-tiba perempuan itu menekan suaranya dan berwajah tidak puas hati kerana kami tak mahu dengar penerangan dia,'Taknak jawab salam dulu ke!!'
Yang sepupu saya tadi lurus bendul pergi merungut depan perempuan yang minta derma tadi..
'Eh!!Kak Emi jawab tadi kan??'
Perempuan tu masih lagi berkeras nak berhujah..'kalau taknak derma banyak,derma sikit pun jadi la..seikhlas hati..untuk bantu anak-anak yatim..'..Kami yang kepenatan tadi,melihat pada buku resit yang dia pegang..Tertulis di situ RM10.00.Then,dia membebel lagi..seperti memaksa kami derma juga..Dalam hati kami,'kalau kat K.L ni,memang budak-budak minta derma dah faham dan akan beredar ke tempat lain dah ni.'Walaupun kami menjawab dengan sopan dan santunnya bahawa kami taknak menderma,dia tetap juga berdegil tak berganjak.Tiba-tiba sepupu saya yang muntah tadi menyelesaikan masalah tadi..'Tak apa la dik..Akak takde duit pecah ni..yang ni je yang akak boleh bagi'sambil menghulurkan duit dalam genggamannya seperti sorok-sorok je gaya dia,dia pun memasukkan ke dalam genggaman tangan perempuan tadi.Dalam hati 'amboih,baik jugak sepupu aku ni,bagi jugak kat budak ni'.Budak perempuan tu menghulurkan tangannya,tapi sepupu saya terus masukkan duit tu dalam genggaman tangan perempuan itu.Saya ternampak duit yang dihulurkan..Bulat mata saya melihatnya..
syiling DUA POSEN je?????Ya Rabbi...ok la tu..dia kata tadi seikhlas hati kan?
Masalah utama yang nak dibincangkan di sini..Kenapa masih ada lagi golongan-golongan seperti ini meminta derma?Pusat perlindungan anak-anak yatim ni menggunakan orang-orang ni untuk meminta derma..tapi seperti memaksa orang untuk menderma.Sebab apa saya kata memaksa?Kerana kat buku resit tadi tertulis RM10.Means,kalau nak derma..penderma kena bagi RM10?Kalau di K.L kadang-kadang saya hulurkan jua duit sebab mereka ada bagi buku Yasin,buku-buku agama yang lain...tapi tu kira beli la..walaupun buku tu sebenarnya murah,bagi la lebih sikit..bukan la kejam sangat tak pernah bagi..Cumanya,yang kat RNR Tapah ni,dia datang sambil memaksa.Bukan kedekut,tapi memikirkan tengah takde mood,tiba-tiba nada suara dia memaksa,dengan ayat sinis..Apa guna bayar zakat?Agak-agaknya,apalah budak perempuan tu hamunkan dalam hati dapat 20sen je dari sepupu saya tadi?Kalau kami  'derma' juga RM10 tadi,pahala dapat ke tak?sebab hujungnya kami merungut?Huemph..kemudian kami lihat dia berlalu pergi ke meja belakang,ada satu keluarga sedang makan..Mula-mula nampak Pakcik tu bagi RM10,tiba-tiba budak perempuan tu cakap apa lagi ntah,dia hulur lagi RM2.Jadi la RM12 semuanya..Berbaloi la jugak daripada dapat 20sen tadi..Semoga dia bukan dipaksa buat kerja tu untuk kepentingan mana-mana sindiket.Harap-harap memang betul la dia minta untuk derma sekolah anak yatim yang dia huni..Wallahu'alam...Ikut suka korang la nak fikir apa pasal kejadian tadi..
Sekian untuk tatapan anda.Salah dan silap,minta maaf~

No comments:

Post a Comment