Saturday 20 April 2013

Nak Seribu Daya,Tak Nak Sudah!!

Tada!!!
Cik Adie kembali lagi untuk mengupdate blog yang tak seberapa ni..muehehehe..
Assalamua'laikum dan salam sejahtera pada pembaca yang saja-saja singgah nak baca ye..Agak panjang nukilan saya harini..
Kali ini kita nak cerita tentang kehendak.Kehendak ni sangat perlu dalam kehidupan sehari-harian kita sebagai manusia.Samada nak dan tak nak.
Pernah dengar tak pepatah nak seribu daya,tak nak seribu dalih?
Korang amalkan tak pepatah ni dalam hidup sehari-hari korang sebagai manusia?Tak kira la sebagai seorang anak yang nak sesuatu daripada ibu bapanya(tapi tak dapat,dia memberontak sampai dapat,samada dapat barang tu atau dapat penampar..?hehehehe),seorang pelajar yang inginkan keputusan yang baik tapi tak dapat..cukup-cukup makan je(janji lepas dah ok pew?),seorang kekasih yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pasangannya kembali bila menyedari kepentingan pasangan itu dengan cara yang salah!!,seorang pekerja yang biasa-biasa seperti saya ingin majukan diri sendiri dengan menambah ilmu di dada dengan menyambung pelajaran ~bekerja sambil belajar~,tapi mendapat tentangan,konon-konon,'dah tua-tua baru nak sambung belajar?dulu hantar pergi sekolah taknak belajar elok-elok..kan dah susah nak dapat kerja elok?'(walhal orang lain yang berkelulusan tinggi pun takde kerja,kira ok la tu dah ada kerja,kemudian nak sambung belajar sambil bekerja,daripada dah la tak kerja,nak sambung belajar harap duit mak ayah)
Mesti ada kan situasi-situasi di atas?Tapi kalau nak,seribu daya kita usahakan pasti kita akan dapat hasilnya walaupun tak seperti yang diharapkan,tetapi kita dah sedaya upaya mencuba...ye tak?
Tapi prinsip saya bukan nak seribu daya,tak nak seribu dalih.Zaman sekarang mana boleh pakai pepatah tu.
Bak kata salah seorang adik angkat saya semasa di kolej dulu(ramai adik angkat neh,sampai tak terangkat..diorang lagi besar dari kakaknya neh..hehehhe).Dia kata nak seribu daya,tak nak sudah!!!Sebab dalam dunia zaman yang serba mencabar neh,tak perlukan daya yang banyak.Daya+kemahuan+akal fikiran.Akal tu kena banyak..Nakkan sesuatu tak boleh guna kaedah yang sama..Kita kena ligat berfikir.Yang penting apa yang kita mampu buat.Cuba!Jangan tak cuba..

Situasi #1(anak):

anak:mak,abah..kawan orang semua ada kereta..Tak teringin ke nak bagi kereta gak?2nd hand pun jadi la...
Ibu bapa:Eh?mak ngan abah pun pakai kereta 2nd tau??tu pun belum habis bayar..kalau nak beli la sendiri!!
anak:Tapi...orang mana ada duit nak bayar downpayment?
Ibu bapa:simpan la sampai ada.
Jawapan?Negatif!

Masalah:

Nak kereta gak..member-member lain,mak ayah dorang bagi dorang pakai kereta..Member kata,kalau nak apa-apa,jangan pendam..luahkan kat mak ayah..kena mintak..Kepala hangguk dorang.Kalau dah makpak kome tu sporting,memang suka manjakan anak memangla luahkan je boleh dapat kereta.Jangan la ikut deme!!Tengok la makpak korang didik korang macam mana?sedangkan handphone pun kena kumpul duit beli sendiri.Inikan pulak nak senang-senang mintak kereta yang bapak mahal tu (walaupun 2nd hand,kalau da nama beribu mahal la tu),wajib la tak dapat..Tapi berusaha sedaya upaya untuk memujuk,nak jugak-jugak pakai kereta macam kawan-kawan lain.Gaji pun tak seberapa..Celah gigi pun tak dapat nak bayar.Ceh!

Daya+kemahuan+akal fikiran:

#1:Pujuk lagi mak ayah(tak dapat gak)
#2:Kumpul duit sikit-sikit lama-lama jadi bukit yang tak juga membukit.Tetttt!!!!Kumpul jewk,abis,kumpul jewk abis sebab asyik tak cukup,cover balik duit yang disimpan tu..sampai bila pun tak bertambah
#3:Buat kerja lebih dari satu!!Ambil upah,berjimat cermat..Tak pun...Jadi la penulis macam sepupu saya..Iffa Zalia,daripada seorang penulis novel,kini telah beralih ke arah buku cerita kanak-kanak.Tapi akan ambil masa juga la..
#4Dah ada duit sikit,mungkin dah boleh survey untuk kereta 2nd yang murah,then kalau ada kenalan yang pandai repair kereta lagi bagus.Kurang-kurang,jimat sikit perbelanjaan selenggara kereta tu.
Tadaaa!!!Ada macam-macam cara boleh fikir,yang lain-lain tu,pandai-pandai la korang kreatif thinking yewk..Kalo tak nak berfikir,nak juga-juga hadiah daripada mak ayah,memang hadiahnya yang layak adalah penampar... :)

Situasi #2(pelajar):

Aish!!!Mana boleh minah ni dapat keputusan yang baik selalu?Aku pun nak jugak..Dah la kedekut ilmu,nak tiru sikit pun tak boleh.Nak jadi macam dia la..Nak jugak dapat 4 flat,asyik dia jewk yang dapat..haih..Belajar la rajin-rajin..hari-hari baca buku.Bacalah sampai lebam..
Tiba-tiba bila tibanya exam,otak jadi blank.Huh?OMG..hamaigad..hamaigad..macam mana pulak tiba-tiba tak boleh nak jawab ni?soalan ni nak apa sebenarnya?kelirunya..argh!!!(tarik-tarik rambut semasa tengah jawab exam,pengawas yang jaga pun usha semacam)

Masalah:

Diri sendiri
+ aku nak capai 4 flat gak neh..Study..Study..Study..Baca..Baca..Baca..
-huargh...baru 5 minit buka buku,tiba-tiba lak lapar..Bangun awal-awal kul 4 pagi pun leh buang masa lak.Buku ni buka dulu,da siap roti telur nanti,sambung baca.
+ok,dah kenyang,jom baca buku!!!Eh?apa benda ni?tak pahamnya la graf ni..huemph..nak tanya sape ni eh
-eh!bosan la tak paham ni.buka buku lain la pulak.
Sayang-sayang sekalian..kalau baca tanpa mencatit,baca la 24jam pun takkan faham.Apatah lagi tak buat latihan..tak cuba cari jawapan dari soalan-soalan yang ada tu.memang la blank masa nak jawab soalan..

Daya+kemahuan+akal fikiran:

#1Masa yang sesuai.Tidur la cukup-cukup di malam hari,bangun la seawal pagi kerana masa tu memang sunyi dan tenang..makanya mungkin dapat masuk otak tak sikit, sederhana banyak.
#2Study hard?tak payah nak hardcore sangat.kalau dah kemampuan kita takat tu,kita pakai la cara lain..iaitu
#3Study smart..hehehe..dah tak paham-paham graf tu dari minggu lepas,carik la soalan-soalan yang serupa dengan tajuk dan bab yang anda belajar.Tanya la kengkawan yang ada ilmu mengajar sikit..Kalau tak ada orang nak di tanya,latihan daripada soalan-soalan peperiksaan yang lepas kan boleh buat..?Was-was takut salah jawapannya?iiiiitu tak penting,yang penting kita ada carik jawapan yang berkaitan dengan soalan-soalan tu.Masa kelas nanti tanya la lecturer,macam mana nak jawab...betul ke tidak..?Nak cemerlang sangat ni tadi sampai duduk kat kelas pun tempat paling depan sekali..takkan duduk depan je kut...?sebelum lecturer masuk,bincang dengan kengkawan yang tak tau juga...kadang-kadang,ada yang kita tak faham,dorang faham..ada yang dorang tak faham,kita faham...makanya dengan itu,berkongsi la ilmu...jangan jadi macam Si Minah yang kedekut ilmu tu..Benda baik kena kongsi kan...?
#4Tawakkal je la...dah bangun awal pagi,dah study hard,dah smart habis dah..Last sekali,kita tawakal la dengan apa yang kita usaha tu..
p/s:saya pun dapat cukup-cukup makan jewk..tapi yang penting,tak repeat..pufttt~harap yang kali ni pun takde la repeat kehendaknya ye...sob sob!tawakkal gak neh..

Situasi #3[(kekasih)Gegurl(G)&Boboy(B)]

G:B..family G cakap,kita dah lama sangat bercinta,dorang tak suka kita asyik berkepit ke sana sini..B bila nak serius ngan hubungan kita ni?
B:(senyap),tak pe,ujung tahun ni jugak B akan buktikan yang B memang serius.(agah-agah macam ni,kalau perempuan mesti akan tunggu punya...bagi tarikh sekali,nanti buat-buat la lupa..hihihi.tapi aku memang nak dia,cuma keadaan tak mengizinkan..Mak ayah dia pulak,asal jumpa aku je tanya kerja..alah..perempuan kalau dah sayang,takkan dia nak tinggalkan kot..)
G:B,kalau G bagi tempoh,dalam ujung tahun ni kita tak ada apa-apa yang serius,kita putus eh?
B:okay,B faham..(iye la tu nak putus..aku acah nak masuk minang nanti,forsure dia tunggu lagi..alah..perempuan..hati Jelly...luar jewk keras,dalam lembut..rapuh..tengok la nanti..hehehe)
Seperti yang dijanjikan,ujung tahun dah berlalu..B pun terlupa la pulak kata-kata G ni tadi...Dua bulan selepas due date(siap ada due date yang tak leh blah tu),G tadi tengok B tu seperti tak ingat kata-katanya,menimbang-nimbang keputusan samada putus atau teruskan hubungan..Setelah ditimbal-timbal keputusan tu,dia pun nekad untuk tidak meneruskan hubungan itu.Getus hatinya 'takpe la..aku redha,mungkin memang dia saja-saja nak simpan aku sebagai awek je kot..takde niat nak serius hidup sama-sama'Makanya keputusan dibuat...
G:B,G nak bagitau satu benda ni.
B:Apa dia G?
G:Haritu kan G ada bagitau kat B,kalau ujung tahun B tak ada tindakan apa-apa,kita putus.
B:(sangkanya itu gurauan,maka dia pun berkata)kalau dah G cakap macam tu,itu yang membuatkan G bahagia,okay la...kalau itu keputusan G.
Tap!!!G tertancap,gugup seperti di panah petir..Maknanya,betul la selama ni sangkaan aku??Dia tak serius?Okay..Maka,G pun kembali solo,dia pun meneruskan kehidupan solonya,lepak bersama kawan-kawan..termasuklah lelaki.

Masalah:

Disebabkan kurang pendidikan moral gamaknya,si B ni tadi melakukan pelbagai cara untuk bersama dengan G.Dia baru tersedar,G bukanlah seperti perempuan lain yang lebih suka menunggu dan melihat.Dia beritahu keluarga G yang dia baru nak hantar rombongan meminang.Dia ikut sampai ke rumah,tidur tepi longkang rumah G.Dia menghasut keluarga G ni tadi,katanya G ni keluar malam,dengan lelaki(yang dengan perempuan takde lak dia nak gembar gemburkan).Dengan G pula dia mengugut untuk mati sama-sama la(nampak sangat iman dia tu tak ada,Tuhan bagi nyawa dia taknak,siap nak amik nyawa orang lain lak,bingai ke hape?).Difitnahnya G ni ikut laki lain,nyaris-nyaris tak kena rogol(walhal ceritanya G nak balik sendiri,kawan-kawannya sedap layan cerekarama,makanya dia pun balik la sendiri tanpa kawannya itu hantar).Tak cukup itu,di aibkan pulak kat semua orang.Then bila tanya kenapa buat macam tu,dia boleh jawab,tak sedar apa yang dia buat tu..(bingai kali ke-2).Kemudian dia meyakinkan G yang dia betul-betul telah insaf dan sedar akan perbuatannya.Dia siap tunjuk lagi cincin yang dibeli untuk masuk meminang.Sekali bila disarungkan ke tangan?Tetttt!!!!!!Dia beli cincin saiz sendiri kot?Cincin tu terlalu besar!!!adoi ai..terjumpa pulak resit pembelian.tarikh selepas mereka da putus hubungan!!adoi ai...Tapi itu je la kegilaan dia.Dia tak pun masuk meminang seperti yng dijanjikan.

Daya+kemahuan+akal fikiran:

#1Nak memiliki hati perempuan yang dah hancur..kena la dengan tindakan yang baik..Bukannya dengan cara yang ekstrem macam tu..
#2Pujuk dengan baik...gunakan cara yang berhemah..Contohnya 'saya tau saya salah,beri saya masa untuk buktikan..sampai masanya nanti saya akan terus masuk meminang,bila masanya saya tak boleh janji.Insha Allah saya akan dapatkan balik awak'
#3Come on la..Jangan cipta cerita dongeng dengan mengatakan 'baru je nak hantar rombongan meminang',tapi jumpa mak ayah perempuan tu pun tak cerita langsung pasal nak masuk meminang
#4Sekali hati perempuan dah terhiris,ditambaah lagi dengan aib dan fitnah yang tak diketahui betul ke tak cerita tu,bertambah-tambah trauma perempuan tu nak terima lagi sekali..Baru putus cinta dah macam tu,kalau dah kahwin pastu bercerai??ha...renung-renungkan...
#5Mana cincin yang betul saiznya,kenapa tak berjumpa keluarga masing-masing untuk settlekan masalah tu?kenapa ambil tindakan sendiri tanpa berfikir.Yang utama,mana rombongan yang di katakan itu?
Jadi...kalau betul-betul nak tunjukkan yang anda sayang pasangan anda,mintalah dia,ambillah dia dengan cara yang betul...(lain la dia tak ada keluarga,tak tau la nak pakai adab yang mana).Penggunaan akal fikiran yang betul juga penting ya dalam kehidupan kita.bukan main hentam kromo saja.

Situasi #4(pekerja)

Alamak!orang lain semua ada kelulusan hebat-hebat.Aku?Takat SPM yang cukup-cukup makan,STPM yang memang tak cukup makan dengan Sijil Kemahiran Kolej ni.Apa yang aku nak buat ni?Eh!Minah tu ada sambung belajar,E-PJJ(Electronik Pendidikan Jarak Jauh).Kerja sambil belajar agak mencabar gak tu.Huemph..Boleh kew aku buat nanti?teringin gak nak pegang title siswazah,ada diploma..Alah...pak aku umur 40 lebih pun baru amik Diploma,aku muda lagi,mesti boleh punya.Isi je la borang...
Tiba-tiba...Permohonan berjaya!!Yay!!!!Aku boleh sambung belajar!!!Di UiTM Shah Alam,jurusan perniagaan..fuhh!!!lega...Bagitau family.
Mak:Apa la...dah tua bangka baru nak masuk U.Tu la..kalau dulu kamu belajar elok-elok kat sekolah,terus boleh amik Diploma,boleh sambung terus Ijazah...Dapat kerja pun,gaji tinggi.Ni nanti,kerja ntah ke mana,belajar ntah ke mana..Boleh ke buat?Jangan nanti mula-mula je,pastu nyusahkan orang lain pulak,tak cukup duit la..nak bayar yuran la..Bla..Bla..Bla...Kalau setakat keputusan pun biasa-biasa jewk,baik la tak payah..
Huh??Sadis!!Sob sob :(
Haish!!!Negatif!Negatif!Negatif!Aku yang buat keputusan ni,aku la yang bertanggungjawab tentang semua perbelanjaan.Jangan dihiraukan kata-kata negatif tu!Nak seribu daya,taknak sudah!tapi kalau taknak semata-mata semangat takde sebab tak dapat sokongan moral,aish!!!Rugi..Rugi...
Maka,abaikan kata-kata negatif itu,bermula kehidupan sebagai pekerja dan pelajar...Huargh!!!Abis duit beli laptop,buku,yuran,asignment...segala bagai..alahai...takpe-takpe..pengorbanan.setiap yang kita nak mesti memerlukan pengorbanan kan?okay..rilek..chill yeow...

Masalah:

Pada awalnya sudah berhabis duit untuk belajar.Dah dapat sambung belajar,dah bayar yuran,buku,,beli laptop segala bagai...bermula la kehidupan sebagai pelajar..alamak!gaji cukup-cukup..macam mana nak kumpul duit balik?dalam masa 6 bulan untuk tampung biaya yuran akan datang?Duit makan,duit tambang,bas nak pergi ke kampus..huemph...takpe-takpe..Tuhan tu Maha Adil.Dia akan bagi cara bila dah terdesak nanti..Percayalah..Habis sahaja exam,terus ligat kepala otak berfikir 'mana nak carik duit untuk yuran nanti????kalau repeat macam mana???aduh...nak mintak mak ayah?sorry sikit..(merajuk sebab usaha diperkecilkan),nak mintak adik beradik?dorng pun ada family sendiri nak tanggung(ko lain r,bujang trang tang tang).Carik skandal???(mak aih!!tak berkat belajar tu nanti kalau kikis duit orang).ayyoh...idea..idea..idea..

Daya+kemahuan+akal fikiran:

Ting!Ting!!Ting!!!
#1duit da abis,kena berjimat.Ouwh....Mr C kata harini ada o.t,apa lagi?Jom buat..dapat lebih sikit?Haih..tak cukup..tak cukup..
#2Bawak bekal dari rumah..boleh jimat belanja.Hurm...Nak masak apa eh?3 hari makan kat office,khamis & jumaat dorang selalu ajak makan kat luar office..ok,bawak bekal dari rumah..jimat gak..
#3Kerja part time.Aish!!Penat kot?2 kerja??kalau ada transport,takpe gak..ni naik LRT jewk..nanti lambat..terganggu gak masa.Ok,confirm.Kerja part time.Positifkan diri..kalau orang lain boleh buat 2-3 kerja,kenapa pulak aku tak boleh?Kerja apa yang boleh dapat gaji macam kerja full time eh?ha!!!!7-Eleven!!!kan 24jam kedai tu buka?Part time weekdays isnin-jumaat,kerja 4 jam dari 8.00p.m-12p.m(ok la tu...seb baik boleh pilih waktu kerja).sabtu ahad ambil 8 jam full day la..bukan kerja pun kat office time hari minggu..ouwh..ada cuti umum...dapat triple pay..hehehehe....bijak..bijak...ha....kalau kerja malam dapat elaun...ok..confirm!!satu je masalah,iaitu dah tak bebas...Cuti umum tak boleh balik kampung...terpaksa la berkorban ye...sorry...tak dapat balik....hurm...Akhirnya...settle masalah yuran..siap berlebih lagi...
ha...
kan dah kata tadi?nak seribu daya,tak nak seribu dalih...tengok?macam-macam dalih yang kita bagi untuk tidak merelisasikan impian kita.Makanya,kalau ada dalih,lupakan semua dalih tu,tukarkan kepada nak seribu daya,tak nak sudah!!!Banyak sangat dalih,tak payah buat la semua tu..Tunggu je la tuah datang tanpa berusaha.Sepertinya kisah,kalau seseorang terdampar di sebuah pulau,kita bagi ikan...Bagi je la ikan tu kat dia,sampai la ikan tu abis,dia pun abis la...sebab dah takde bekalan...tapi...kalau kita bagi dia kail..Insha Allah,dia akan belajar untuk tangkap ikan tu sendiri,silap-silap haribulan,dia dapat ikan yang lagi besar dan sedap..Yummy!!!Tu sebab usaha dia la..Macam-macam cara dia fikir untuk menggunakan kail tu nak dapat ikan lagi besar,dan besar dan besar...hehehehe..Sekian cerita panjang lebar saya..Maaf kalau terlalu panjang dan membuatkan anda semua bosan...da~



No comments:

Post a Comment